Part 7

382 62 20
                                    

Tao mula menyiram air di badannya dengan perlahan-lahan. Sejujurnya dia rasa kekok kerana dia pertama kali memandikan adiknya dan juga pertama kali pegang Renjun sejak sekian lama.

Renjun bermain itik getah yang disediakan Puan Huang. Tao tekan sabun dan sapu diseluruh badannya.

Tao memberanikan diri bertanya.

"Renjun pernah tak rasa benci dekat gege? Yelah, gege tak pernah sayang dengan Renjun pun. Hari-hari maki hamun "

Renjun menoleh dan membalas.

"Renjun tak pernah benci gege. Mama cakap suatu hari nanti mesti gege akan terima adik"

Tao senyum mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya. Setelah semua yang dia lakukan terhadapnya, Renjun masih lagi boleh memaafkan lagi.

"Luhan-ge dengan Chengxiao- jie datang melawat Renjun tak? " Tanya Renjun dengan mata bersinar bak bulan.

"Diorang ada kerja mungkin lusa datang kot" balas Tao dengan rasa bersalah.

"Mana Tuan-ge ?" Tanya Renjun lagi. Tao mula mengingati semuanya.

"Mana gege tahu dia kat mana. Guanlin nanti datang " Tao menukar topik.

"Guanlin datang?! Yeah!! " Renjun melompat bila kawan baik dia yang merupakan jiran sebelah rumah nak datang.

"Janganlah melompat nanti pengsan baru tahu. Kau pun belum sihat lagi " Tao menggelengkan kepala.

Renjun tersengih seperti kerang busuk dan menggaru leher.

"Kepala Renjun sakit" Dia memegang kepala kerana sakit yang teramat.

"Siapa suruh lompat tadi? Sekarang kepala dah sakit" Tao periksa luka di kepalanya.

"Cikgu suruh" Renjun tidak lekang senyum dari bangun sehinggalah dimandikan. Akhirnya abang dia dapat menerima setelah bertahun-tahun.

"Renjun tak marah gege sebab tolak jatuh tangga ke--"

"Kenapa mandikan dia lama sangat? Nanti perut dia masuk angin nanti! " Puan Huang baru balik dari beli makanan. Dia mengetuk pintu bilik air berkali-kali kerana risau.

Tao terus siram badannya dengan cepat. Renjun mengigil kesejukan walaupun dia mandi air suam.

Tao mendukung adiknya dan letak di katil untuk pakai baju baharu. Puan Huang mencium pipi Renjun berulang kali sehingga membuatkan Tao sedikit cemburu.

"Asyik cium Renjun je. Anak bujang mu juga butuh ciuman kasih sayang dari ibunya"  Tao memakaikan Renjun baju yang disediakan pihak hospital.
Berwarna hijau cair begitu juga dengan seluarnya.

"Nak cium juga ke? kesian dia" Puan Huang terus mencium kedua belah pipi Tao dan terkecuali juga di bibir.

"Titew dah beshor lah" Tao menggedik mengalahkan adiknya.

"Apa salahnya, orang lain boleh je buat" Balas Puan Huang sambil menyapu bedak ke pipi Renjun.

Tzuyu membuka pintu bilik Renjun. Dia mendekati katil dan memeluk pelajarnya dengan erat.

"Jantung cikgu macam dah nak keluar bila dengar kamu masuk hospital. Sekarang ni dah okay? Sakit kepala lagi tak? Dah makan ubat belum"

Renjun mengganguk perlahan. Tzuyu menghelakan nafas lega dan membelai rambut Renjun.

"Terima kasih sebab sudi melawat dia dekat hospital. Buat susah-susah cikgu je nak datang" Puan Huang menunduk banyak kali.

"Takde apa-apa lah. Lagipun saya ada masa untuk melawat dia sekejap" Balas Tzuyu dengan senyuman yang indah.

"Renjun, gege nak keluar kejap ya" Tao berbisik di telinga Renjun.

Tzuyu beri sekotak besar berbalut kertas warna hijau.

Renjun menerima dan buka pembalut dengan berhati -hati agar tidak terkoyak.

"Teddybear! " Nampaknya Renjun suka dengan hadiah tu.

"Nanti bila Renjun dah sihat . Cikgu beli lagi ya?"

"Teddybear lagi?!" Renjun menjerit dengan kuat kerana terlalu teruja.

"Shuuu-- Orang lain sakit" Ujar Puan Huang.

Mulut Renjun yang terbuka besar ditutup oleh Tzuyu. Nasib baik air liur tidak keluar.

"Cepat sembuh ya? Nanti boleh jumpa kawan-kawan" Tzuyu tidak henti mengusap rambut Renjun. Pintu bilik dibuka. Seorang jururawat membawa ubat.

Padan muka hang (′・ω・')

"Huang Renjun. Doktor cakap dalam dua tiga hari ni dia dah boleh discharge dah"  Ujar jururawat ketika sedang periksa tekanan darah Renjun.

++++

Tao duduk di meja sambil menunggu pelayan ambil pesanan. Seorang gadis berambut bertocang dua datang mengambil pesanan. Tangannya tidak henti ketuk nota dengan pen.

"Tomyam satu tapi buat untuk dua orang" Tao memesan makanan thai sebab dah lama teringin. Dia ternampak di SNL Hanat.

"Abang order dua mangkuk tomyam ke? "

"Kan saya dah cakap saya nak satu tapi buat untuk dua orang" balas Tao.

"Kejap saya cari kat kamus. Lawak abang takde kat sini lah" Gadis itu faham sangat dengan lawak Tao sebab dia pun peminat SNL Hidayah Hanat.

"Tomyam satu mangkuk jelah. Air pula saya nak order airtehtariktengokyou" Ujar Tao buat pickupline sambil mengenyit mata kepadanya.

Nasib baik ramai orang kat kantin. Kalau tidak, anak huang tu dah mampus kena kungfu pelayan tu.

"Takdelah tomyam dengan teh tarik je" Kali ini Tao tidak main-main dan gadis itu mengira jumlah total.

"Semuanya 48 yuan (rm30) tidak termasuk dengan cukai perkhidmatan dan cicak-cicak yang awak buat tadi tu"

Tao mengeluh ketika membuka dompet. 

"Nak buat macamana ? Cukai makin tinggi " balas gadis itu dan pergi dengan membawa pesanan.

"Tomyam yang ku sukai~ akhirya masuk ke dalam perut ku~" Tao mengelap air liurnya yang sedang meleleh .

Sesiapa tolong derma tisu kat dia.

"Eh? Huang eh? " tegur seseorang.

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon