Part 16

240 44 10
                                    

Hari ni hari pertama Tao bekerja dengan syarikat ibunya sendiri.

Dia meringkuk di sudut penjuru biliknya sebelum bersiap.
Kot hitam dan seluar hitam dipilih.

Dia jarang pakai tali leher disebabkan kerja lamanya . Jadi, Dia ingin cuba memakai tali leher sendiri dengan betul .

Dia tak mudah mengalah pada mulanya sehingga dia mencuba untuk ke 20 kali.

Bukannya dia tak berikhtiar ke apa. Dia dah banyak kali tengok tutorial di Redtube eh Youtube tapi bila dah bodoh memang akan bodoh juga .

Tapi mujur dia tak bodoh macam pak pandir.

Dia akhirnya putus asa. Biarlah orang tengok dia pelik tak pakai tali leher asalkan dia tak alami sakit mental.

Bukannya nak mengurat awek pun nanti. Dia kerja tolong ibu sendiri.

Pintu biliknya dibuka perlahan. Renjun masuk kedalam sambil pegang patung beruangnya.

"Awalnya Renjun bangun harini. Baru pukul 7 pagi" Tao cepat-cepat kemas bajunya yang berselerak di lantai.

"Renjun memang dah biasa bangun pukul 7 sebab nak pergi sekolah" Renjun menguap beberapa kali.

"Bila pengasuh nak sampai? " soal Tao sambil mengemas biliknya.

"Tak lama lagi nanti dia sampai... Gege... " Renjun memanggil dengan sayu.

"Kenapa adik? " Tao mendekati adiknya.

"Betul ke pengasuh tu takkan buli adik? " sedikit demi sedikit air mata keluar.

"Mestilah, Mama dah cari yang paling bagus " Tao peluk adiknya.

"Renjun taknak kejadian yang sama berulang lagi"

Flashback

3 tahun yang lepas...

"Saya serahkan dia kepada awak" Puan Huang menyerah kunci rumah kepada Kyulkyung iaitu pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga Renjun.

"Baik Puan, Saya akan menjaga dia seperti adik saya sendiri" Kyulkyung tunduk kepada Puan Huang.

"Baby, Mama pergi dulu tau" Puan Huang mencium dahinya sebelum berangkat ke lapangan terbang .

"Bye-bye mama" Renjun melambai kepada Puan Huang sehingga keretanya hilang dari pandangannya.

"Masuk rumah sekarang" Kyulkyung menarik baju Renjun sehingga hampir terkoyak.

"Kakak, Sakitlah" Renjun cuba melawan tetapi Kyulkyung lagi kuat daripadanya.

"Ko ni memang menyusahkan aku tau tak?! " Kyulkyung memukul Renjun menggunakan tali pinggang sehingga meninggalkan kesan berbirat-birat pada belakang badannya.

"Gege!! Mama!! " Renjun cuba meminta tolong .

"Orang tua tu takde kat sini dan lagi satu , Abang ko tak ambil kesah pasal ko langsung!! " Kyulkyung tarik rambut Renjun dengan kuat.

Renjun menangis sekuat hatinya .

"Menangis lah!!  Takde siapa kat perumahan ni!!  Cuma aku dan kau!! " kata Kyulkyung dengan sungguh psiko.

End Flashback.

"Setiap kali dia jaga Renjun, Dia akan selotep mulut dulu sampai merah lebam semua dan dia tak bagi makan langsung. Bila dia tengah marah dia akan lepaskan geram kat adik--"

Renjun tidak dapat meneruskan kerana baginya ianya sangat sedih untuk diingat balik.

"Kalau adik tak boleh cerita lagi. Takpayah teruskan. " Tao turut sedih dengan apa yang berlaku kepada adiknya.

"Mama tinggalkan Renjun dengan dia seminggu.. Bila mama balik dia buat cerita macam-macam kat mama katanya Renjun taknak makan lah.  Buat perangai lah.

Dia cakap kat mama yang Renjun jatuh tangga . Mama percaya bulat-bulat tapi bila mama periksa cctv ... Akhirnya dia masuk penjara" Renjun dapat menghabiskan cerita dengan airmata bergelinangan.

"Sebab itu adik takut bila gege bekerja dengan mama dan kena duduk dengan pengasuh? " Tao pegang tangannya.

Renjun mengganguk.

"Selagi gege dalam hati adik, Takde siapa boleh pukul Renjun"

"Kyulkyung tu sebenarnya kaki botol dengan kuat berjudi . Bila mama tampal tawaran bekerja dia terus berminat" muka Renjun sudah bengkak sebab asyik menangis.

"Jangan menangis lagi.. Perempuan gila tu dah takde, Maafkan gege sebab takde masa tu sebab gege tengah belajar kat tempat lain ." Tao yang dari tadi control macho akhirnya kecundang juga .
Dia menangis dengan teruk. Sajat pun boleh kalah dengan dia ni.

"Boleh Renjun cakap sesuatu? " Renjun senyum semula .

"Apa dia? " Tao mengusutkan rambut Renjun.

"Kenapa gege tak pakai tali leher? " Renjun senyum nakal.

"Eoh?  Gege tak pandai pakai sebenarnya sebab tu gege tak pakai . Takpelah, gege memang dah dilahirkan kacak dari lahir kan? Kalau tak pakai pun apa salahnya? " Tao senyum .

"Mana boleh macam tu" Renjun keluar dari bilik Tao.

Dan tak lama kemudian dia membawa banyak tali leher .

"Gege pilih je warna apa je yang gege nak"

"Tapi kat bilik gege pun ada"

"Pilih je" Renjun memaksa.

Tao memilih tali leher berwarna kelabu.

"Macam ni baru kacak" Renjun mengikat tali leher untuk Tao.

"Gege tak pernah ikatkan tie untuk adik tapi harini adik buat untuk gege" Tao terasa haru sangat.

"Biasa je ni. Hari-hari adik pakai sendiri bila pergi sekolah " Renjun membetul tie sekejap.

"Terima kasih" ucap Tao.

"Ping! Ping! " bunyi hon kereta ditekan.

"Orang tu dah sampai" Renjun menarik tangan Tao keluar dari bilik.

-TBC

edit pada 4:28 pagi memang boleh buat kita jadi panda  ̄ω ̄








[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now