Bab 22

853 70 6
                                    

Sudah tiga minggu kejadian di pejabat Rafael berlalu. Darin masih begitu, masih menjalankan rutin hariannya iaitu bersama anak anak. Ianya seperti tiada apa yang berlaku. Dia tidak mahu berfikir tentang perkara itu lebih dalam kerana dia merasakan bahawa perkara itu tidak ada yang penting dan Rafael berjaya meyakinkan dia

Rora yang berada di atas pangkuan Darin diusap rambutnya.

"Hey dah pukul 1 tengah hari. Awak tak penat ke." Tanya Darin kepada anak perempuan tunggalnya. Darin penat melihat Rora yang masih aktif dalam dakapannya.

Televisyen yang berada di depannya ditatap Darin bosan. Tiada siaran yang dapat menarik minat untuk ditontonnya.

"Ayah tak balik lah Rora ayah ada kerja ayah dah message mama. Awak tunggu ayah ke?" Soal Darin melihat Rora dengan senyuman. Tangan Rora menggengam jari jemari Darin.

"Abang Abid dan abang Quds dah tidur dah awak je tak tidur." Kata Darin lagi.

Kemudian remote televisyen diambil lalu ditukar tukarkan lagi siaran. Rora yang seprti ingin turun di lantai dibantu Darin. kini Rora mula merangkak di lantai lalu meja dipegang dan Rora berusaha untuk berdiri sambil memegang meja kopi yang tidak terlalu tinggi.

Darin hanya menonton sahaja televisyen sambil tangganya tidak berhenti henti menukar siaran.

Tiba tiba suara menjadi diam.

"Ehhh, kenapa ni" kata Darin terkejut. Punat Remote televisyen ditekan tekan lagi oleh Darin. Darin terus mendekati Televisyen tersebut kemudian badannya  menghadap Rora yang berada di meja kopi.

"Rora..." Panggil Darin saat melihat Rora sedang mengigit satu remote.

"buat apa tu?. Meh sini." Kata Darin.

"Nama siapa?."

"Nama saya Ara Afrina."

Darin terus terpaku saat mendengar satu suara dari arah belakangnya. Badannya kembali menghadap televisyen yang kini sedang siarkan satu video.

"Sayang ibu tak?"

Budak perempuan itu mengangguk lalu tergelak. Budak perempuan itu memakai baju sejuk berwarna merah pekat serta rambutnya di tocangkan menjadi dua.

"Sayang mama?." Soal perempuan yang memegang kamera itu lagi.

Budak itu kembali mengangguk laju lalu salji yang beradu di kakinya diambil dan terus ditaburkan merata dengan gelak tawa.

Darin mula bergerak mendekati lagi televisyen.

"Cakap lah, ibu tanya ni sayang mama ke tak?." Kata perempuan itu lagi.

"Ara sayang sangat mama." Degupan jantung Darin bergerak pantas. Sekelilingnya seperti tiada yang bergerak, Darin mula mengundur sambil matanya melihat video tersebut. Budak itu terus berlari jauh kemudian video terus mati.

Darin terduduk. Dia memegang dadanya, jantungnya yang bergerak laju.

"Ibu, mama, Ara." Kata Darin perlahan cuba memikirkan sesuatu.

"Ara Afrina, aku pernah dengar nama tu." Kata Darin perlahan, dia cuba mengingati nama tersebut.

"Siapa mereka.?" Kata Darin. Kepalanya mula kusut, dia cuba memikir siapa mereka.

Kenapa dia tiba tiba rasa sebak, rasa bersalah, sedih, kecewa, rindu semua ada.

"Kenapa?" Soal Darin penuh Tanya tanya.

"Wajah dia. Siapa dia?." Soal Darin bertubi tubi.

Darin termenung memikir dan terus memikir. Kepalanya dipegang kuat.

Tiba tiba Rora merangkak mendekati kaki Darin.

Darin terdiam.

"Rora, Ara." Kata Darin tanpa dia sedari.

Darin terus bangun berdiri sambil mendukung Rora. Dia terasa seperti terhitung hayang. Dia gagahkan untuk berdiri dan berjalan keluar daripada ruang tamu di tingkat atas.

Darin berjalan bersandar pada dinding diseret badannya maju ke depan. Tangan kirinya masih mendukung Rora manakala tangan kanannya memegang kepalanya yang seperti ingin pecah. Kepalanya terasa amat sakit.

Darin merintih sakit tapi dia cuba untuk bergerak turun ke bawah. Rora dipandang Darin.

"Tolong..." Kata Darin cuba sekuat mungkin tapi dia yakin tidak ada siapa yang dengar di aras bawah.

"tolong.."

"Tolongg.."

Badan Darin mula tidak seimbang, dia mula hendak jatuh.

Dan sepantas kilat juga ada satu tangan yang terus memegangnya untuk tidak jatuh kelantai. Dan semuanya menjadi hitam.

※※※

"Puan Darin memaksa diri dia untuk mengingati sesuatu. Jangan bagi dia tertekan. Saya harap tuan Rafael faham maksud saya." Kata doktor peribadi keluarganya.

" tapi dia okey kan?" Tanya Rafael duduk di atas katil di samping Darin.

Doktor itu mengangguk terus dengan kata kata Rafael lalu tersenyum kemudian doktor itu terus beredar pergi saat Rafael memberikan kebenaran untuk pulang.

Rafael melihat wajah Darin dengan perasaan bersalah kemudian dia terus bangun dari katil. Kakinya terus melangkah keluar daripada bilik lalu bilik tidur mereka ditutup perlahan.

"Kau tolong puan." Tanya Rafael pada Hakimi, bodyguard Harith.

"Ya tuan." Kata Hakimi menunduk manakala disebelahnya terdapat Zarul bodyguard Rafael.

"Kau pegang puan." Hakimi terdiam dengan kata kata Rafael.

"terima kasih" kata Rafael singkat lalu terus beredar daripada pekerjanya.

Zarul dan Hakimi hanya melihat tuan mereka berlalu pergi kemudian Zarul dan Hakimi terus mengikut langkah Rafael turun ke bawah.

"Kau ikut aku." Kata Zarul yang segak memakai suit hitam kemudian mereka terus keluar mansion.

"macam mana boleh jadi?" Soal Zarul selaku senior kepada Hakimi.

"Masa tu aku baru hantar Harith masuk bilik macam biasa. Lepas dah hantar tu aku nampak puan seret badan dekat dinding muka dia lemah dan dia pegang Rora." Terang hakimi kepada Zarul.

"puan pegang Rora?." Kimi terus mengangguk.

"Rora dalam bahaya, puan mintak tolong. Belum sempat aku dekat dengan puan, puan terus nak jatuh aku pun lari lah selamatkan diorang." Kata Hakimi, Zarul hanya mengangguk dengan kata kata Hakimi.

"kau nasib baik tuan tak marah."

"Apa!!, marah!!, aku selamatkan puan kan." Kata Hakimi protes.

"aku tahu, dahlah pergilah sana." Halau Zarul kepada Hakimi.

.
.
.

Maaf kalau terdapat kesalahan

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Maaf kalau terdapat kesalahan.
😍😄😊

DUS2: memoriOnde histórias criam vida. Descubra agora