Part 32

255 36 11
                                    

Puan Huang datang ke hospital bersama Elkie. Setelah bertanya di kaunter pertanyaan. Puan Huang bergegas ke bilik yang menempati Tao.

"Tao, kamu takde apa-apa ke? " Puan Huang memeluknya dan menangis kerana terlalu risau.

"Tao takde apa-apa cuma adik masih lagi kat dalam bilik bedah" Tao turut mengeluarkan airmata kerana teringat kejadian yang menimpa mereka berdua.

"Macamna semua boleh berlaku? Orang tu dapat ditangkap tak? " Puan Huang mendesak.

"Saya rasa Puan tak boleh paksa sangat sebab dia baru sedar dari pengsan " Elkie menenangkan Puan Huang kerana takut Tao akan tertekan.

"Dia tolak Tao sebab dia nampak kereta tu hampir langgar Tao" Tao menangis dengan teresak-esak bila teringat kembali.

"Mama nak pergi, berehat baik-baik " Puan Huang keluar dari bilik dan Elkie ikut dari belakang.

Doktor menunjukkan x-ray kepada Puan Huang.

"Selebihnya saya serahkan kepada tuhan kerana dia amat kritikal "

"Kepala dia rentak? " Puan Huang beri x-ray itu pada Elkie.

"Kami keluarkan darah beku di kepala dia tadi . Dan kalau dia terselamat pun saya tak jamin dia akan jadi normal semula"

"Apa maksud doktor? " Puan Huang pandang muka doktor itu dengan serius .

"Maksud saya, dia akan lumpuh. Tapi sama ada kekal atau sementara saya sendiri tak pasti"
"Terima kasih sebab jelaskan semua kepada saya" Puan Huang dipapah Elkie kerana tidak mampu berjalan dengan elok lagi.

"Puan bawa bersabar, semua ini ujian tuhan " Elkie turut bersedih.

"Dia sayang abang dia sangat sampaikan diri sendiri jadi mangsa" Puan Huang duduk di kerusi yang disediakan.

"Masa saya jaga dia dulu. Dia asyik cerita tentang Tao saja. Kadang-kadang sampai sehari suntuk" Elkie pegang tangan Puan Huang.

"Walaupun dulu Tao selalu tak hiraukan dia . Tapi dia tak putus asa ambil hati " Puan Huang meletakkan kepalanya di bahu Elkie.

"Kita kena doakan dia semoga dapat melepasi waktu kritikal ni " Elkie menepuk badan Puan Huang .

"Saya tak sangka akan melaluinya lagi, saya tak dapat bertahan lagi"

"Puan kena kuatkan diri, Renjun tu budak yang kuat " Elkie menenangkan walaupun dia juga bersedih.

"Saya harap ada keajaiban untuk dia normal balik "

Elkie mengangguk setuju dan tak lama kemudian tangannya ditarik seseorang .

"Ikut aku balik rumah sekarang! "

"Janganlah tarik tangan!" Elkie berusaha melepaskan diri.

Puan Huang berhenti menangis dan tarik tangan Elkie. Elkie terus berdiri di belakang Puan Huang.

"Kau siapa nak ambik anak perempuan aku hah? " Ayah Elkie menolak Puan Huang.

"Jangan ingat saya tak tahu pasal awak! Chou Zhoumi ! " Puan Huang menampar pipinya dengan kuat.

"Awak tinggalkan saya masa mengandung! Awak biarkan saya terkontang kanting jaga anak-anak seorang diri! Lepastu senang-senang awak ambik Elkie! " Puan Huang menolak lelaki itu dengan kuat.

Semua orang tengok mereka bertiga bergaduh tapi yang anehnya takde seorang pun yang laporkan kepada yang berwajib.

"Apa semua ni ayah? " Elkie tergamam.

"Maafkan mama sebab tak bagitahu, Elkie anak mama dengan lelaki tak guna ni" Puan Huang peluk Elkie dengan erat.

"Habistu Tao dengan Renjun adik-beradik Elkie?" Elkie seakan tidak percaya.

"Tao abang kandung kamu dan Renjun adik kamu hasil perkahwinan kedua mama" Balas Puan Huang.

"Kenapa nama dia Huang Zitao bukan Chou Zitao?! " Elkie menengking dan menjadi marah.
"Suami mama suruh tukar nama sebab takut ayah cari balik dia" Puan Huang menceritakan semuanya.

"Kenapa tak cari Elkie dari dulu lagi?! " Elkie mengalirkan airmata kerana tidak percaya dengan semua yang berlaku.

"Mama dah cari merata-rata tempat tapi tak berjaya sebab ayah bawa kamu lari"Puan Huang mengesat airmata yang asyik keluar.

"Sekarang baru nak ambil kisah tentang Elkie? Pergi mati dengan kata-kata busuk kau tu! " Zhoumi meludah sembarangan .

"Sekurang-kurangnya aku jaga kebajikan anak aku. Tak macam kau! Elkie sendiri sakit tapi tak ambil kisah !"

Elkie terkejut dengar kata yang keluar dari mulut Puan Huang.

"Fine, aku blah dari sini" Zhoumi menjeling tajam.

"Macamana boleh tahu pasal Elkie ni? " Elkie menutup mulut kerana tergamam.

"Masa Elkie minta kerja dulu mama rasakan yang nilah anak mama. Dan masa hari yang mama suruh jangan balik tu. Mama ambik rambut Elkie yang jatuh kat lantai tu dan buat ujian DNA"

Elkie rasa tidak mahu percaya, tetapi inilah mak kandungnya. Wanita yang menjaganya dari kecil cuma ibu tirinya.

"Mama, jom kita melawat adik " Elkie memberanikan diri memanggil Puan Huang.

"Jom kita pergi minta kebenaran kat doktor" Puan Huang bangun dari kerusi sambil berpegangan tangan Elkie.

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now