Bab 6

1.1K 75 1
                                    

Bunyi pintu yang baru ditutup mengejutkan Rafael daripada tidur. Mata Rafael terus menatap arah laluan pintu biliknya sehinggalah munculnya kelibat ketiga tiga anak lelakinya.

"Hey..." kata Rafael pelan saat melihat Abid dan Quds berlalu memanjat katilnya manakala Harith berjalan mendekatinya. Rafael terus duduk apabila anaknya mendekatinya, Rora yang berada di samping dia di alihkan ketepi sedikit bagi memberi ruangan kepada Quds dan Abid untuk duduk sebelahnya. Harith hanya berdiri di tepi katil.

"Mana mama?" Soal Abid naif. Rafael terdiam seketika. Lalu melihat arah jam dinding yang menunjukkan pukul enam pagi.

"Mama ada kerja jadi dia tak dapat duduk rumah. Mama pergi keluar negeri." Kata Rafael cuba membohong kepada anak anaknya. Dia tahu isterinya mana pernah meninggalkan anak-anak mereka keluar negeri ataupun daerah melainkan dirinya.

"Ke luar negeri. Macam ayah?" tanya Quds hairan Rafael tersenyum melihat Quds. "Tapi mama tak pernah tinggalkan kami" jawab Quds yakin.

"Nanti mama balik. Yaa." Kata Rafael kembali. Abid terus berdiri lalu duduk diatas pangkuan Rafael.

"Lambat lagi ke mama nak balik?." Soal Abid. Rafael hanya menggeleng dan dia pun tidak tahu bila isterinya itu akan balik ke rumah mereka.

Rafael mencium kepala Abid dan mengusap tangan Quds lembut untuk memberi ketenangan kepada anak anaknya kemudian matanya melihat Harith yang memandangnya tanpa sebutir suara.

"Harith." Panggil Rafael lembut. Harith hanya memandang ayahnya lalu tersenyum dan beredar pergi meninggalkan mereka.

Rafael memandang pelik anak sulungnya itu yang langsung tidak menghiraukannya malah tidak bertanya apa apa mengenai mamanya langsung.

※※※

"Harith tak makan?, cepatlah nanti lambat pulak abang Kimi nak hantar Harith pergi sekolah." Kata cik Su.

"Haaa, Harith nak makan ni cik Su." Kemudian makanan di mulut dikunyah perlahan.

"Ayah mana?" Soal Harith saat melihat kelibat bodyguard nya. Hakimi.

"Ayah Harith dah keluar." Kata Hakimi kepada anak majikannya.

"Oh." Kata Harith singkat.

"Jomlah" kata Harith berdiri dan terus mengambil beg sekolahnya lalu disarungkan ke badannya.

Suasana di dalam kereta range rover yang hitam legam menjadi sunyi. "Diam je Harith kenapa?. Ada masalah?." Soal Hakimi kepada Harith yang dilihat dari cermin pandang belakang.

Harith terus memandang Hakimi dan terus berkata "Semalam Harith dengar ayah cakap dekat cik Su mama kemalangan, mama ada dekat hospital sebab tu malam tadi mama tak balik." Kata Harith lancar sambil memandang luar tingkap.

Hakimi terus terpaku dengan kata kata Harith.

"Tadi pagi ayah tipu kami. Tipu Harith, tipu Quds dan ayah tipu Abid." Kata Harith yang mula hendak menangis.

"Harith nak abang buat apa apa?." Soal Hakimi kesian menatap anak kecil itu yang hendak menangis.

"Abang tolong ikut ayah. Ikut ayah pergi hospital mana. Harith nak jumpa mama." Kata Harith yang mula menahan tangisan yang hampir keluar

Hakimi di tempat pemanduan hanya melihat wajah Harith dari cermin pandang belakangnya sahaja.

※※※

"Abid mama balik" kata Quds melihat Abid yang sedang bermain mainannya.

"Mama dah balik?" Soal Abid sambil menyelak rambut blonde miliknya ketepi telinga.

"Si" balas Quds dengan bahasa Sepanyol.

"Jom jom jom." Kini kedua kanak kanak itu berlari ke aras bawah rumah agam keluarganya.

"Quds. Abid" panggil seorang wanita saat melihat kelibat kanak kanak itu berlari kearahnya.

"Mak long." Kata Quds muram memandang Daria manakala Abid melihat abangnya dengan perasaan sedih.

"Kenapa?." Soal Daria.

"Quds ingat mama dah balik." Kata Quds kepada Daria sambil berjalan perlahan kepada Daria.

"Mama?" Tanya Daria pura pura kehairanan.

"Abid rindu mama." Kata Quds memandang Abid.

"Mama tak ada?" Soal balik Daria tetapi kedua orang kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri.

"Abid sahaja ke rindu mama?, Quds tak rindu mama?." Soal Daria sambil melutut merendahkan dirinya bagi sama ketinggian dengan Quds dan Abid.

"Ayah cakap mama pergi mana?" Tanya Daria memandang kanak kanak itu.

"Ayah cakap mama pergi luar negeri." Kata Quds lagi.

"Puan Daria" kata seorang pembantu rumah agam adiknya yang sambil mendukung anak buah bongsunya, Rora.

"Aurora." Panggil Daria sambil berdiri menatap bayi lapan bulan itu. Kemudian, Rora didukung Daria pula dan matanya terus menatap wajah Abid.

"Abid tak happy ke mak long datang. Tak suka mak long datang ya?" tanya Daria melihat Abid yang muram.

"Abid nak mama" air mata budak kecil yang berusia 3 tahun itu terus jatuh sambil berlari kecil memeluk kaki Daria. Malah Quds juga memeluk kakinya.

Daria menatap sayu anak anak kecil itu. Daria terus melutut. "Nanti mama balik. Jangan nangis." Daria cuba untuk tidak menangis.

" dah. Jom kita pergi taman nak." Kata Daria yang cuba lagi menahan sebak melihat anak anak adiknya yang tidak tahu apa apa tentang ibunya.

Sampai bila Rafael nak tipu mereka. Kata Daria pada dirinya sendiri.
.
.
.

 Kata Daria pada dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Si= ya, betul
.
.
.

Agaknya sampai bila Rafael nak tipu anak anak dia.
.
.
Segala kekurangan dan kesalahan mohon diampun.
😘🌟💛

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now