Part 5

414 73 32
                                    

Sampai di taman permainan Jilin. Renjun terus buka pintu kereta dan main gelongsor. Dia dah tak ingat kartun di rumah.

"Tunggu mama! " Puan Huang menutup pintu kereta dan kunci.

"Mama mainlah sekali!! " Renjun menjerit ketika bermain gelongsor.

Puan Huang terus duduk di kerusi yang disediakan majlis perbandaran. Dia hanya mahu perhatikan anaknya bermain.

"Jangan main lama sangat nanti mama nak masak! " Renjun mengendahkan kata-kata Puan Huang kemudian main buaian.

Puan Huang mengawasi Renjun sambil membaca mesej di handphonenya .

"Mama! !" Renjun terjatuh kerana tersadung batu dan lutut kirinya berdarah.

Puan Huang terus mendapatkan Renjun.

"Macamana boleh terjatuh ni! " Puan Huang membersihkan pasir yang terlekat di baju Renjun.

"Tak tau" Renjun merengek.

"Dah luka dah lutut kamu ni. Jom balik" Puan Huang memapah Renjun masuk ke dalam kereta.

"Nak aiskrim.." Renjun menangis semahunya .

"Kita balik dulu cuci luka tu kemudian kita beli" Puan Huang membawa kereta dengan laju.

++++

"Tahan sikit ya" Puan Huang menyapu ubat gamat pada kaki Renjun.

Muka Renjun berkerut kerana menahan sakit.

"Dah selesai" Puan Huang mengemas first aid kit (?) .

"Mana gege? kenapa gege tak balik lagi? " Renjun menarik baju Puan Huang.

"Mama pun tak tahu. Mungkin gege kerja lebih masa" Puan Huang mengusap rambut anak kesayangannya.

Walaupun Tao seorang anak yang kurang ajar tetapi biasalah naluri mak.
Mak mana yang tak sayang anak kan? .

"Ngantuk.. " Renjun menguap berkali-kali.

"Kalau dah ngantuk tidurlah " balas Puan Huang.

"Mana boleh ! Moomin nak tunggu gege balik! " Renjun mencebik.

"Esok kan sekolah"

"Esok hari sabtu" Renjun menyilang tangannya tanda protes.

Tao membuka pintu tanpa menekan loceng terlebih dulu.

"Gege balik!! " Renjun terus bangun dari sofa walaupun kakinya sakit susah nak nak berjalan.

"Gege? siapa gege kau? " Tao menolak Renjun sehingga jatuh.

"Tao!! " Puan Huang menampar dia kemudian membantu Renjun bangun. Tao memegang pipinya.

"Apa yang ada kat budak cacat ni sampai mama sayang dia sangat??! "

"Sebab dia anak mama" Puan Huang pertahankan anak bongsunya yang selalu dihina dan dimaki.

"Aku malas lah nak gaduh, Aku nak tidur " Tao menaiki tangga menuju biliknya.

"Gege! Adik dapat nombor satu dalam kelas! " Renjun peluknya dari belakang.

"Siapa abang kau?! " Tao menolak Renjun jatuh dari tangga dan kepala Renjun terhentak.

Renjun pegang kepalanya dan lihat tangannya ada darah.  Puan Huang mendapatkannya. Baju putih Puan Huang dikotori darah. Dia tidak pedulikannya.

"Mama.. Sakit" Kata terakhir Renjun sebelum matanya tertutup.

"Renjun kena bertahan! Mama bawa pergi hospital! " Puan Huang mendukung Renjun dan kunci kereta dicapainya.

Tao tergamam melihat kejadian itu. Tao merenung lantai yang dibasahi darah Renjun.

"Aku... tolak.. dia.. ke.." Tao terduduk.

++++

Sampai di hospital. Staf hospital mengangkat Renjun kemudian letak atas katil menuju ke bilik kecemasan.

"Anak mama kena kuat" Puan Huang memegang tangannya.

"Kami akan cuba sedaya upaya" ujar salah seorang yang menolak katil itu.

"Tolong selamatkan anak saya" Airmata Puan Huang mengalir deras. Dia tidak sanggup kehilangan Renjun.

"Puan tidak dibenarkan masuk bilik ini" Seorang jururawat menghalang Puan Huang.

"Renjun! Mama datang" Puan Huang cuba masuk walaupun dihalang.

"Puan! " Mark baru sampai kerana dihubungi Puan Huang.

"Renjun kat dalam !" Puan Huang memeluk Mark. Dia cuba menolak dengan kerana dia telah pegang status suami orang tapi dia berasa kesian dengan majikannya.

"Saya tahu puan.. kita doakan yang baik-baik saja" Mark cuba menenangkan Puan Huang.

"Saya tak nak kehilangan dia. Cukuplah saya hilang suami. Ambillah nyawa saya asalkan Renjun selamat" Puan Huang memukul dada Mark.

"Bawa bertenang puan"

Di dalam bilik kecemasan seramai 2 doktor dan 2 nurse sedang berusaha menyelamatkan Renjun.

Renjun dipakaikan alat bantuan pernafasan.

"Tekanan darah dia menurun! " Ujar seorang jururawat yang melihat tekanan darahnya.

"buat sesuatu!! " Jerit doktor yang buat cpr.

"Dia hilang banyak darah! " Jerit seorang doktor yang lain.

"Cepat ambil darah kat bilik khas!!" arah doktor pertama lagi.

"Cepat!! "

-TBC

dekat chap ni, semua orang benci tao. Betul tak? 😂 

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now