Part 28

197 36 2
                                    

(Sekolah pendidikan khas Jilin) 

"Hei Renjun, kamu pandang apa kat luar tingkap tu? " soal Tzuyu sambil menghampiri meja pelajarnya.

"Takde apa-apa cikgu. Cuma pandang burung yang tengah bertenggek atas pokok mangga tu je" Balas Renjun tanpa memandang wajah Tzuyu.

"Oh, tengok burung murai rupanya. Masa kecil dulu cikgu suka tengok sampai kena marah dengan mak sebab tak masuk rumah" Tzuyu dekatkan muka pada cermin dan tengok burung murai dengan Renjun.

"Cikgu?"

"Ya sayang? Kenapa"

"Syurga tu cantik kan?  Mama Renjun sendiri yang cakap"

"Syurga tu memang cantik. Bukan sembarangan orang yang masuk dalam tu. Cuma orang yang baik je boleh " Tzuyu menerangkan sama dengan Puan Huang jelaskan.

"Mama pun cakap camtu "

"Kenapa tanya pasal syurga ni? " Ujar Tzuyu kehairanan melihat Renjun.

"Takde pape cuma tanya je" Balas Renjun kemudian meletakkan kepalanya di lengan.

"Orang lain semua dah pergi kantin . Kenapa masih duduk dalam kelas ni?  Taknak makan ke? Nanti perut masuk angin"

"Takpe, Renjun dah makan tadi pagi dengan gege" Renjun tersenyum manis semanis madu.

"Iyeke?  Takpelah, hmm.. Renjun, cikgu tak tau macamana nak cakap ye.. Hari ni last cikgu mengajar kamu sebab cikgu dah minta berhenti kerja dekat pengetua beberapa hari sebelum Renjun masuk sekolah balik"

Renjun bangun dari kerusi dan pegang tangan Tzuyu.

"Nanti jangan lupakan Renjun sampai bila - bila. Maafkan Renjun sebab selalu nakal buat hal dalam kelas sampaikan cikgu terpaksa berhenti. Maafkan Renjun sebab buat cikgu marah " Renjun melutut sambil menangis teresak-esak. Tzuyu menyuruh dia bangun kerana lantai kotor dengan habuk.

"Renjun budak baik, sama juga dengan pelajar-pelajar yang cikgu ajar tu juga  , diorang semua pun budak-budak baik tak nakal cuma cikgu ada masalah peribadi" Tzuyu mengesat airmata Renjun dengan sapu tangannya yang setiap dibawa kemana-mana saja.

"Renjun minta maaf sebab ada buat jahat kat cikgu selama ni " Renjun peluk cikgunya dengan erat.

"Apa cakap camtu, mana ada kamu jahat" Tzuyu menenangkan sebelum meleraikan pelukan.

"Nanti bila cikgu dah takde nanti, cikgu yang lain ambil alih kelas ni. Bukannya kamu tak tau cikgu tu, cikgu kat bilik tayangan je"

"Cikgu..." Renjun tidak dapat menahan sebak didepan Tzuyu.

"Renjun tak boleh menangis lagi. Nanti orang ramai tengok buat malu je"

"Renjun sayang Cikgu Tzuyu.. "

"Cikgu pun sayang Huang Renjun juga. Disebabkan hari ni hari last cikgu mengajar, so cikgu ada hadiah untuk kelas ni. Renjun pun tak terkecuali" Tzuyu bagi sekotak kecil .

"Apa ni?" Renjun membelek-belek kotak itu.

"Nanti balik baru buka sekarang ni jom pergi kantin. Cikgu belanja harini " Tzuyu menarik tangan Renjun.

Renjun mengelap airmatanya dan tersenyum girang.

++++

(Waktu balik sekolah)

"Kakak! " Renjun terus berlari ke arah Elkie yang sedang melambai ke arahnya.

"Macamana hari ni?  Okay tak?  Kena buli tidak? " Elkie mencubit pipi anak asuhannya.

"Harini Renjun sedih sebab cikgu nak berhenti kerja"

"Dia nak berhenti?  Mesti dia tak tahan dengan Renjun ni . Ye tidok? " Elkie bergurau tapi bila tengok muka Renjun hampir menangis Elkie terus memujuk.

