Part 21

209 39 1
                                    

"Cik berdua ni siapa ya? " soal Elkie setelah membuka pintu.

"Saya Chengxiao. Ini pula Angela" Chengxiao menghulurkan tangan dan Elkie membalasnya.

"Ada apa datang kesini? "

"Saya bekas teman wanita Tao " Angela segera memotong kata Elkie.

"Saya kawan Tao" ujar Chengxiao dengan beberapa beg plastik di tangan.

"Tuan Tao takde kat sini. " Elkie salah faham dan mahu menutup pintu tetapi dihalang Chengxiao dan Angela.

"Kami datang bukan sebab Tao tapi nak melawat Renjun" Angela pegang tangan Elkie.

"Kenapa tak cakap awal-awal tadi, jemput masuk semua" Elkie membuka pintu pagar.

"Renjun! Ada orang datang nak tengok!! " Elkie menjerit dari ruang tamu.

"Siapa? " soal Renjun yang baru keluar bilik air dengan tuala atas kepala.

"Renjun!! Rindunya dengan budak ni Dahlah pakai baju power rangers!!!" Angela dan Chengxiao terus peluk Renjun.

"Kita pun rindu dengan Akak Chengxiao dengan Akak Angela juga! " Renjun membalas pelukkan.

"Saya pergi ke dapur dulu. Ada hal nak buat" Elkie meninggalkan mereka bertiga.

"Akak Angela bawa chocolate kitkat green tea favourite Renjun"

"Akak Chengxiao pula belikan patung moomin "
Mereka berdua berebut nak bagi hadiah.

"Terima kasih! " Renjun menerima hadiah itu dengan gembira.

"Renjun, kita nak balik tau " ujar Guanlin .

"Okay, terima kasih sebab teman kita pagi tadi" Renjun melambai .

"Bye~" Guanlin keluar melalui pintu belakang.

"Jom duduk dulu. Pinggang akak dah sakit sangat dah ni" Angela menarik tangan Renjun.

"Keciannya dia ada parut kat dahi. Dah tak comel macam dulu" Chengxiao membelek muka Renjun.

"Mama kata jangan melihat orang dari luaran" balas Renjun yang mahu membuka kitkat guna gigi tapi tak boleh.

"Sini akak tolong. Gigi dahlah tinggal beberapa batang" Angela ambil kitkat dari tangan Renjun.

"Kakak ni jahatlah!  Renjun selalu gosok gigi tau!!  " Renjun pukul bahu Angela perlahan tanda protes.

"Siapa perempuan tu?  Awek baru Tao-ge ke? " Chengxiao cuba mengusik.

Renjun menggeleng kemudian menjuihkan bibirkan sambil menyilangkan tangan di dada.

"Bukanlah, dia pengasuh baru kita. Dia baik tak pukul-pukul kita lepastu dia cakap lembut je. Tak macam yang dulu selalu pukul Renjun sampai badan bengkak" balas Renjun dengan mulut masih ada kitkat yang Angela baru bagi tadi.

Mereka berdua mengangguk faham.

"Bila Renjun nak masuk sekolah balik? " Chengxiao membuka mulut.

"Esok, tak sabar nak jumpa cikgu dengan kawan-kawan" Renjun makan kitkat sehingga hampir habis satu plastik.

"Belajar rajin-rajin . Nanti boleh tolong mama dengan gege" Chengxiao mengusap rambut Renjun.

"Okay! " Renjun terus peluk Chengxiao yang duduk disebelahnya.

"Tak sayang akak ke? " Angela berpura-pura merajuk.

"Sayang akak Angela juga" Renjun bangun dari sofa dan pergi ke Angela.

"Kiranya kitaorang tak lambat lah ni? " Chengxiao mencubit pipi Renjun dengan agak kuat.

"Aduhhh, sakitlah pipi kita. Tapi apa yang lambat? " Renjun pegang pipinya.

"Sempat lah kitaorang jenguk Renjun sebelum masuk sekolah" Angela membalas.

"Renjun sekolah pagi . Nanti petang kan boleh jumpa" Jawab Renjun dengan muka kesian.

"Kalau petang kitaorang semua kerja lah" Angela memberikan penjelasan.

"Gege dengan mama ada kan?  Bukan selalu kitaorang dapat cuti tau? Ini pun nasib baik je dapat cuti "  sambung Chengxiao pula .

"Diorang pun kerja juga. Mama kata bila malam baru diorang balik " Balas Renjun.

"Pengasuh kan ada?" Chengxiao dan Angela cuba pujuk .

Renjun diam dan mengambil remote di meja didepannya.

"Hari-hari tengok kartun sama tak bosan ke? " soal Chengxiao .

"Tak " balas Renjun sepatah.

Chengxiao dan Angela mendiamkan diri.

"Renjun,  tadi mama telefon suruh makan ubat! " Elkie datang ke ruang tamu sambil bawa ubat dan secawan air.

"Taknakk!!!!  " Renjun menjerit dengan nyaring dan terus bangun dari sofa.

"Kalau tak makan ubat macamana nak sihat? " Elkie mendekati Renjun perlahan.

"Taknaklah ! Rasa dia pahit lah!!  " Renjun menjerit tanpa henti sehingga hilang suara.

"Janganlah jerit lagi!  Suara dah hilang tu! " Chengxiao menutup kedua-dua telinganya.

"Akak janji ni kali terakhir Renjun makan lepastu esok takde dah" Elkie memujuk lagi.

"Taknak! "

"Chengxiao!  Kau pegang dia! " arah Angela.

"Kau pun pegang dia jugalah! " balas Chengxiao dengan nada yang agak tinggi.

Setelah bergelut beberapa lama, akhirnya Elkie berjaya bagi ubat kat Renjun dengan bantuan Angela dan Chengxiao.

"Tidur pun budak ni, Kesian dia penat" Elkie mengusap rambut Renjun perlahan.

"Macamanalah mak dia bagi ubat kalau dah macam tadi" Chengxiao melihat jam dan tarik tangan Angela sambil berbisik.

"Kami minta diri dulu ya" mereka berdua bangun dan keluar.

Elkie bangun dan tunduk hormat.

"Terima kasih sebab datang" Elkie menunduk dua kali .

"Takde apa-apa lah" Balas mereka berdua di depan pintu.

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now