Part 29

220 33 11
                                    

"Urgh-- peningnya kepala aku. Eh, asal aku ada kat atas katil ni?  Siapa angkat aku tadi malam? " Elkie menyelak selimut dan turun dari katil.

"Dah bangun? " Puan Huang berdiri di tepi pintu bilik sambil memegang mug.

"Puan, macam mana saya boleh kat sini. Kalau tak silap tadi malam saya tengok tv dengan Renjun "

"Tao angkat bawa masuk bilik sebab kesian tengok Elkie menggigil tertidur kat sofa tu" Puan Huang menguap kemudian menghirup air milo di dalam mug.

"Ah~ Renjun dah pergi sekolah ke? " Elkie menggosok-gosok kedua-dua matanya hilangkan ngantuk.

"Baru pergi budak tu. Dia sibuk tanya pasal Elkie"

"Tao yang hantarkan ?" soal Elkie.

"Takdelah, pemandu kereta baru kitaorang" Puan Huang pergi dari bilik itu.

"Mana phone aku? " Elkie menggelabah dan nasib baik cuma kat meja sebelah.

"Dah pukul 8 ? Nanti Doktor Kun cari aku " Elkie keluar bilik tetapi ditahan Puan Huang.

"Nak pergi mana cepat-cepat ni? " Puan Huang letak tangan di pintu supaya Elkie tidak dapat keluar.

"Saya nak balik rumah nak mandi " Ujar Elkie ingin cepat.

"Tak payah, hari ni duduk dengan kami biar dapat kenal satu sama lain "

"Tapi saya takde bawa baju " Elkie cakap ayat yang sama dari semalam.

"Semalam saya dah cakap pakai baju saya je lagipun banyak yang saya dah tak pakai " Puan Huang bagi sepasang baju lengkap stoking .

"Sekarang pergi mandi dan duduk kat sini . Kalau nak keluar minta izin saya dulu" Puan Huang pergi ke dapur untuk memasak .

"Kenapa dengan Puan harini?  Peliknya dia" Elkie masih berdiri di tempat sama.

"Kenapa tercengang kat situ lagi? Pergilah mandikan atau tunggu Tao balik angkat kamu masuk bilik air?" Puan Huang mencekak pinggang dari jauh.

"Ah, ya! " Elkie terus masuk bilik air .

"Tapi Puan, saya takde berus gigi!" Elkie separuh menjerit dari dalam bilik air .

"Bibik! Bagi berus gigi untuk dia!"

"Baik Puan Huang" Pembantu selongkar almari satu persatu .

++++

(Sekolah Pendidikan Khas Jilin)

Seperti biasa, Renjun memandang luar tingkap melihat burung-burung berkicauan dipagi hari sebelum belajar .

Baginya, hari ini sungguh berbeza selepas ketiadaan Tzuyu.

*lek ah, baru sehari berhenti dah rindu bagai nak rak.

k back to the story .

Renjun masih lagi melihat tingkap dengan sayu.

"Murid-murid, hari ini kita ada cikgu baru " Pengetua menerjah masuk ke dalam kelas Renjun bersama cikgu baru.

"Nihao, saya Wong Yukhei "

"Cikgu yang sepatutnya mengajar kamu ada hal hari ni dan kebetulan Cikgu Yukhei baru melaporkan diri harini. Dia dari hongkong . Dia mungkin sedikit penat--"

"Eh tidak, hari ni saya bersemangat mahu mengajar " Yukhei membuat 'hwaiting'

"Cikgu ni kacaklah" puji seorang pelajar.

"Takdelah, saya rasa lagi kacak yang duduk tepi tingkap tu" Yukhei menunjuk Renjun.

"Heh? " Renjun mengalihkan pandangan ke Yukhei.

"Yang tu nama dia Huang Renjun. Keluarga dia selalu menyumbang derma untuk sekolah kita . Dia dah takde bapa cuma mak dengan abang je" Pengetua berbisik di telinga Yukhei.