"Maaf lah ye, mungkin dia ada masalah sebab tu dia berhenti kerja kot " Elkie meminta maaf serta-merta tetapi Renjun menjeling tajam ke muka Elkie.

"Hari ni mama dengan gege balik awal. Diorang masak spaghetti. Nak makan tak?" Elkie menukar bualan.

Riak muka Renjun terus berubah.

"Nak nak! " Renjun tepuk tangan seperti anjing laut (sorry guys )

"Balik nanti mandi terus. Baju pun dah bau masam nanti orang terhidu terus pengsan"

Jom! Renjun tak sabar balik! "

"Aiyo, sabarlah kakak tak boleh lari-lari nanti jatuh siapa susah?  Renjun juga yang susah sebab kena dukung akak"

"Larilah kaki ayam" Renjun terus tinggalkan Elkie dibelakang .

"Renjun!!! " Elkie lari sepantas yang boleh.

"Siapa sampai rumah dulu dia menang! " Renjun terus berlari tanpa melihat ada kereta kiri kanan.

"Renjun! Ke tepi !" Elkie terus menarik tangan hingga ke tepi.

Renjun terkaku hinggakan jantungnya berdegup dengan kencang.

"Nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Jom balik " Elkie pegang tangan Renjun supaya tidak terpisah dengannya.

++++

"Mama!  Gege! " Renjun menanggalkan kasut dan baling terkena muka Elkie.

"Sabar Elkie, dia cuma budak istimewa yang terlebih aktif je " Elkie ambil kasut dimukanya dan susun dalam rak kasut.

"Renjun!  Balik pun, mama dah lama tunggu dari tadi" Puan Huang terus mencium-cium muka anak bongsunya sehingga meninggalkan kesan gincu dimuka.

"Kenapa balik lewat tadi? " Soal Tao sambil susun pinggan di meja.

Elkie dan Renjun menunduk

"Maafkan saya, tadi kami singgah ke kedai sekejap beli aiskrim tak sangka pula lambat" Tangan Elkie mengeletar tanpa disedari .

"Takpe, asalkan semua selamat " Tao senyum pada Elkie. Bukan mengurat eh? 

"Jom makan " Ajak Puan Huang.

"Saya dah kenyang tadi makan" Elkie menolak dengan baik dan tiba-tiba terdengar bunyi perut berkeroncong.

"Jangan tipu saya ya, dengar bunyi perut pun dah tau" Puan Huang beri pinggan berisi spaggeti didalamnya. Elkie tersipu malu menerima.

"Jemput makan semua" Tao menuangkan air .

"Gege! Adik nak minum susu" Renjun makan dengan gelojoh sampai mulutnya comot.

"Sabar sekejap adik kesayangan ku" Tao membuka peti ais.

Sedang sibuk mereka semua menjamah selera. Kedengaran bunyi kilat di luar rumah.

"Hujan pula dah, macamana nak balik kalau macam ni" Getus Elkie dalam hatinya.

Puan Huang perasan air muka Elkie berubah dan terus menegur. 

"Malam ni awak tumpang tidur kat rumah saya" Ujar Puan Huang sambil menyuap Renjun.

"Takpelah,  saya boleh balik sendiri. Kalau ada payung lebih boleh saya pinjam--"

"Shuu, dengar cakap saya . Awak tu perempuan tak baik keluar seorang diri " Puan Huang meletakkan jari telunjuknya di bibir Elkie.

"Tapi saya tak bawa baju lebih "

"Saya boleh bagi baju saya kat awak nanti sebab badan kita lebih kurang sama"

"Baju puan ramping badan saya pula macam badak " Elkie tersenyum-senyum.

"Takdelah , badan saya lagi gajah daripada awak" Masing-masing taknak kalah.

Puan Huang berbisik ke telingga Renjun.

"Panggil bibik suruh dia bersihkan bilik tetamu tau? Elkie tunggu kat ruang tamu dulu" Puan Huang pandang Elkie sekilas sebelum sambung bisik.

"Okay mama" Renjun menghabiskan susu dan bangun dari kerusi menuju ke bilik pembantu rumah dengan jalan terkedek-kedek.

"Boleh je minta Tao hantarkan aku balik tapi kenapa puan suruh stay kat sini? Entahlah nak" Elkie bermonolog sendirian.

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Où les histoires vivent. Découvrez maintenant