Bab 36

994 69 5
                                    

Mata Darin melihat Rora yang terbaring di katil biliknya sambil tekun menghisap botol susunya. Darin yang sedang duduk bersebelahan Rora cuba menyakat Rora dengan menarik botol susunya tetapi anaknya itu cepat bertindak, Rora menggulingkan badannya menjauhi Darin.

"Hey.. jatuh nanti!!." Dengan pantas Darin menangkap tubuh kecil Rora. Rora hanya terkekeh-kekeh dengan reaksi Darin.

Kemudian Darin terus memangku Rora di atas ribanya. Darin memandang luar tingkap yang luas pada pandangannya. Fikirannya teringat sesuatu.

"Tingginya." Kata Darin memandang pemandangan kota Alicante. Sangat cantik dan mengagumkan.

"Kita tunggu matahari terbenam." Kata Rafael yang berada di belakang Darin. Dengan spontan Darin terus memandang Rafael kerana terkejut akan suara Rafael yang tiba tiba muncul.

Mata Darin dan Rafael kini menatap antara satu sama lain. Darin langsung tidak gugup memandang mata cantik milik Rafael. Kini dia tidak takut langsung memandang mata itu.

Mereka hanya terpaku memandang sesama sendiri.

"Auchhh" satu suara menghilangkan lamunan Rafael dan Darin. Mata kedua dua mereka melihat seorang perempuan yang terjatuh dan  ditolong oleh seorang lelaki yang sedang tergelak malah perempuan itu memukul lelaki itu dan mereka tergelak bersama.

Darin tersenyum melihat gelagat mereka dan matanya kembali memandang Rafael begitu juga dengan Rafael. Dia agak gugup dan matanya terus lari melihat pemandangan di depannya yang menunjukkan matahari mula melabuhkan tirainya. Dengan perlahan Darin merasakan ada satu tangan yang melingkar pada perutnya. Dagu Rafael berlabuh pada bahunya.

"Walaupun sebelum ni kita pernah ke sini tapi saya yakin awak masih tak ingat... Saya hanya nak ke sini bersama dengan orang yang sangat saya cinta dan orang itu adalah awak dan akan sentiasa menjadi awak." Kata Rafael tepat pada telinga kanan Darin.

Suara tangisan Rora memberhentikan pemikiran Darin. Mata Darin terus melihat anak bongsunya itu yang entah macam mana boleh terlepas dari ribanya.

"Rora kenapa?" Soal Darin tersenyum kearah Rora. Rora terus merangkak kearah Darin. Darin terus menyambut Rora dalam dukungan nya sebaik sahaja anak kecil itu mendekatinya.

"Darin." Panggil satu suara dari arah pintu.

"Mama." Puan  Clarissa terus tersenyum saat melihat reaksi Darin apabila menyedari akan kehadirannya.

"Boleh mama masuk?." Darin terus mengangguk dengan senyuman.

"Kenapa Rora tu?." Kata Puan Clarissa memandang Rora yang berkerut mukanya.

"Dia berdrama." Kata Darin. "Tengoklah dia menangis tapi air mata tak ada. Sedih sangat." Kata Darin.

"Ohhh, kelakar la Rora ni." Kata Puan Clarissa sambil tersenyum pada Rora.

Kemudian mereka terdiam sesama sendiri. Puan Clarissa hanya memandang tingkah Rora begitu juga Darin.

Mata Puan  Clarissa kembali melihat Darin "Darin." Panggil Puan Clarissa, Darin terus memandang Puan Clarissa.

"Mama nak ucapkan terima kasih sangat sangat." Sambung Puan Clarissa. Darin pelik dengan kata kata Puan Clarissa.

"Terima kasih?" Soal Darin.

"Ya, terima kasih sebab sudi ada di sisi Rafael walaupun mama tahu betapa kejinya perbuatan dia pada Darin." Kata Puan Clarissa agak berat, Darin hanya terdiam sahaja.

"Mama ingat lagi macam mana arwah ayah dia meninggal. Rafael rahsiakan daripada kami setahun perbuatan keji dia. Selama setahun tu jugak dia selalu nampak tertekan." Kata Puan Clarissa melihat tingkap di luar pula. Darin hanya mendengar sahaja kata kata Puan Clarissa.

"Mama desak dia untuk terus terang depan ayah dia. Mama desak dia. Macam macam mama tanya dia kenapa dia nampak tertekan padahal pada ketika itu dia tiada tanggungan, pasal hal syarikat juga tidak ada masalah. Sampai mama suruh doktor check dia tapi semuanya kosong dia tak nak luahkan apa yang terbuku pada diri dia. Mama tak tinggal diam. Mama terus desak dan desak dia sampailah pada malam tu. Dia bagi tahu apa sebenarnya yang dia sembunyikan." Kata Puan Clarissa sedih.

"Masa tu mama sangat kecewa anak yang mama sanjung, mama tatang bagaikan minyak yang penuh buat perkara keji tu. Dah ditakdirkan Allah Ayah Rafael pergi pada masa tu juga dan permintaan terakhir dia. Cari dia, bertanggungjawab keatas dia. Itu ayat yang mama tak boleh lupakan daripada suami mama." Air mata pada kelopak mata Puan Clarissa mula mengalir. Darin terus memegang bahu ibu mertuanya itu.

"Setelah ayah pergi Rafael dan mama cuba pergi ke langkawi. Mama ingat lagi macam mana muka mak ayah Darin saat dapat tahu yang anak dia lari sebab anak mama."

"Dan selepas itu Rafael mencari dan terus mencari Darin. Dia jumpa Darin tapi dia takut. Dia takut Darin takut dengan dia, jadi dia mengambil keputusan untuk melihat Darin dari jauh. Kesian anak mama. Mama bukan nak menangkan dia, tapi apa yang mama nampak dia berusaha dan terus berusaha. Dan pada saat tu dia menangis sebab dia menyesal sangat."

"Mama minta maaf sekali lagi mama minta maaf pada pihak anak mama." Kata Puan Clarissa tertunduk dengan tangisan.

"Mama." Panggil Darin sebak.

"Ishhh kenapa mama mengungkit aduh. Perkara tu dah lama, mama minta maaf kalau mama ingatkan memori silam Darin." Kata Puan  Clarissa mengelap air matanya kemudian wajah tua itu tersenyum.

"Dah lah apa ni, Air mata pulak." Kata ibu mertuanya itu lagi Darin hanya tersenyum.

"Mama bahagia tengok famili Darin dan Rafael. Kalau Rafael buat apa apa atau perkara mengarut mama sendiri akan pukul dia." Kata Puan Clarissa tersenyum begitu juga dengan Darin.

"Cucu Abuela meh sini meh, mama ambil dia ya." Kata Puan Clarissa Darin terus memberikan Rora yang berada di pangkuannya kepada Puan Clarissa.

Selepas hilangnya kelibat Puan  Clarissa Darin terus tertunduk melihat kain selimut di atas katilnya.

"Begitu terseksanya lelaki itu." Kini rasa kasihan pada Rafael terus muncul pada hati Darin. "Dia cuba sebaik mungkin untuk dapatkan aku."
.
.
.

Maaf sekiranya terdapat kesalahan
❤💞😊

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now