Part 17

227 42 2
                                    

Ketika mereka berdua keluar dari bilik tiba-tiba Renjun menangis dengan kuat .

"Jangan menangis lagi. Adik gege kan lelaki , mana boleh menangis" Tao terus pujuk adiknya.

"Tadi elok je . Kenapa menangis ni? " ujar Tao dalam hati.

"Mana ada adik menangis" Renjun cuba menipu .

Tao tersenyum tawar kerana dia tahu, adiknya tidak mahu berpisah walaupun cuma untuk beberapa jam.

"Kenapa dengan anak kesayangan mama ni?" Puan Huang membelek wajah Renjun.

"Mata dia masuk habuk tadi . Tu yang keluar air mata macam hujan tu" Tao berbohong .

Puan Huang meniup kedua-dua mata Renjun dengan harapan habuk tu hilang walaupun itu semua penipuan semata-semata.

Disebelah Puan Huang ada seorang gadis berdiri memakai baju hoodie warna hitam dan seluar sukan kelabu serta mask berwarna.

"Renjun, Kenalkan ini Kak Elkie" Puan Huang kenalkan kepada ahli keluarganya.

"Renjun, awak jangan risau kalau takut kakak akan dera awak. Kakak takkan naik tangan pun. Kakak pun suka dengan budak-budak" Elkie senyum mesra .

Renjun peluk Tao dari belakang.

"Dia nampak macam menakutkan" bisik Renjun kepada Tao.

"Perasaan je tu" bisik Tao kepada adiknya.

"Tao, Dah pukul berapa ni?  Bila nak bergerak? " Puan Huang mencubit tangan Tao.

"Elkie, saya amanahkan Renjun kepada awak " ujar Puan Huang sebelum berangkat ke tempat kerja bersama Tao.

"Baik Puan, Saya akan jaga dia baik-baik macam anak saya sendiri" Elkie menunduk hormat kepada Puan Huang dan Tao.

Tiba-tiba Renjun teringat ketika dia dijaga pengasuh sebelum ni.
Dia menjauhkan diri daripada Elkie.

"Renjun, jangan nakal dengan kakak ya? " Puan Huang mencium dahi Renjun sebelum masuk ke dalam kereta.

Sekali lagi airmatanya gugur,  Dia takut jika perkara yang sama berlaku lagi.

"Selamat tinggal~" Elkie melambai kearah kereta yang dinaiki Puan Huang dan anak sulungnya kemudian dia perlahan-lahan mendekati Renjun dan letakkan tangannya di bahu Renjun.

Renjun segera alihkan tangan Elkie.

"Jom masuk rumah" ajak Elkie dengan lemah lembut.

"Janganlah dekat-dekat dengan kita" Renjun tidak selesa dengan kehadiran pengasuh barunya.
Baginya itu mimpi ngeri yang sungguh dasyat.

"Renjun dah makan ? Nak akak masakkan sarapan? " Elkie menawarkan diri tetapi ditolak mentah-mentah oleh Renjun.

"Takpelah, mama kita dah ajar memasak kat kita" Renjun menggeleng kepala laju-laju.

"Pandai berdikari rupanya awak ni.  Tengok muka pun dah tahu Renjun belum mandi kan? " Elkie meneka.

"Kita nak pergi mandilah ni. Awak tu yang datang awal sangat! " Renjun meninggalkan Elkie berseorangan di ruang tamu sambil menghentak kaki di lantai.

"Aku ada buat salah ke dengan dia?. " ujar Elkie dengan perlahan.

++++

"Hari ni kita ada pekerja baru, berikan tepukan !" ujar Puan Huang ketika kenalkan kepada semua pekerjanya di dalam dewan khas sambil menepuk bahu Tao berulang kali.

"Ni hao, sila beri tunjuk ajar kepada saya" Tao mengambil mikrofon dari tangan Puan Huang lalu menunduk hormat.

"Apa tuan muda buat ni? " Mark cepat-cepat naik pentas untuk halang Tao tetapi terlambat.

"Apa yang saya buat? " Tao sedikit keliru.

"Sepatutnya kami yang kena hormat tuan muda. Bukannya tuan muda yang hormat kami" salah seorang daripada pekerja Puan Huang berbisik.

"Betul tu" Puan Huang mencelah .

"Apa salahnya, saya baru masuk kerja. Jadi, saya kena hormat senior-senior saya" Tao menghormati orang yang lebih tua dari dirinya .

"Baiklah" ujar Puan Huang sepatah .

"Disebabkan hari ini hari pertama Tao bekerja dengan kita . Ini lah tujuan pihak syarikat buat jamuan makan-makan untuk meraikan dia" Mark berucap menggantikan Puan Huang sebentar kerana dia pergi bilik air.

"Saya harap tiada seorang pun akan mengambil kesempatan untuk membuli pekerja baru ini . Jika ada seseorang melakukan dia boleh dibuang kerja serta-merta" Mark berkata dengan tegas sehingga membuat kebanyakkan staff kecut perut mendengarnya.

"Sila menjamu selera" Tao mengambil alih acara majlis.

"Dah habis berucap ke? " tanya Puan Huang yang baru balik tandas .

"Dah habis tapi disebabkan mama belum lagi jadi Tao suruh diorang makan dulu"

"Baguslah tu" Puan Huang memegang perutnya kerana asyik memulas .

                       ++++

"Renjun suka warna apa? " Elkie mendekati Renjun yang sedang mewarnakan kertas menggunakan crayon. Kanak-kanak ribena sungguh .

"Warna hitam supaya boleh berkabung" Renjun menjawab dengan malas.

"Kenapa Renjun tak suka dengan akak eh? "

"Sebab pengasuh dulu suka pukul sampai Renjun berdarah tahu tak?! Renjun takut dan trauma kalau akak cuba buat macam tu dekat Renjun!" Tiba-tiba Renjun menengking Elkie. Crayon yang dipegangnya patah dua.

Tersentak Elkie bila dia ditengking sebegitu.

-TBC

comment please. taknak vote pun takpe 💪

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now