Part 10

301 45 11
                                    

Angela tarik tangan Tao dan keluar dari bilik Renjun.

"Apa masalah kau dengan dia?" Yang kau pergi tolak budak tu kenapa? Nasib budak tu tak mati " Angela menampar wajah Tao. Tao memegang pipinya yang telah bengkak kerana ditampar dengan kuat.

"Aku menyesal giler. Tolonglah percaya. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang"

"Yelah tu" Angela menyilangkan tangannya di dada kerana tidak percaya.

"Tumpang lalu" Seorang jururawat memasuki bilik Renjun.

"Hari ni ramai betul orang check adik " Tao lupakan tamparan tadi dan belagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Aku nak balik. Lusa nanti aku lawat dia" Angela pergi meninggalkan Tao.

++++

"Renjun macamana harini? Sihat? " Tanya jururawat setelah selesai memeriksa keadaan, dia kembali semula kerana mahu periksa jika ada perubahan.

"Sihat sangat. Bila Renjun boleh balik?" Renjun menghadiahkan senyuman manis.

" Nampaknya budak ni tak sabar nak balik " Puan Huang mengosok rambutnya.

"Tunggu doktor bagitahu ya. Kakak pun tak tahu. " Jururawat itu keluar bilik selepas habis berborak dengan Puan Huang dan Renjun.

"Kamu buat apa kat luar tadi? " Puan Huang menyoal Tao sebaik saja dia masuk bilik.

"Borak kosong je lepastu dia balik, Dia kata nak datang lawat kalau ada masa" balas Tao kemudian dia terus duduk di sofa.

"Ingatkan gaduh tadi"

"Mana ada. Kitaorang bukannya bagaikan anjing dan kucing " Tao membaca majalah yang disediakan atas meja.

"Apa maksudnya tu? " Renjun menggaru kepalanya.

"Maksudnya kalau berjumpa nanti gaduh " Puan Huang membalas .

"Ouhh, Tapi Renjun tak pernah nampak pun kucing dengan anjing gaduh? "

"Itu kan cuma peribahasa je" balas Tao acuh tak acuh.

"Renjun tak tau lah " Renjun terketawa.

"Tidurlah, budak sakit kena banyak rehat " Tao bermain game di sofa.

"Tapi kita baru bangun tidur. Kalau nak tidur balik memang tak boleh" Renjun mencebik.

"WTF, jangan comel sangat boleh tak? Aku gigit ko karang " Tao bangun dan mencubit pipi montel Renjun.

"Jangan mencarut boleh tak? " Puan Huang menjeling Tao.

"Mana ada Tao mencarut. WTF tu maksudnya what the food lah " Tao menafikan.

"Yelah tu. Macam mama tak tahu kamu ni suka sangat mencarut dari kecil "

"Mama~" Tao menggedik .

"Mana phone mama? " Puan Huang tercari-cari di katil Renjun.

"Kat tangan mama tu apa? " Renjun menunjuk. Puan Huang tepuk dahi berulang kali kerana kebengongannya.

"Ish ish ish " Tao dan Renjun menggeleng kepala serentak.

"Apa? Macam tak pernah kena pula" balas Puan Huang kemudian dia bangun dari kerusi.

"Mama nak pergi mana? " Renjun bangun dari katil.

"Mama nak pergi tandas jelah"

++++

"Saya dah beli barang yang Puan pesan " Mark menjinjing beberapa plastik berisi banyak barang.

"Nasib ada kamu kalau tidak tak tahu nak harapkan siapa lagi" Puan Huang menepuk bahu Mark beberapa kali.

" Puan terlebih puji . Tao kan ada" muka Mark kemerahan.

" Nak harapkan dia nanti lain pula yang dia beli "

"Dia kan tak biasa beli barang " Mark menunduk .

"Dari dulu kamu lah yang banyak tolong saya . Hantar Renjun pergi sekolah, Tolong hantar dia pergi jumpa doktor. Tao tu tak boleh harap langsung" Puan Huang menghela nafas.

"Puan tak boleh cakap Tao macamtu. Saya cuma tolong setakat yang mampu, Nanti kalau dia terdengar lepastu terasa macamana? " Mark cuba memotong kata-kata Puan Huang.

"Biarkan dia dengar, Sakit hati saya bila nampak dia tolak Renjun haritu. Ingat saya dah maafkan dia ke? Kalau bukan sebab Renjun saya takkan berbaik dengan dia" Puan Huang cuba menahan airmata daripada jatuh.

"Jadi Puan baik dengan dia sebab Renjun jelah? " Mark bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Tao baru balik dari kedai terasa dengan kata-kata Puan Huang. Dia tidak jadi membuka pintu. Kopi yang dibeli untuk Puan Huang telah diberikan kepada orang berhampiran.

"Aku ingat mama dah lupakan kejadian tu rupa-rupanya.. " Tao terus meninggalkan bilik itu dalam keadaan sebak.

"Mana Renjun? " Mark baru tersedar ketiadaan Renjun dalam bilik.

"Dia pergi main kat taman kejap. Jangan risau, Ada nurse tolong teman " Puan Huang meminum air pepsi yang dibelikan Mark.

"Bila agaknya Renjun discharge ya? "

"Saya pun tak tahu bila. Tapi saya harap sangat dalam masa terdekat ni "

++++
Tisu sekotak yang dibeli Tao habis digunakan lap airmatanya.

"Kenapa abang kat sini? " Renjun yang sedang bermain di taman permainan terus mendekati Tao.

"Eh Renjun? Mama mana? " Tao lap airmatanya.

"Mama kat bilik lepastu Renjun main kat taman kejap. Nasib baik ada kakak nurse tolong teman" Renjun terus duduk di sebelah Tao.

"Ouh, gege tak tahu pula Renjun kat sini sebab tadi gege pergi kedai kejap"

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now