Bab 15

1.1K 73 2
                                    

Esok sudah cukup lima hari dia di Langkawi dan esok juga dia perlu balik ke rumah besar milik Rafael. Entah apa yang akan berlalu pada masa hadapan. Dia tidak tahu dan dia tak mahu tahu, yang dia tahu nak atau tak nak dia perlu hadapinya walaupun apapun yang berlaku. Rumit bukan?.

Laut yang terbentang luas ditatap Darin hiba. Rora yang berada di pangkuan Darin dipeluk saat angin dari laut mencengkam tubuh badannya. Matanya kembali memandang laut.

"Jauh termenung."

"Kak Ya"

"Menung apa?"

"Masa depan." Kata Darin menoleh kembali kearah laut . Daria terus menepuk belakang badan Darin lembut.

"Harith." Kata Daria.

"Harith?" Soal Darin.

"Macam mana Harith, dia okey. Kak Ya nampak dia tak okey." Darin kemudian memandang anak anak lelakinya bersama Rafael yang sedang bermandi manda di laut malah suami Daria, Aidil dan anak anaknya juga turut mandi bersama. Mata Darin terus melihat Harith yang sedang bermain dengan Alif yang sebaya dengannya, Anak bongsu Daria.

"Dia tahu kamu tak ingat dia." Kata Daria lembut. "Dia bagi tahu semuanya. Kak ya tahu dia rindu Darin tapi dia buat macam tak rindu. Dalam banyak banyak anak  kamu dia yang paling manja dan rapat dengan kamu." Kata Daria cuba memberikan semangat kepada Darin.

"Rapat, tapi dia asyik jauh sahaja daripada Darin. Tak nak dekat langsung." Kata Darin.

"Cuba dekatkan diri dengan dia." Saran Daria.

"Darin cuba." Ya, dia perlu cuba lagi dan lagi. Harith anaknya wajah Harith terlihat mirip dengannya. Dia tahu Harith rindu akan mamanya. Dia akan cuba membuatkan Harith memberi senyuman kepadanya.

Apa yang bersangkut paut tentang anaknya, Darin laju sahaja ingin menyelesaikannya, dia tidak tahu apa yang membuatkan dia bersikap begitu. Mungkin dulu dia begitu. Tetapi apa yang bersangkut paut tentang Rafael dia akan cuba mengelak, traumanya masih ada tetapi kini sudah surut sedikit memandangkan Rafael adalah suaminya dan anak anaknya memerlukan Rafael sebagai seorang ayah.

"Dia lah pengubat kamu saat kamu terluka dulu." Kata Daria lagi tanpa disedarinya sambil melihat keluarga mereka.

"Luka?." Soal Darin menatap Daria, Daria terus memandang Darin tergamam. "Luka apa?" Soal lagi Darin. Daria terdiam lalu menggeleng.

"Kak Ya tak ingat, tapi kak Ya tahulah." Kata Daria mencari jalan keluar dia sudah terlepas kata

"Ohh." Kata Darin. Daria menarik nafas lega didalam hatinya saat Darin tidak bertanya lebih mendalam tentang perihal yang satu itu.

Perihal di mana Darin yang dulu luka kerana merindui anak pertamanya. Dia merasakan rahsia itu tidak perlu dirahsiakan .Biarlah Darin tahu kerana kelak dia dan Rafael juga perlu berwaspada untuk rahsia itu tidak terbongkar.

Seperti sekarang dia sudah terlepas kata dan dia juga perlu menipu Darin. Rasa kesian kepada Darin semakin mengebu saat dia tidak boleh memberi tahu kebenaran kepada Darin.

Tetapi ada baiknya juga perkara itu dirahsiakan "sebab saya tak nak dia makin benci saya." Itulah kata kata Rafael kepada Daria saat Daria bertanyakan soalan mengapa perlu rahsiakan daripada Darin.

Kalau Darin tahu dia dirogol sampai mengandung pasti Darin akan lebih takut, marah, benci dan jijik kepada Rafael maka dia akan jijik juga kepada Ara. mana-mana perempuan pun tidak mahu mengandungkan benih bukan dari suaminya. Siapa yang mahu.

