Part 1

750 94 84
                                    

Jam menunjukkan 6:30 pagi. Waktu kebanyakan budak-budak bersiap pergi ke sekolah.

Pintu bilik bernombor 2 dibuka perlahan-lahan. Kelihatan Renjun sedang tidur sambil memeluk patung moomin.

"Sayang, bangun pergi sekolah" Puan Huang mengejutkan Renjun dengan penuh lemah lembut.

"Mama ..taknak" Dia merengek lalu tarik selimut selubung satu badan.

"Kenapa taknak? " Puan Huang mengusap kepalanya.

"Sekolah .. tak best" Balas Renjun yang masih lagi mamai.

"Jom mandi nanti kita sarapan" Puan Huang memujuk dengan lembut lemah.

Renjun tidak membalas dan dia sambung tidur balik. Puan Huang terus mendukungnya masuk bilik air.

"Mama.. tak nak mandi.. sse-sejuk" ujar Renjun sambil menggosok mata kerana air masuk ke dalam mata.

"Mana ada sejuk. Mama dah jerang air ni dah" Puan Huang terus menyiram air ke badan Renjun.

"Moomin nak shampoo rambut " Renjun membahasakan dirinya sebagai moomin. Dari kecil, sebab Moomin adalah kartun kegemaran dia.

"Moomin nak pakai shampoo apa?" Puan Huang menyiram badan Renjun dengan perlahan sambil sabunkan belakang badan. 

"CARRIE  JUNIOR! " Renjun bermain dengan itik getah di dalam bathtub.

Puan Huang mengikuti saja kehendak anak bongsunya itu . Kemudian sebotol carrie junior diambil lalu ditekan banyak kali sehingga keluar cecair .

Berapakah umurnya sekarang? 6,7,8 tahun? Tidak, Renjun berusia 17 tahun tetapi kelakuan dan pemikirannya seperti kanak-kanak.

Renjun juga tidak pandai menjaga diri sendiri dan hanya mengharapkan ibunya sahaja untuk menguruskan dirinya.

"Pak sooman ada kucing~ nama dia Jeno ~ " Renjun menyanyi sambil bermain itik getah kemudian mengocak air di dalam bathtub.

Puan Huang hanya tersenyum melihat kerenah Renjun ketika mandi.

Setiap hari dia mengurus Renjun dari bangun tidur sehinggalah masuk tidur. Pernah sekali Puan Huang terfikir tentang Renjun.

Siapa yang akan menjaga Renjun jika dia sudah tiada nanti?

Mahu mengharapkan Tao?
Setiap hari Renjun mesti dicaci dan dimakinya.

Dihantarkan ke rumah anak yatim?
Dia hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya umurnya dipanjangkan.

"Mama.. Mata sakit" Renjun mengadu kerana matanya dimasuki buih sabun.

Puan Huang yang ketika itu sedang mengelamun terus terhenti apabila Renjun merengek seperti bayi 9 bulan.

"Sabar ya? nanti hilang rasa sakit tu" pujuk Puan Huang sambil meniup mata Renjun.

Mata Renjun sudah mengalir airmata kerana menahan sakit.

"Gigi dah gosok? " tanya Puan
Huang ketika membilas rambut Renjun.

Renjun menggeleng.

"Dah tahu macamana nak gosok gigi kan?"

Renjun menganguk.

"Mama nak tengok Moomin buat sendiri. Okay? " Puan Huang mengusap pipinya.

Tanpa membuat masa. Renjun terus mengambil berus giginya dan ubat gigi berperisa strawberi dan dia terus menggosok giginya seperti yang diajar sebelum ini.

"Salah tu" Puan Huang menegur lalu membantu Renjun.

"Sekarang kumur air ni" Puan Huang memberikan satu cawan bercorak moomin berisi air kepada Renjun.

Renjun terus mengambilnya dan kumur mulut didepan cermin.

"Dah besar dah kamu ni. Dulu kamu kecil sangat. " Puan Huang teringat ketika dia bersalin Renjun.

Renjun dilahirkan pra-matang . ketika itu Puan Huang baru saja mengandung 7 bulan tetapi doktor memberitahu Renjun masa tu dia ada komplikasi .

Puan Huang terpaksa bersalin secara pembedahan kerana takut perkara buruk terjadi.

Selepas Renjun selamat dilahirkan. Dia diletakkan dalam inclubator. Airmata sudah jatuh ke lantai apabila teringat balik.

"Nyamuk babap (buat) mama lagi ya? " tanya Renjun yang dah selesai mandi.

"Mana ada nyamuk babap . Ada habu masuk mata " Puan Huang mengelap airmata menggunakan hujung lengan baju.

"Renjun dah siap ya? Jom pakai baju " Puan Huang memimpin Renjun masuk bilik.

Bedak disapu keseluruh muka, rambut disikat supaya kemas.

Setiap hari Puan Huang mesti memuji dia selepas siap.

Renjun setiap hari sengih macam kerang busuk sebab dipuji.

"Anak mama kena belajar rajin-rajin nanti boleh banggakan mama, negara dan baba!"  Puan berpesan Huang kepada Renjun.

Renjun menganguk tanda faham. Pipinya dicubit kerana terlalu geram dengan kecomelannya.

"Kenapa tak pakai stoking? Nasib baik mama perasan" Puan Huang menunduk dan pakaikan stoking di kedua-dua kaki. Renjun menggaru kepala dan senyum.

"Sekarang kita pergi sarapan. Makan kenyang-kenyang nanti barulah tak penat" Dahi anak bongsunya dikecup dan mereka berdua turun dari tangga.

Mujur dapat tahu Renjun ada autism ketika umurnya 3 tahun. Kalau tidak, mungkin dia masih tak pandai bercakap lagi.

-TBC

Aku buat cerita ni adik aku ada autism juga. Tapi takdelah sama dengan kehidupan sebenar, kalau ada salah atau terkurang aku nak minta maaf sangat-sangat. Autism boleh dirawat tapi dia takkan sembuh.

Siapa ada anak kurang upaya ni untung. Sebab diorang ahli syurga.



[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Donde viven las historias. Descúbrelo ahora