Bab 28

979 67 1
                                    

"Dia cuma demam biasa je, jangan risau sangat." Kata Rafael yang berada di belakang Darin setelah lelaki itu menghantar doktor ke depan rumah agamnya untuk balik.

"Petang tadi saya marah dia, mungkin sebab tu dia demam." Kata Darin, matanya masih tetap memandang Harith yang sedang tidur kemudian kain yang baru diambil Darin diperah di besen dan diletakkan kain tersebut pada dahi Harith.

Darin terus mengusap rambut Harith dengan penuh kasih sayang. Rafael hanya memerhatikan sahaja tindakkan Darin.

"Kenapa awak marah dia?." Soal Rafael.

"Saya marah dia sebab cara dia layan saya." Kata Darin lancar. "Saya tak suka dia buat tak endah pada saya, saya tahu dia sedih sebab saya tak ingat dia tapi saya tak pernah jauhkan diri daripada dia, saya cuba untuk bergaul dengan dia." Kata Darin lagi dengan wajah sedih yang masih melihat wajah putera sulungnya.

"Tak apa. Sekarang dia dah okey lepas kena marah dengan awak." Kata kata Rafael terus membuatkan Darin menukar pandangan, mata Darin kini memandang Rafael.

"Kenapa awak cakap macam tu?." Kata Darin.

"Dia akan okey. " Kata Rafael lagi tidak mahu membahaskan perkara itu lebih panjang, Darin hanya diam sahaja dengan kata kata Rafael.

"Adib dengan Quds, macam mana?." Soal Darin memandang kembali Rafael manakala Rafael hanya tersenyum sahaja dengan pertanyaan Darin.

"Okey sahaja."

"Awak ni semua Okey, sebenarnya tak kan!?." Marah Darin dengan kata kata 'okey' Rafael. Kadang dia rasa lelaki di depannya ini suka ambil mudah  tentang sesuatu perkara yang melibatkan anak mereka.

"Budak biasalah angin dia, dia sedang membesar. Macam macam benda dia nak cuba dan macam macam emosi yang sedang berlaku  pada pemikirannya mereka." Kata Rafael tenang. Darin terus tidak memahami dengan kata kata Rafael.

"Tak faham?" Soal Rafael saat melihat perlakuan Darin yang seperti orang yang langsung tiada idea tentang apa yang sedang di bahaskan.

"Okey" Rafael terus duduk menghadap Darin dan Darin juga begitu. " Quds tu aktif, bila kita hadkan pergerakkan dia, dia akan memberontak. Sebab dia bebas dan tidak ada kongkongan." Kata Rafael menerangkan sesuatu.

"Dia terlebih aktif ?. "Soal Darin lagi. "Mungkin." Kata Rafael selamba.

"Kita tak boleh biarkan!." Kata Darin marah lagi pada Rafael.

"Siapa kata kita biarkan." Kata Rafael lagi. Darin terus berkerut seribu.

"Macam nilah" kata Rafael mengalihkan perbicaraan Darin

" tadi dia nak guna pisau kan, kita tak kasi. So dia marah bukan." Darin hanya mengangguk. "Kat situ dia sedang lepaskan stress dia sebab keinginanya tak dipenuhi."

"Dia bukan nak jadi kurang ajar atau menjadi perkara yang tidak semestinya ibu bapa inginkan. Dia sebenarnya sedang proses emosi. Tadi dia keluarkan emosi marah kecewa, sedih dan perasaan yang terasa  tidak disayangi. " Kata Rafael.

"Jadi penyelesaiannya kita tak boleh pukul dia apatah tengking dia balik, marah dia balik lagilah teruk nanti. Apa yang perlu kita buat kita kena tenangkan dia bisikkan dia kata kata sayang, peluk cium dia supaya dia rasa dia dikasihi. Dan sebagai orang islam kita bacakan ayat Al Quran pada dia." Kata Rafael penuh ketenangan.

"Itu je."

"Ya, itulah cara kita kawal anak kita yang sedang mengalami tantrum." Kata Rafael.

"Tantrum, penyakit ke tu?." Rafael terus menggeleng. "Itu perkara biasa pada budak yang seawal umur 15 bulan sampai 6 tahun dan ianya lebih tertumpu pada budak yang aktif macam... Quds."

"Dia bukan nak jadi kurang ajar tapi dia sedang dalam proses memahami sesuatu perkara." Sambung lagi Rafael, dia mengulangi kata kata itu bagi memehamikan Darin. "Kalau kita marah dia, dia akan jadi lebih memberontak, lebih agresif yang paling saya tak suka dia akan jadi pengecut." Kata Rafael.

"Pengecut?."soal Darin.

"Pengecut lelaki dia lain macam." Kata Rafael sambil tersenyum. Sekarang Darin seperti mahu cili sahaja mulutnya, bukan Rafael tidak ambil kisah tetapi anak anak mereka, Rafael sangat kisah.

"Abid?" Soal Darin lagi.

"Abid okey, dia cuma takut dengan Quds bila Quds macam tu." Kata Rafael, Darin menundukkan kepalanya. Memang betul betul Darin ingin menumbuk dirinya itu. Dia malu sendiri.

"Sebab tu dia nak berpeluk pada awak."

"Ohhh..." kata Darin kemudian mereka terdiam.

"Jujurlah masa awak pergi tinggalkan kami. Saya rasa buntu dengan anak anak. Awak pergi lama. Awak kata sekejap. Tapi lama saya tunggu." Kata Darin pada Rafael.

"Maaflah sayang memang agak huru hara sekejap. Tapi semua dah settle." Kata Rafael fakta.

"Hmmm" Darin menundukkan mukanya. Dia pula rasa bersalah kerana telah memarahi Rafael.

"Awak rindu saya ke?" Kata Rafael. Darin terus memandang Rafael. Muka Darin merah. Dia haya diamkan diri sahaja.

"Jadiii...."kata Rafael tanpa jawapan Darin.

"Awak nak tidur sini ke?." Soal Rafael.

Darin terus mengangguk dan tersenyum.

"Saya tidur sorang."

"Rorakan ada." Kata Darin.

"Rora kat babyt."

"Bawalah dia tidur dengan awak."

"Okey." Rafael membuat muka, kemudian Rafael terus berdiri dan berlalu keluar daripada bilik Harith, dia menutup perlahan pintu bilik itu sambil mengucapkan selamat malam pada Darin.

Setelah itu mata Darin terus melihat Harith yang tertidur nyenyak, Darin terus membaringkan dirinya bersebelahan dengan Harith.

Darin terus tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa hari ini yang sangat tidak dijangkanya lalu dengan perlahan dia terus terlelap di samping Harith.
.
.
.

Darin terus tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa hari ini yang sangat tidak dijangkanya lalu dengan perlahan dia terus terlelap di samping Harith

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf sekiranya terdapat kesalahan. 😃💛😘

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now