Part 14

248 45 37
                                    

"Apa kau nak lagi setan? Tak cukup lagi nak sakitkan hati aku? Pergi mampus lah!" Tao maki- hamun tanpa henti sehingga tak beri peluang untuk pemanggil balas.

"Ini aku lah, Chengxiao!! Boleh tak bagi peluang untuk cakap dulu? Kau mesti marah sangat dekat seseorang sangat sampai maki hamun teruk sangat"

Mata Tao membulat serta-merta. Dia rasa bersalah kerana tak bagi peluang kepada Chengxiao untuk cakap.

"Sorry sayang. Aku marah Luhan tadi sebab dia call tadi. Aku ingat dia tadi, maaf sangat-sangat Chengxiao"

"Siapa sayang kau!" Chengxiao kawal diri daripada baling phone. Mahal tu dia beli.

"Sorry, aku ingat Luhan call tadi" Tao menggaru lehernya.

"Aku ada kawan nama Ramu. Tiada maaf bagimu" Chengxiao mematikan call sebelum Tao memberi penjelasan.

"Aduh melepas lagi. Eh, Renjun dah tunggu dari tadi!  " Tao kelam kabut masuk bilik Renjun.

"Cepatlah baca cerita supaya Jun tidur nyenyak!! " Renjun bagi Tao buku cerita bertajuk Haechan Dan Kembarnya.

"Apa benda ni? " Tao berkerut ketika membelek-belek buku itu.

"Gege tak suka ke? Takpe, Renjun tukar lain" Renjun bagi buku bertajuk "Tapak Sulaiman Yang Bodoh "

"Yang ni pun bolehlah" Tao menyelak satu persatu muka surat.

Renjun baring kat katil dan Tao mula membaca cerita.

"Pada satu dahulu, ada seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu bernama Patricia . Dia berkawan dengan satu span pencuci pinggan nama dia Spenderbox . Patricia ni bodoh, sama juga dengan Spenderbox. Patricia ni pemalas dan kuat tidur. Habis cerita~" Tao menutup buku selepas habis membaca.

"Awat bodoh sangat cerita dia?  Buku apalah mama belikan ni" Tao meletakkan buku di rak semula. Walaupun baru sekejap dia bangun dari katil, Renjun telah melelapkan mata kerana terlalu mengantuk.

Tao perhatikan Renjun tidur sambil hisap ibu jari. Dia tersenyum melihat adiknya.

"Alang-alang tu tangkap gambar lah" Tao keluarkan Samsung Gergasi S8 dari poket baju kemudian tangkap gambar. Selepas itu dia tukar jadi wallpaper.

"Gege.. tidurlah dengan Renjun.." Renjun mengigau sambil kaki sepak menyepak. Nasib baik tak kena abang dia.

"Kesian budak ni mengigau" Tao baring disebelahnya.

"Selamat malam" Tao menutup lampu bilik dan lampu tidur barulah dia tutup mata.

       
++++

                
"Good morning my handsome baby " Puan Huang mencium pipi Renjun ketika sedang bersarapan.

"Ada kesan lipstick lah" Renjun lap pipi dengan tisu berdekatan.

"Gege tolong bersihkan " Tao ambil tisu kemudian basahkan sedikit.

Renjun sambung makan sementara Tao tolong hilangkan kesan gincu di pipinya.

"Tao, mama ada benda nak cakap ni" Puan Huang memandang Tao dengan tajam.

"Kenapa mama?  Pasal hal kerja ke? " Tao baru ambil air oren didepan.

"Bagus juga kamu dah tahu awal-awal" Puan Huang senyum tetapi menyeramkan.

"Tao lagi suka kerja kat sana tau! " Tao membantah sekeras-kerasnya walaupun gajinya hanya cukup-cukup makan.

"Mama taknak kamu kerja kat sana. Kamu tu kelulusan Universiti tahu! "

"Tapi mama.." Tao memotong tetapi keputusan Puan Huang sudah muktamad.

"Macamana dengan Renjun? " Tao memandang adiknya yang sedang makan bijiran dengan comot.

"Mama akan upah orang untuk jaga dia. Jangan risau"

"Tao tak pandai buat kerja pejabat ni " Tao cuba meraih simpati.

"Sebab itu lah kamu kena belajar dari awal. Mama dah suruh Mark tolong kamu kalau ada masalah"

"Tolong Tao?  Macamana dia nak tolong saya kalau zip seluar pun dia lupa ?" Tao mengungkit balik.

Renjun berhenti makan serta-merta sebab teringat kejadian yang amat memalukan itu.

"Okay tak ni? " Puan Huang menepuk belakang badannya.

"Boxer dia corak hellokitty kan? " Tao menyakat Renjun dan buat dia makin loya sehingga buat makanan dalam mulut hampir keluar.

"Tao! " Puan Huang mencubit tangan Tao.

"Aduhhh,  Mama tak potong kuku ke? " Tao tengok tangan kanannya yang ada bekas cubitan.

Puan Huang 'flip' rambut ke belakang. Rambutnya beralun-alun kerana bantuan kipas mainan Renjun.

Rambut Puan Huang berangin seperti model mengambil gambar iklan.

"Mama jangan jadi model tak berbayar kat sini boleh tak?  " Renjun dan Tao menggeleng kepala.

"Ingat Tao, Hari ni terakhir kamu kat rumah"

"T-tapi.. "

"Mama sumpah jadi tanggang baru tau" Puan Huang membasuh pinggan dan pergi kerja.

"Gege kerjalah dengan mama" Renjun memujuk dan Tao menggeleng kepala.

"Gege tak reti buat kerja pejabat lah" Tao membalas sambil mengemas meja selepas selesai makan.

"Nanti pandailah. Mark-ge pun mula dari awal. Nanti gege mesti boleh punya. Dan, semalam gege nampak tak alarm moomin? "

Langkah Tao berhenti.

"Alarm moomin?  Gege tak tau lah pula" Tao cepat-cepat lajukan langkah. Renjun mula curiga dengan reaksi muka abangnya.

"Pergi mandi lepastu makan ubat. Bau pun dah macam belacan goreng"

"Dah lama mandi lah"

"Gege rosakkan ke? "  Renjun memaksa Tao mengaku.

Tao menelan air liur dengan kasar dan peluh mula menitik-nitik dari kepala.

"Cakaplah Renjun tak marah"

"Gege minta maaf, semalam Luhan-ge call. Dia buat gege marah sampai gege tak sengaja terbaling alarm tu sampai berderai " Tao menarik nafas panjang setelah ceritakan semuanya dalam satu nafas.

"Macam tu ke ceritanya.. Takpe, Jun maafkan gege" Renjun mengalihkan pandangan dari Tao.

"Gege ingatkan adik nak mengamuk tadi" Tao menarik nafas lega.

"SAMPAI HATI GEGE BUAT CAMTU!!  MAMA SANGGGUP BERATUR LAMA SEBAB ALARM TU LIMITED EDITION !!! "  Renjun menghentak kaki ke lantai.

"Nanti gege gantilah " Tao cuba memujuk Renjun. Malangnya dia hanya menghiraukan dan masuk dalam bilik dan menghempas pintu serta kunci bilik supaya tiada yang boleh masuk.

"TAKNAK KAWAN DENGAN GEGE 48JAM! GEGE JAHAT BUAT RENJUN MARAH! "

-TBC









[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now