Part 22

185 36 1
                                    

"Tao, jom balik. Dah nak pukul 7 dah ni. Jalan sesak nanti " Puan Huang masuk ke dalam bilik Tao.

"Kejap lagi lah . Sikit je ni" balas Tao dengan tangannya ralit menekan kekunci laptop.

"Kat rumah nanti kan boleh siapkan"

Tao senyum setelah Puan Huang bagi 'greenlight'. Dia berhenti membuat kerja dan masukkan laptop ke dalam beg.

"Puan dengan Tuan dah nak balik ke? Saya boleh bawa kereta" soal Mark yang kebetulan lalu depan bilik Tao.

"Takpelah, harini kamu balik awal. Dapat jaga isteri kamu yang dah sarat tu " Puan Huang membuka beg tangannya dan bagi satu sampul  kepada Mark.

Mark terkejut dengan jumlah duit dalam sampul kerana terlampau banyak.

"Anggap jelah ini rezeki untuk anak dan isteri " Tao senyum hingga menampakkan giginya .

"Terima kasih puan dan tuan" Mark menunduk beberapa kali .

"Jom kita balik " Puan Huang tarik kot baju Tao dengan kasar .

"Koyaklah kot baju Tao ni!" Tao merungut.

"Beli jelah yang baru " balas Puan Huang selamba .

"Ada duit ke?" ujar Tao dengan hidung sengaja dikembangkan.

"Nanti mama belikan 100 kot baru tau" Puan Huang keluar dari pejabat sambil menyelak rambutnya ke belakang .

"Mak aku ni dah tua pun muka macam muda je" kata Tao dalam hatinya .

"Mama! Tunggulah! " Tao terus mengejar Puan Huang sehingga ke tempat letak kereta .

"Cepatlah! Nanti kena tinggal baru tau! " Puan Huang membuka pintu kereta .

"Eh, biar Tao bawa kereta harini " Tao mengambil kunci kereta dari tangan Puan Huang .

"Bawa jangan laju macam fast & furious sangat!  " Puan Huang memberi amaran .

"Ye mama, orang tau lah sebab kita dah besar panjang galah dah" Tao menghidupkan enjin dan masuk ke jalan besar.

"Hari ni jalan sesak pula! " Tao menekan hon banyak kali sebab geram sangat .

"Nanti jalan okay lah tu. " Puan Huang menenangkan Tao.

"Eh,  ada kemalangan ke? " soal Tao setelah jalan jadi lancar semula.

"Haahlah, kesiannya mangsa tu" Puan Huang menggeleng kepalanya berulangkali .

"Mama ada nampak mangsa ke?" soal Tao kerana fokus dalam pemanduan .

"Mama tak nampak sangat cuma yang mama tau  mangsanya lelaki dan perempuan . Perutnya nampak besar pula , mungkin mengandung kot . Mama pun tak pasti"

"Semoga mangsa kemalangan selamat lah ye" Tao meneruskan perjalanan seperti biasa .

"Excident kereta dengan kereta . Ada satu kereta tu depannya kemik habis"
Puan Huang sambung bercerita tentang kemalangan yang baru mereka lihat tadi.

"Jangan cerita lagilah, mama. Meremang bulu roma orang ni . Dah lah tengah bawa kereta ni . Macamana lah adik kat rumah dengan pengasuh baru dia tu . Harap baik-baik jelah " Tao teringat tentang Renjun di rumah.

"Awat hang menangis?" Puan Huang perhatikan air muka Tao .

"Takde apalah cuma mata masuk habu je" balas Tao pendek.

"Betul ni?" Puan Huang asyik perhatikan muka Tao dengan sungguh menakutkan .

"Betul ma" balasan yang sama diberikan.

"Teringin pula nak makan nasi lemak mcd dengan teh tertarik tu. Nanti singgah sana kejap lepastu nak  belikan Renjun burger ikan sekali" Puan Huang pandang Tao dengan minta belas kasihan.

"Nak masuk ke atau drive thru ja? "

"Mana-mana pun boleh bah"

"Drive thru jelah. Senang sikit " balas Tao.

++++

"Kak? ... Diorang dah balik ke?  " soal Renjun yang baru bangun dari tidur.

"Belum lagi , tunggu sikit lagi eh? " Elkie melihat telefonnya dan air muka serta merta berubah.

"Lambatnya diorang berdua tu~" Renjun mengosok matanya dan menguap beberapa kali.

"Renjun nak minum air ke?" soal Elkie.

Renjun mengganguk.
"Nak susu lepastu letak kat cawan moomin tau?  Kalau tidak,  Renjun taknak minum " Renjun menggaru tangannya.

"Okay dokie " Elkie pergi dapur untuk bancuh susu .

"Ping! ping! "

"Yeahh! Mama dengan gege dah balik! " mata Renjun terus terbuka luas bila terdengar bunyi hon kereta dan dia terus buka pintu.

"Renjun hari ni baik tak?! " Tao terus peluk Renjun sebaik pintu dibuka.

"Baik sangat!  Akak Elkie baik dengan Renjun! " Renjun sengih macam kerang busuk dan tak sedar air liur tersembur.

"Renjun,  susunya dah siap-- Eh?  Puan? Bila balik tadi ? Tak perasan pula saya tadi. Sibuk buat susu Renjun tadi" Elkie meletakkan susu atas meja kemudian cium tangan Puan Huang.

"Takpe, meh makan mcd dengan kitaorang" Puan Huang menunjukkan 3 beg kertas mcd .

"Takpelah tuan dan puan. Kerja saya dah habis kan sekarang? Boleh saya balik? " Elkie macam nak cepat.

"Boleh je --"

"Terima kasih puan!  Saya tak taulah apa masalah orang tua tu" Elkie peluk Puan Huang sekejap dan terus balik.

"Kenapa tu? " Tao turunkan Renjun setelah dukung beberapa lama.

"Entahlah. Ada masalah kot" Puan Huang menggantungkan kunci kereta.

"Rasa macam nak patah je pinggang ni" Tao pegang pinggangnya.

"Siapa suruh dukung lama kalau dah tau tak larat? Lagipun dia dah 17 tahun -- eh 18 tapi belum masuk birthday lagi. Dia bukan 7 tahun lagi dah" dapat ceramah percuma dari Puan Huang.

"Fine" Tao hanya mengeluh.

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now