Yukhei mengangguk faham sebelum menghampiri Renjun perlahan-lahan.

"Hai, sihat ke hari ni?" Yukhei menyapa.

"Renjun sihat hari ni" Renjun senyum terpaksa sebelum tengok luar tingkap lagi.

"Nama dia Renjun rupanya, sesuai dengan muka dia" Yukhei mendiamkan diri sebentar. Walaupun dah tahu nama dia saja tanya.

"Kenapa suka tengok tingkap tu?  Ada perempuan cantik ke? " Yukhei mengacau saja-saja bergurau .

"Renjun suka tengok hari-hari. " Renjun malas nak melayan.

"Ouh, okay nah" Yukhei keluarkan lolipop dari poket seluarnya.

"Cikgu beli tadi malam tapi tak sempat makan. Renjun nak? "

"Tak elok makan gula-gula pagi macam ni " Renjun pandang nak tak nak je.

"Jangan makan masa ni. Nanti petang baru makan"

Renjun menerima tapi muka menyampah.

"Thanks sebab terima" Yukhei meninggalkan meja.

"Apa-apa jelah" Renjun meletakkan tangan dimukanya.

"Renjun tu orang memang selalu borak dengan dia . Kalau tanya orang mesti diorang balas budak tu ada aura istimewa " balas Pengetua sambil perhatikan budak kelas.

"Kenapa dengan dahi dia tu ya?  Ada parut besar. Sebab tu saya tertarik dengan dia" Yukhei pelik tengok muka Renjun.

"Ah, itu sebab excident. Awak tak payah tahu sebabnya" Pengetua meletakkan tangan di atas bahu Yukhei.

"Dah pukul berapa ni saya masih tak mengajar diorang " Yukhei melihat jadual kelas.

"Ajar baik-baik ya? " Pengetua keluar dari kelas itu .

"Baik" Yukhei menunduk.

++++

(Rumah Puan Huang )

"Leganya rasa" Elkie mengeringkan rambut menggunakan tuala.

"Doktor Kun tak cakap pun nak jumpa pukul berapa kan?  Asalkan jumpa sudahlah" Elkie menggeleng kepala.

"Kenapa lama sangat ni? " Puan Huang meletakkan lauk di meja makan.

"Takdelah puan, saya dah siap cuma keringkan rambut je " Elkie menyikat rambut walaupun masih dalam keadaan basah.

"Cepat lah jom makan dengan saya" Ujar Puan Huang sambil letak nasi didalam pinggan.

"B-baik! " Elkie terus duduk disebelah Puan Huang.

"'Cantik kamu ni walaupun tak pakai mekap " Puji Puan Huang.

"Puan terlebih puji " Elkie minum air ribena sebelum alas perut.

"Makan sampai habis boleh? Penat saya masak tu"

"B-boleh" Elkie merasa nasi goreng air tangan Puan Huang.

"Macamana rasa dia? "

"Rasa dia hmmm.. Sedap! " Elkie menunjuk ibu jari.

"Ingatkan tak sedap sebab terlebih letak lada sulah"

Elkie senyum sebelum menyambung makan.

Tiba-tiba Elkie teringat sesuatu.

"Puan, lepas saya makan ni boleh saya keluar sekejap?  Tak lama sangat"

"Nak pergi mana? " Soal Puan Huang dengan hairan.

"Ada hal sedikit" Balasnya dengan perlahan.

"Bolehlah" Puan Huang bagi kebenaran.

"Terima kasih" Elkie peluk Puan Huang dan terus keluar .

"Cepat pula dia habiskan nasi ni. Mana dia nak pergi tu? Kena tahu ni" Puan Huang menghubungi nombor seseorang.

"Isaac,  aku nak kau ikut seorang perempuan ni. Nanti aku bagi detail penuh

"Bisa diatur boss! " Isaac meletakkan phone di dashboard kereta .

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now