Part 33

289 35 7
                                    

Puan Huang dan Elkie berdiri di hadapan bilik Tao. Mereka berdua sedang memikirkan bagaimana mahu jelaskan kepada Tao.

Puan Huang menarik nafas dan pintu dibuka. Tao tersenyum melihat ibunya duduk disampingnya.

"Tao, kalau mama cakap sesuatu. Harap Tao tak marah sebab rahsiakan dari dulu sejak Tao kecil lagi" Puan Huang rasa berat mahu beritahu perkara yang sebenarnya.

"Tao dan Renjun bukanlah adik-beradik kandung. Tetapi Elkie adalah adik kandung Tao. Kamu berdua terpisah masa kecil. Nama sebenar kamu bukan Huang Zitao tetapi Chou Zitao. Mendiang baba suruh tukar sebab takut ayah kandung kamu cari kamu dan larikan dari mama. Renjun pula adalah anak dari perkahwinan kedua mama.  Mama minta maaf sebab rahsiakan daripada kamu semua selama ni. Mama terpaksa buat semua ni demi keselamatan kamu semua"

"Macam tu ceritanya? " Tao terkejut. Tapi dia tidak dapat marah sebab takde guna pun. Kerana semuanya telah lama berlalu.

"Mama minta maaf sebab rahsiakan benda ni" Puan Huang menyeka airmata kerana rasa bersalah yang amat.

"Kami berdua tak marah cuma terkejut bila mama ceritakan ini semua. Yang dah berlalu dibiarkan berlalu" Elkie berdiri disamping Puan Huang.

"Tao-ge " Elkie memanggil Tao dan Tao tersenyum lebar bila dipanggil Tao sebagai abang dan bukan lagi Tuan.

Mereka bertiga berdiri di depan ICU. Mereka semua akan masuk ke dalam kerana telah diberi keizinan oleh doktor.

"Renjun dah tunggu kita kat dalam tu. Semua dah pakai siap pakai baju khas ngan topeng muka ? Dah basuh tangan dengan pembasmi kuman? " Puan Huang pakai topeng muka dengan bantuan Elkie.

"Adik, kami datang " Elkie menghampiri katil.

Puan Huang tidak dapat datang lebih dekat kerana melihat muka Renjun bengkak dan banyak lebam.

Tao mencium dahi Renjun disebalik topeng muka.

"Kami semua sayang Renjun sangat-sangat" Selepas Tao selesai mencium. Elkie turut mencium dahi Renjun walaupun sekejap.

"Mama,sinilah " Tao menarik tangan Puan Huang datang dekat katil.

"Kesiannya anak mama ni, muka dia dah tak macam dulu " Puan Huang mencium juga sambil menahan sedih

Renjun membuka matanya.
Dia cuba untuk mengangkat tangannya namun gagal.

Dia mahu berkata sesuatu walaupun dia dipakaikan tiub ventilator kerana sukar bernafas.
Dia dengan perlahan-lahan menutup matanya kembali.

Mesin nadi disebelahnya berbunyi lebih kuat daripada biasa.

"Panggil doktor cepat! " Arah Tao.

Elkie keluar dari bilik dan doktor datang dengan segera .

"Kita keluar dulu biar doktor buat kerja " Tao tarik tangan Puan Huang.

"Kenapa dengan dia? " Puan Huang keluar dari bilik.

"Sediakan defibrilator! " Doktor membuat cpr tanpa henti.

"Sudah doktor! " Balas yang lain.

"Cas 100 joule! " Seorang jururawat meletakkan cecair khas diatasnya.

"Sedia! Satu dua tiga!"

"Mama jangan menangis , dia akan selamat" Tao menenangkan.

"betul tu mama" Elkie menangis sehingga mukanya menjadi merah.

Doktor keluar dari bilik ,mereka bertiga terus mendapatkan doktor.

++++

5 tahun kemudian.

"Tao! Masuk rumah sekarang dah nak hujan! " Puan Huang berdiri di pintu.

"Sekejap mama! " Tao berlari ke seseorang.

Tao mengambil tisu dalam bajunya.

"Air liur adik asyik keluar jelah" Tao mengelap sekitar bibir adiknya. Renjun masih lagi memandang burung yang sedang bertenggek atas pokok.

"Mama suruh masuk sebab hujan. Esok kita tengok burung lagi kat luar" Tao menolak kerusi roda adiknya.

"Nanti gege mandikan Renjun, busuk sampai boleh hidu dari jauh" Tao mencium pipi Renjun berkali-kali.

Renjun telah lumpuh satu badan buat selamanya. Dia jadi pendiam selepas kemalangan.

Tao, Elkie dan Puan Huang menjaganya bergilir-gilir setiap hari.

"Renjun sayang dah wangi" Elkie menyapu bedak ke muka Renjun dan menyikat rambutnya supaya lebih kemas.

"Kita tengok kartun moomin nak? " Tao pegang remote tv.

"Yeah moomin! " Elkie mengambil bantal lalu baring disebelah adiknya.

"Ini adik gege" Tao ambil bantal dan baring disebelah Renjun juga.

"Adik Elkie juga" Elkie memuncungkan bibirnya.

Renjun cuba berkata sesuatu. Tao serta Elkie perasan dan mereka beri perhatian kepadanya.

"Terima kasih sebab jaga adik sampai sekarang. Adik dah nak pergi dah ni.. "

"Apa adik cakap ni? Janganlah takutkan kami semua" Tao mengusap-usap rambutnya.

Elkie panggil Puan Huang kerana dia dapat rasakan 'masa' Renjun akan sampai tak lama lagi.

"Sayang, pandang mata mama. Kamu takkan apa-apa" Puan Huang memangku kepalanya dan mahu bawa ke hospital tetapi Renjun menggeleng kepala.

"Renjun minta maaf kalau pernah buat gege, mama dan Kak Elkie marah dan sakit hati. Renjun dah tak lama lagi dah ni. Mama, tolong redha dengan pemergian Renjun boleh tak? "

Tao menggeleng kepala dan menangis kerana tidak sanggup melihat adiknya saat-saat terakhir sebelum pergi.

Nafasnya turun naik dan tidak lama kemudian, kelopak matanya perlahan-lahan tertutup.

Elkie tutup mukanya dengan selimut. Puan Huang memeluk badannya kerana tidak percaya.

"RENJUN! JANGAN PERGI! MAMA PERLUKAN RENJUN DI SISI" Puan Huang meraung semahu-mahunya sambil memeluk sekujur tubuh anaknya yang tidak lagi bernyawa.

Tao dan Elkie memandang jam di dinding.

"4:12 petang waktu kematian.. "

-TBC

masa aku type ni, jujur aku kata. airmata aku hampir gugur, playlist pula buka lagu timeless (inst.) - nct u.

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now