Part 30

225 34 5
                                    

Elkie duduk di kerusi menunggu namanya dipanggil jururawat

Dia menangis semahu-mahunya .

"Kenapa aku dapat penyakit ni? Apa salah aku" Elkie memukul-mukul dadanya

"Kenapa ni dik? " Seorang pesakit di situ menegurnya.

Elkie tidak membalas sebaliknya terus menangis.

"Bawa bersabar , akak tak tau apa penyakit adik tapi semua yang berlaku mesti ada hikmah"

"Te-terima kasih kak. Tapi saya dulu sihat je tiba-tiba dapat tahu saya sakit" Hati Elkie seperti ditikam-tikam.

Wanita itu duduk disebelah Elkie.

"Tuhan bagi dugaan supaya adik kuat. Kakak cuma dapat beberapa bulan je hidup . Harap adik dapat manfaatkan masa yang masih ada. Akak kena pergi sekarang semoga kita dapat bertemu lagi "

"Terima kasih sebab bagi pesanan dekat saya" Elkie tersenyum melihat wanita itu.

++++

"Elkie pergi mana tadi? " Soal Puan Huang melihat Elkie di luar rumah.

"Saya jumpa kawan-kawan tadi nasib baik tak lama sangat" Elkie cuba menyorokkan rahsia.

"Masuk bilik dulu nanti bibik bawa air " Puan Huang membawa Elkie masuk bilik .

"Kenapa mata merah-merah macam baru menangis tu? " Puan Huang terkejut melihat Elkie.

"Cuma habuk masuk mata je tapi taknak keluar" Elkie terus lap tanpa tinggalkan setitik airmata.

"Lah, iyeke? Saya nak buat kerja kat bawa sana" Puan Huang menuruni tangga dan menerima panggilan dari Isaac .

Puan Huang memandang sekeliling memastikan keadaan baik-baik sebelum menjawab panggilan telefon.

Puan Huang terus mengangkat panggilan.

"So macamana tadi? "

"Saya dapat tahu yang dia tu ada.... "

"Camtu ke? Nanti ada apa-apa lagi aku call kau " Puan Huang meletakkan telefon didalam apron.

++++

(Bilik Elkie)

"Macamana aku nak bagitahu keluarga aku ni? " Elkie menyerabutkan rambutnya.

[Flashback ]

"macamana dengan keputusan saya? " Elkie pandang Kun sambil menelan air liur.

Kun menanggalkan cermin matanya .

"Kami dapati awak penghidap kanser hati... "

"Tak mungkin doktor.. selama ni saya sihat je... " Elkie menutup mulutnya melihat kertas yang diberikan Kun.

"Saya tahu awak tak dapat terima tapi awal kena terima hakikat "

"Boleh ke saya diselamatkan? " Elkie menaruh harapan yang tinggi.

"Jika awak menjalani transplan mungkin boleh tetapi sekarang tiada penderma yang bersesuaian dengan awak"

[End Flashback ]

Elkie menangis sambil menekup muka menggunakan bantal kerana tidak mahu didengari orang lain.

Puan Huang memasang telinga di pintu.

"Kesiannya dia... " Puan Huang berlalu pergi takut Elkie buka pintu secara tiba-tiba.

++++

Tzuyu sedang membasuh pinggan tiba-tiba salah satu pinggan terjatuh dan pecah .

Tzuyu membengkokkan diri untuk membersihkan sisa kaca kemudian jari telunjuknya terkena dan berdarah.

"Kenapa aku rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku ni? " Tzuyu mengambil first-aid atas peti ais.

"Urgh... Kenapa sakit sangat perut aku ni " Tzuyu mengusap-usap perutnya dan terpandang bawah kainnya.

Darah sedang mengalir dengan laju. Tzuyu terus menghubungi hospital.

"Hospital Jilin , apa boleh yang kami bantu? "

"Sa-saya dah nak bersalin " Ujar Tzuyu dengan lemah sehingga telefon terlepas dari genggaman tangannya.

"Puan tarik nafas dalam-dalam dan bagitahu alamat rumah Puan sekarang. Pihak kami akan hantar ambulans dengan cepat"

Tzuyu memberitahu semua maklumat walaupun rasa seperti mahu pengsan.

"Tunggu sehingga ambulans datang, sekarang Puan dengan siapa atau cuma seorang diri?"

"Seorang diri... "

"Puan? Puan? Puan sedar atau tidak? "

++++

"Kenapalah aku rasa lain macam sangat harini " Mark merenung luar tingkap sambil menghirup air nescafe 3 in 1.

"Mark~ merenung jauh nampak? " Tao saja menyakat.

"Jangan kacau akulah, maksud saya. Tuan " Mark terus gelabah. Nasib baik mug tak terlepas dari tangan.

"Kau dah lama kerja dengan mak aku. Takpayah nak bertuan-tuan sangat. Panggil Tao je "

"Tao, saya.. "

"Aku kau jelah" Tao senyum .

"Aku tengah lain macam sekarang " Mark sambung melayan perasaan.

"Lain macam nak kentut ke? "

"Nasib baik majikan kalau tidak dah kena headlock dah" Mark menghiraukan Tao.

Mark mengambil telefon dalam poket seluarnya kerana dia pasang vibrate .

"Siapa pula call aku ni dahlah unknown number"

"Hello? " Mark menggaru-garu kepala .

"Mark Tuan? "

"Ya saya"

"Encik suami kepada Puan Tzuyu ke? "

"Haah, kenapa dengan isteri saya? "

"Dia----- "

++++

"Patutlah aku asyik tak tenteram je rupanya isteri aku kat hospital" Mark menunggu di luar bilik pembedahan.

"Sabar bawa bertenang, Tzuyu kan kuat" Tao memujuk.

"Encik Mark? " Doktor keluar dari bilik dan menanggalkan topeng muka.

"Macam mana dengan isteri saya dan anak-anak saya? "

"Anak-anak Encik semuanya cukup sifat dan sihat. Kesemuanya anak lelaki "

"Syukurlah" Mark menghela nafas lega.

"Tapi isteri encik..."

"Kenapa dengan isteri saya? " Mark melihat pintu bilik pembedahan.

-TBC

aku taktau kenapa orang kata kalau aku buat fanfic kalau sedih, sedih sangat. kalau lawak, lawak sangat. Yeke?  😂

entahlah, aku tak berapa pandai buat ff sangat 😂

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum