Part 20

225 43 16
                                    

"Nombor pengasuh tu apa mama? " soal Tao sambil menaip nombor telefon dengan laju.

"Mama baru bagitahu tadi, cepatlah, mama tak sabar nak dengar suara Jun " Puan Huang menggesa Tao supaya cepat.

"Kejap lorhhh "

"Jujurnya aku suka, masih pada dirinya. Walaupun pernah berbeza langit dan udara~" Elkie tak perasan orang call sebab dia setkan phone dia silent.

"Tak dapat call dia lah" Tao mencuba lagi.

"Makan leklok" ujar Elkie ketika suap bubur nasi ke dalam mulut Renjun.

"Dapnya! Esok nak makan juga!" Renjun tepuk tangan macam angin laut dan bagi thumbs up kepada Elkie.

"Terima kasih sebab puji akak, eh jap . Akak nak tengok phone jap"  Elkie berhenti mengacau bubur dalam mangkuk.

"Boleh bertandang lagi esok" Guanlin menyiku tangan Renjun.

Mulut Elkie melopong tengok ada 10 panggilan rindu (misscall)  di telefonnya.

"Maafkan saya sebab tak perasan tadi sebab sibuk suap budak-budak makan bubur" Elkie pergi ke ruang tamu sebab dapur bising teramat dengan bunyi sudu dan mangkuk diketuk kuat.

"Takpe, tapi budak-budak? Awak jaga siapa pula ni? " Puan Huang dan Tao kehairanan dan pandang sesama sendiri.

"Ada budak ni namanya Guanlin , katanya nak main dengan Renjun kejap"

"Ouhh, okay, biarkan jelah budak tu. Macamana dengan Renjun?  Dia dah mandi ke?  Dah makan ubat ke belum? " Puan Huang bertanya bertubi-tubi.

"Dia belum mandi masa saya datang tadi . Dia kata nak mandi lepas makan ni. Ubat pula saya taktau kat mana" Elkie pandang Renjun dan Guanlin sekejap sebelum pandang tempat lain.

"Terima kasih sebab dah maklumkan, nak dengar suara dia sikit" Tao ambil telefon dari tangan Puan Huang.

"Okay" Elkie menghala telefonnya ke arah dapur. Dengarlah budak-budak tu nyanyi lagu TFBOYS.

"ONE!  TWO!  THREE!!  AMIGOO!! ONE! TWO! THREE! JIAYOU JIAYOU!"

Kan dah cakap. Ada karok free kat rumah.

"Nanti petang kalau boleh bawa dia jalan-jalan kat taman tau" beritahu Puan Huang sebelum mematikan panggilan.

"Baik , puan" Elkie letakkan telefon dalam poket bajunya balik.

Dia pergi ke dapur semula untuk sambung makan.

"Esok kita sekolah, Linlin nak main dengan siapa? "

"Jun kan sekolah pagi. Nanti petang kita mainlah" balas Guanlin sambil sengih . Nampak gigi dua batang dah takde.

"Hmmnn.. Esok akak datang ke ? " Renjun membuat aeygo dengan cumel sekali.

"Esok akak datang petang sebab Renjun dah balik sekolah"

"SAYANG AKAK!!!  " Renjun terus peluk Elkie yang duduk disebelahnya.

"Amboii, tadi pagi punya marah kat akak kalau datang dekat" Elkie mengosok rambut Renjun .
Kemudian dia terperasan sesuatu.

"Rambut Renjun dah lama tak potong ke?  Panjang semacam akak tengok, rambut belakang dah lebih paras leher" Elkie terus cari kutu di rambut Renjun.

Renjun mengganguk .

"Takdelah panjang sangat. Mama kata biasa je ni" Renjun bermain dengan rambutnya ni.

"Ada surat khabar tak? "  Elkie bangun dari kerusi dan cari gunting di laci dapur.

"Surat khabar ada kat stor... Akak tau kan kat mana?" Renjun pandang Guanlin .

"Akak nak buat apa? " Guanlin siku tangan Renjun sekali lagi.

"Ada benda nak buat" Elkie selongkar almari .

"Entah-entah dia nak bunuh kita ..." Guanlin pegang tangan Renjun dengan erat.

"Lepaslah tangan kita ni!!" Renjun terus lepaskan tangan Guanlin.

Elkie tarik tangan Renjun dan masuk ke dalam bilik air.

"Hahh?? " Renjun dan Guanlin berpandangan sesama diri dengan perasaan pelik dan hairan.

"Baru kacak macam ni" Elkie mula menggunting rambut Renjun. Bunyi rambut dipotong menambahkan keseraman di telinga Renjun.

Air liur Guanlin meleleh.

"Nanti lipas masuk dalam mulut tu baru tau" Elkie senyum tengok Guanlin yang macam baru kena kejutan elektrik.

"Akak potong rambut kita macamana?  Mushroom hair macam Sungsung ke? " soal Renjun kerana tidak tahu sebab takde cermin .

"Kejap je, nanti siap mesti Renjun lagi kacak dari trainee idol producer " Elkie membersihkan rambut disekitar leher Renjun.

"Okay , dah siap" Elkie beri cermin kecil kepada Renjun.

"Kita pun nak macam tu.. " air liur Guanlin jatuh menitik-menitik. Kalau diletakkan besen kat bawah kaki dia boleh penuh dah.

"Dulu mak ayah akak buka kedai potong rambut sebab tu akak pandai" Elkie masukkan sikat dan gunting kedalam poket baju.

"Renjun belum mandi lagi kan? Mandilah sekarang.  Nanti badan gatal "

"Sejuklah.. Selalunya mama yang mandikan masa ni . Takpelah, hari ni Jun mandi sendiri " Renjun tutup mukanya dengan tuala.

"Bukan ada heater ke?? Jun sengaja nak gedik-gedik dengan akak ke? "Guanlin hempuk (?) kepala Renjun dengan kuat.

Lain kali kita campak dia kat loji najis je.

"Nak kakak mandikan ke? " Elkie bergurau dengan Renjun.
Takkan dia nak mandikan budak lelaki yang dah besar panjang.

"Daripada mandikan dia baik mandikan Linlin " sempat si Guanlin mencelah.

"Linlin dah mandi tadi pagi" Renjun menarik mukanya . Jelas di wajahnya sedang menahan marah.

"Just like tt " balas Guanlin yang kononnya merajuk dengan Renjun. Ingat comel kah?

"Ding dong~ Ding dong~ Dong Sicheng~"

"Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?" tanya Guanlin sambil menjenguk pintu dari dapur .

"Kejap akak buka"

-TBC

785 patah perkataan. wow!!

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Donde viven las historias. Descúbrelo ahora