Part 15

255 44 17
                                    

"Adik. Gege masak bubur ni, makanlah sikit. Dah pukul berapa ni tak isi perut lagi ni" Tao mengetuk pintu berkali-kali tapi tiada respon dari dalam.

"Gege letak bubur ni kat depan pintu. Nanti lapar makan" Tao meletakkan mangkuk berisi bubur di depan pintu bilik adiknya.

"Gege pergilah buat kerja lain " Renjun balas dari dalam bilik sambil peluk patung arnab.

"Gege minta maaf sangat-sangat" Tao menjawab dari luar bilik dengan penuh rasa kesal.

"Renjun merajuk dengan gege bukannya sebab tu .. " Renjun lap hingus yang keluar dari hidungya. Kemudian dia calit bawah katil.

"Gege janji akan bagi apa yang Renjun nak" Tao bersuara lagi disebalik pintu.

"Renjun cuma sedih dan terkilan. Kenapa gege tipu ? Renjun tak suka orang yang berbohong ni"

"Gege tahu gege bersalah. Renjun belum makan tengahari kan? "

"Takde selera nak makan. Renjun nak pergi mandi" Renjun capai tuala dan mandi di bilik air dalam biliknya.

Tao pergi ke ruang tamu dengan perasaan sedih dan susah hati kerana dia tak mahu makan.

Tao periksa telefon dan ada daripada Puan Huang.

Mama mia:
Tolong belikan barang dapur jap.

                                               ZITAO:
                                                 Duit?

Mama mia: dah pindah ke bank Tao. Nanti mama bagi senarai barang nak beli nanti .

++++


Tao mengelap peluhnya ketika memilih bawang holland . Bukan holland penyanyi yang sah gay tu. Dia jarang pergi ke pasar sebab itu dia ambil masa yang lama.

"Hai" tegur seseorang dari belakang.

"Eh, cikgu!" Tao terserempak dengan guru kelas Renjun iaitu Tzuyu .

"Buat apa kat ni?" Tanya Tzuyu dengan ramah.

"Tengah basuh baju. Takdelah beli sayur"

"Suami mithali betul kamu ni" Tzuyu menepuk bahu Tao.

Muka Tao blushing.
Dasar gatal miang keladi kerepot.

"Bila agaknya Renjun akan kembali ke sekolah?  Saya dah mula rindu kat dia"

"Dia cuti tak lama sangat. Nanti dia masuk balik " balas Tao.

"Suami saya tengah tunggu saya. Saya pergi dulu" Tzuyu pergi ke arah suaminya.

Tao sempat tengok muka suami Tzuyu.

"Ceh. Mark rupanya tapi cantik juga isteri dia tu" Tao sambung memilih sayur-sayuran.

"Siapa yang awak borak tadi? " soal Mark sambil menjinjing beberapa beg plastik.

"Abang kepada anak murid saya" balas Tzuyu.

"Muka dia macam anak majikan saya" balas Mark memasukan barang ke dalam bonet kereta.

Ketika itu dia agak jauh dari kedudukan Tao. Sebab itu dia tak kenal sangat walaupun memang orang sama.

"Siapa nama dia? " Tzuyu turut menolong masukkan barang-barang dalam bonet.

"Zi Tao tapi kami cuma panggil Tao" Balas Mark.

"Awak tak kerja ke? " Tanya Tzuyu selepas selesai masukkan barang.

"Hari ni saya cuti, Kalau tidak takdelah nak temankan awak pergi pasar" balas Mark yang sedang memandu.

"Awak.. " panggil Tzuyu dengan perlahan.

"Apa? " Mark berhenti di stesen minyak.

"Saya... Mengandung.. " Tzuyu memberi Mark satu gambar yang telah discan.

"Kembar? " Mark terkejut.

Tzuyu mengganguk perlahan "Kembar tiga.. "

"Takde tanda awak mengandung pun"

"Saya ada muntah-muntah tapi awak selalu takde sebab awak kerja"

"Jangan kerja dulu nanti awak keletihan kesian kat anak kita ni" Mark menyelak rambut Tzuyu.

"Saya masih kuat lagi, Cepatlah isi minyak" Tzuyu menepuk peha Mark.

"Eh? " Mark mengaru kepala kerana terlupa isi minyak sedangkan meter dah berwarna merah.

                      
++++

"I'm home  darling~" Tao membuka pintu. Barang yang dibeli tadi diletakan atas meja.

Tao pergi ke bilik adiknya dan tengok mangkuk bubur yang telah licin habis. Tao tersenyum kerana akhirnya Renjun keluar dari bilik.

Tetapi dia terdengar bunyi orang sedang muntah tak berapa jauh dari tempat dia berdiri.

Tao ikut bunyi dan nampak Renjun di tandas tengah memuntahkan segala isi dari perutnya.

"Cepat muntahkan semua" Tao menepuk badannya supaya dia dapat muntah lagi.
Renjun membasuh mulutnya setelah selesai.

"Perut adik sakit" Renjun pegang perutnya. Mukanya juga pucat dengan bibirnya kering.

"Tadi Renjun makan apa? " soal Tao sambil mengurut badan adiknya.

"Bubur gege masak tadi" Renjun muntah sekali lagi. Baju Tao juga tak terkecuali terkena tempiasnya.

"Bubur tu dah basi ke? " Tao membuka bajunya.

"Adik tak tahu sebab tu adik makan je" Renjun melangkah keluar dari tandas.

"Duduk kat ruang tamu dulu. Nanti gege bagi ubat tahan muntah" kata Tao dengan kuat sambil membersihkan tandas.

Renjun memberi isyarat okay.

++++

"Esok gege dah kerja. Esok Renjun kena duduk dengan pengasuh kemudian lepas habis cuti . Renjun masuk sekolah balik" Tao mengurut perut Renjun menggunakan minyak angin.

"Gege kerjalah. Jangan jadi penggangur yang tak berguna" Renjun menelan air liurnya.

"Gege masih berat hati nak tinggalkan adik dengan pengasuh. Entah-entah dia nak culik Renjun yang cute ni"

"Adik sedar yang adik ni tak macam orang lain. Takkan ada orang yang nak ambil adik lah" balas Renjun sambil tengok rancangan masakan di Tv.

"Tadi kat pasar gege terserempak dengan cikgu adik. Perut dia nampak macam besar sikit mungkin mengandung"

"Cikgu?? " Renjun serta-merta bangun dari sofa.

"Jangan bangun. Gege belum habis" Tao menjentik telinga Renjun sebanyak 2 kali. Renjun mendengus geram kepada Tao.

-TBC

Inilah jadinya bila edit nonstop dan tulang belakang jadi sakit sebab duduk lama sangat. Bila baring rasa macam ada duri kat bawah T_T











[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now