Daria terus mengeluh.

"Kenapa kak Ya." Tanya Darin. Daria hanya menggelengkan sahaja pertanyaan Darin.

"Seronok tengok mereka mandi." Kata satu suara yang tidak asing di pendengaran Darin dan Daria.

"Mak, datang." Kata Daria

"Yalah." Kata Puan Jamilah duduk di tepi Darin.

"Mak tak sihat kan. Kaki mak tak kuat sangat jalan jauh." Kata Daria kepada Puan Jamilah.

"Alah, nak tengok cucu menantu seronok pun susah." Keluh puan Jamilah. Darin hanya memandang maknya itu dengan senyuman. Selepas tahun tahun berlalu Darin dapat melihat perubahan sikap ibunya yang semakin sensitif. Apabila bercakap kena elok elok, jangan berbelit belit dan harus membuatkan ibunya faham kalau tidak ibunya itu akan melenting dan merajuk. Ada sahaja salah faham. Mungkin setelah ayah meninggal sikap itu muncul. Darin menatap ibunya dengan senyuman.

"Ni kalau Ara.."

"Makkk." Pintas Daria laju. Puan Jamilah dan Darin terus melihat Daria kerana terkejut dengan panggilan Daria yang kuat memanggil emaknya.

"Awat?." Soal Puan Jamilah.

"Mak datang sini siapa hantar?." Kata Daria.

"Ohhh,. Tu mak cik seha kau kebetulan dia nak ke market mak tumpanglah." Kata Puan Jamilah.

Fuhhh. Daria terus tersenyum.

"Eh Rafael dah habis mandi kaa?." Tanya Puan jamilah saat melihat menantu bongsunya itu datang mendekati.

"Nak ambik Rora nak ajak dia mandi." Kata Rafael sambil menyelak rambutnya kebelakang. Mata Darin membulat melihat wajah rupawan  milik Rafael. Jantungnya tiba-tiba bergetar tak keruan.

"Rin pergilah ikut Rafael mandi." Darin hanya mengikut sahaja apa yang puan Jamilah kata langkah kaki Darin terus ke arah laut.

"Rafael" panggil Darin. Rafael terus memandang Darin. Darin terus memberikan Rafael Rora.

"Tak nak mandi." Soal Rafael tersenyum, Darin terus menggeleng tetapi dia tetap terpaku dengan wajah Rafael.

"Okey." Jawab Rafael. Rora terus dibawa masuk kelaut oleh Rafael. Terkekeh kekeh suara Rora saat ayahnya masukkan dia kedalam laut.

"Kenapa handsome sangat." Kata Darin seperti merancau. Mata Darin melihat kiri dan kanannya. Darin terus terpaku dengan anak buah sulungnya yang bernama Aizat. Darin mendekati Aizat yang duduk di sebelah istana pasir.

"Aizat." Panggil Darin.

"Ohhh, mak su." Kata Aizat yang baru menyedari kedatangan Darin.

"Cantik istana Aizat." Kata Darin.

"Macam istana yang kita buat dulu kan." Jawab Aizat tersenyum mesra. Darin terus terpaku dengan kata kata Aizat. Macam mana dia nak ingat istana macam dulu, sayangnya dia tak ingat mana mana istana pasir. Darin hanya mengangguk sahaja.

"Abanggg!!!." jerit kedua adik kembarnya serentak.

"Mak su Aizat nak mandi laut, Sofia, sonia dah panggil." Kata Aizat yang berusia sebelas tahun kemudian dia berlari kearah laut.

Mata Darin memandang istana itu lalu tersenyum. Bagaimana agaknya rupa istana dulu yang ada di memori lampaunya. Dia pun tidak tahu.
.
.
.

Segala kesalahan mohon ampun dan maaf

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Segala kesalahan
mohon ampun dan maaf.
.
.
.
😊😘🌟

DUS2: memoriМесто, где живут истории. Откройте их для себя