Bab 16

1.1K 76 6
                                    

Seluar tidur dibelek Darin satu persatu dalam closet bilik Rafael. Dikaut seberapa banyak yang boleh. Ini sahaja peluang yang dia ada untuk mengambil pakaiannya. Sampai sahaja di rumah Darin terus memerhatikan gerak geri Rafael. Bila lelaki itu akan masuk bilik dan bila lelaki itu tidak masuk bilik. Sudah lima jam dia berada di rumah selepas balik dari Langkawi.

Setelah selesai Darin melihat timbunan pakaian yang baru sahaja dia bina. Matanya kini melihat untuk mencari sesuatu yang boleh dibuat untuk mengangkut kesemua pakaian yang baru dia keluarkan.

Setiap almari yang berada di closet itu dibuka satu persatu. Matanya terus meliar memerhati, Bagasi berwarna merah darah ditatap Darin kagum.

"Cantiknya." Kata Darin sebaik melihat bagasi tersebut yang berada di dalam almari. Ditarik Darin perlahan bagasi itu dan terus dibaringkannya lalu zip bagasi dibuka.

Satu persatu baju dibawa masuk Darin kedalam bagasi. Bunyi ketukan pada benda keras terus memberhentikan kegiatan Darin serta merta. Darin menoleh kearah suara tersebut.

"Buat apa?" soal Rafael, mata Amber lelaki itu menatap tajam pada Darin. Darin hanya melihat Rafael dengan wajah ketakutan.

"Saya ambil baju."

"Untuk apa?" Soal Rafael lagi.

Tiada jawapan yang diberikan Darin. Dia mempunyai jawapan tetapi kenapa dia tidak mampu berkata. Mulutnya seperti terkunci dan kuncinya entah jatuh ke laut mana. Darin mula gelisah.

Darin hanya terdiam lalu dengan pantas kaki Darin terus berdiri dan kaki itu terus melintasi Rafael untuk keluar dari closet. Darin ingin keluar daripada bilik. Dia terasa seperti sesak nafas apabila bersama Rafael. Dia perlu menjauhi Rafael.

Rafael hanya memandang pergerakkan Darin, dengan pantas di mendekati Darin yang kini sedang berjalan laju kearah pintu keluar bilik mereka.

Rafael terus menahan badan Darin yang ingin keluar. Badan Darin ditolak merapat ke dinding dan secara spontan Darin menundukkan pandangannya. Tidak mahu melihat wajah Rafael.

Dengan perlahan Rafael mendekatkan dirinya lagi ke tubuh Darin sehingga jarak tidak dapat memisahkan mereka.

Muka lelaki itu dekat di telinga Darin. Bulu roma Darin meremang saat itu juga.

"I miss you" kata kata yang dikata Rafael membuatkan Darin terkesima.

"Terlalu rindukan awak" dengan perlahan Rafael mencium rambut yang ada di telinga Darin. Darin cuba mengelak tetapi pergerakkan sepertinya tidak dapat bertindak untuk menghalang perlakuan Rafael.

Darin hanya diam kini ciuman Rafael menjalar di lehernya kemudian ciuman Rafael berhenti. Darin tidak mampu melawan, kekuatannya seperti hilang.

"Don't you miss me?" Darin memandang, lelaki dihadapannya lelaki itu menunjukkan dengan reaksi sedih. Kenapa dia sedih, bagaimanakah dia yang dulu saat bersama Rafael.

"Come back baby, please." Kata Rafael sambil mencium dahi Darin dan tanpa sengaja Darin menjauhkan air mata.

"Mama" teriak salah satu anak lelaki mereka disebalik pintu bilik mereka.

Dengan pantas Darin mengelakkan mukanya daripada Rafael. "Ya, kejap" kata Darin lalu mengelap air matanya sambil bergerak ke arah pintu. Pintu dibuka perlahan. Darin terus memberikan senyuman kepada anaknya itu.

"Ya Quds kenapa? . Jom kita turun." Kata Darin sambil memegang tangan Quds. Darin terus menutup pintu dan matanya sempat melihat Rafael yang tidak bergerak daripada tempat mereka tadi.

"Mana abang Harith, Abid?" Tanya Darin kepada Quds sambil memimpin nama anak turun ke bawah.

"Dekat bawah tunggu mama"

"Mama" Abid yang melihat Darin terus menghampirinya tetapi tidak pula pada Harith.

"Harith dah masak air." Kata Harith datar. Memang dia ada memesan Harith untuk melakukan sesuatu yang Harith pandai. Bukan dia tidak mahu menggunakan penapis air yang sedia ada air panas tetapi kata Harith dia dulu selalu minta Harith masak air panas untuk bancuh apa apa.

"Pandai anak mama" kata Darin melihat Harith kemudian Darin mengeluarkan 3 gelas lalu mula membancuh susu untuk anaknya dan dibantu oleh Harith.

"Ayah nak pergi mana?" tanya Quds apabila melihat kelibat ayahnya. Mata Darin terus mengikuti arah mata Quds.

"Ayah nak keluar kejap. Jaga mama"

"Okay." jawab Quds kepada Rafael manakala Harith hanya melihat Rafael dan Darin bersilih ganti.

"Ayah nak candy" kata Abid ceria lalu berlari ke arah Rafael. Rafael terus mendukung Abid.

"no puedes comer dulces, nanti gigi rosak. Look at your teeth" kata Rafael lalu mencium Abid.

"pues... seguire lo que diga mi padre" kata Abid muram dengan bahasa sepanyol itu. Darin kini sudah  terbiasa kadang anaknya itu berkata bahasa lain dari melayu. Selepas itu Abid tergelak saat ayahnya menciumnya banyak kali lalu Rafael meletakkan Abid ke bawah dan Abid lari ke arah Darin.

"Saya pergi dulu" kata Rafael kepada Darin. Darin hanya mengangguk kemudian matanya memandang Harith yang masih melihatnya.

※※※

"Dua belas pagi hmmm. Tak balik lagi." Kata Darin melihat jam dinding

"Mana dia pergi" kata Darin sambil membelai cadar katil milik Rafael.

"I miss you"

"Terlalu rindu"

Kata kata Rafael terngiang ngiang di fikirannya. Lelaki itu sangat menyedihkan. Terlalu menyedihkan. Kata Darin sambil mengerutkan mukanya.

"Siapa aku yang dulu?. Macam mana aku yang dulu?." Tanpa disedari Darin membaringkan dirinya ke atas katil Rafael buat pertama kalinya dalam memorinya selepas bertahun tahun yang lalu. Darin tidak berhenti mengulangi soalan tersebut kepada dirinya hinggalah dia menutup mata lalu tertidur dengan penuh tanda tanya.
.
.
.
.
.

 Darin tidak berhenti mengulangi soalan tersebut kepada dirinya hinggalah dia menutup mata lalu tertidur dengan penuh tanda tanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf sekiranya terdapat kesalahan. 😊👋🌟


pues... seguire lo que diga mi padre
Baiklah... saya akan ikut apa yang ayah saya katakan

DUS2: memoriWhere stories live. Discover now