Part 9

327 53 27
                                    

Puan Huang tidur berdengkur dengan kuat. Kepala di katil manakala badannya masih di kerusi.

Angela dan Tao masih lagi membersihkan sampah-sampah yang terlalu banyak. Tak sangka juga yang Renjun ni ada banyak peminat walaupun dia istimewa.

"Tolong ambik sapu tangan goodmorning tu " ujar Tao.

Angela menghulurkan sapu tangan kepadanya. Tao guna untuk bersihkan meja.

Angela terus duduk di kerusi yang disediakan selepas selesai tolong Tao mengemas.

"Macam lama lagi je diorang nak bangun " Tao lap muka Renjun menggunakan tisu basah kerana air liur keluar dari mulut. Dari kecil sehingga besar sama saja, tidur mesti keluar air liur.

"Tao.. Dah balik ke? " Puan Huang terbangun dari tidur dan menguap beberapa kali. Dia mengosok-gosok mata berkali-kali supaya penglihatan jelas.

"Dah lama balik cuma mama tidur tadi" bala

"Ini siapa pula? " Puan Huang memakai cermin matanya.

"Auntie apa khabar? Saya Angela" Angela menunduk beberapa kali sehinggalah Puan Huang hentikan.

"Hah babi? " Puan tersalah dengar. Angela senyum cuba menahan sabar. Dia tahu didepannya cuma orang tua saja.

"Maaflah auntie dah tua . Pendengaran makin kurang" Puan Huang tersenyum tawar.

"Ehh takpe auntie! Saya maafkan"

"Sekali lagi saya minta maaf ya"

"Takpe saya faham" Angela memegang bahu Puan Huang.

"Aduh! " Renjun terbangun dari tidur tiba-tiba.

"Kenapa ni sayang? "Puan Huang mengusap rambutnya.

"Tangan.. Sakit..." Renjun menangis lalu pandang tangan kanannya .

"Woi Tao! Kenapa kau tindih tangan dia?! Sakit tau tak!! " marah Angela.

Tao terus mengalihkan tangannya selepas bertindih infus yang bersambung di tangan Renjun.

"Dah-dah, jangan nangis .Gege tak sengaja lah" Puan Huang memujuk Renjun.

"Shuu.. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu~ " Tao cuba mendodoi Renjun supaya tidur balik.

"Kau ingat dia budak kecil kah? "Angela menarik telinga Tao sehingga merah .

"Dia suka lagu tu lah. Kan mama?" Tao masih lagi mendodoi Renjun.

"Betul-betul" Puan Huang mengangguk.

"Jiejie (kakak) cuba pula ya? Bila di sekolah mencabar sentiasa. Ibu jangan bimbang bekalkan tenaga! Bekalkan tenaga 5x" Angela menyanyi dengan penuh semangat sambil menunjuk tin air milo.

"Sakit" Renjun makin kuat menangis.

"Kenapa kuat sangat dia menangis ni? " tanya Tao kepada Puan Huang.

"Sebab kamu tertindih tangan dia yang kena cucuk masuk air . Kena tindih lama-lama memanglah menangis tak henti-henti" balas Puan Huang.

Tak lama kemudian Renjun tertidur semula sebab penat menangis.

"Cepat sihat ya? Nanti boleh teman mama" Puan Huang mencium dahi jendul Renjun.

Sorry Renjun. Sebab cakap dahi ko jendul.

"Ini siapa? " Puan Huang memulakan soal siasat semula.

"Nama saya Angela. Mak saya chinese manakala ayah saya omputih" balas Angela.

"Auntie tak tanya pon kamu ada mix ke tak"

"Iyeke.. Hehehe" Angela mengaru lehernya.

Mandi tak guna sabun lah tu.

"Apa hubungan kamu dengan Tao? "

"Sa...saya..."

"Kawan! " Tao mencelah. Nasib baik Renjun tak terjaga.

"Mama tanya dia bukan kamu"

Peluh di muka Angela sudah jatuh ke lantai.

"Hubungan kamu dengan dia? " muka Puan Huang menambahkan lagi ketakutan Angela.

"Cuma kawan je" balas Angela

"Betul ni? " muka Puan Huang sungguh menakutkan.

Tao cover mukanya menggunakan majalah  tetapi terbalik.

"Saya cakap terus terang jelah. Sebenarnya saya dengan dia pernah bercinta tapi saya putus sebab sambung belajar. Sekarang ni hubungan kami cuma kawan je tak lebih dari tu" Angela menarik nafas lega.

"Auntie dah lama tau tentang kamu cuma kamu tak perasan "

"Saya bukan nak dia balik. Saya cuma nak lawat Renjun je"

"Auntie selalu nampak kamu dengan Tao kat pondok bas depan sekolah dulu" Puan Huang terus mencubit tangan Tao.

"Apa ni mama?!" Tao merajuk 1 saat.

"Diamlah" Renjun terasa terganggu dan menutup mukanya guna teddybear.

"Okay okay" Tao menepuk peha Renjun supaya tidur semula.

"Tengok. Dia dah marah" Puan Huang menjeling Tao dan Tao hanya mampu menelan air liur dengan kasar(?).

"Macamana Renjun boleh masuk hospital? " Tanya Angela.

Tao mula rasa bersalah. Puan Huang pandangnya dan mula membuka mulut.

"Renjun peluk Tao dari belakang. Masa tu kat tangga. Tao tertolak dia sampai jatuh. " Puan Huang menunduk sebaik saja habis cerita.

"Yang kat kaki tu? " Air mata Angela mula mengalir selepas mendengar cerita Puan Huang.

"Itu jatuh kat taman " Puan Huang lap airmatanya.

"Tapi dia sihat je kan? " Soal Angela.

"Dia baik -baik je" balas Puan Huang sambil mengesat hingusnya guna tisu.

-TBC

Untuk readers yang tak tau siapa Angela tu. Dia sebenarnya artis dari china.

Siapa layan chinese runningman tu dia kenal lah dengan angelababy ngan wong cholam. 😏

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now