Part 31

229 37 2
                                    

"Dia pun selamat... "

"Syukurlah " Mark melepaskan lelah.

"Tetapi dia kehilangan banyak darah dan kebetulan bank darah sekarang takde bekalan darah yang sesuai ."

"Saya boleh dermakan darah untuk dia "

"Awak ada buat tatu ke?  Kalau ada maaf tidak boleh" Doktor menggeleng kepala.

"Saya langsung takde tatu. Sebab saya tahu kalau saya buat memang saya tak boleh derma darah" Mark menunjukkan lengan tangan.

"Mari ikut saya " Mark terus mengikut langkah doktor itu.

++++

Mark mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Tzuyu yang masih belum sedar.

"Cepatlah sedar, jangan tidur lama lagi. Nanti anak kita nak tengok ibu dia" Mark menangis sambil menggengam tangan isterinya.

"Anak-anak kita mana? Saya nak tengok dia " Tzuyu sedar dan mahu bangun dari katil.

"Awak baru lepas kena bedah, nanti luka tu terkoyak macam mana?  Anak-anak kita selamat ." Mark mengusap belakang badan Tzuyu.

"Mereka semua kat mana?  Saya nak tengok diaorang " Fikiran Tzuyu masih lagi bercelaru.

"Diorang kat bilik bayi  , sayang tunggu dulu kat sini . Saya mahu bagitahu doktor " Mark terus meninggalkan Tzuyu.

Mark tolak kerusi roda perlahan-lahan menuju bilik bayi .

"Comelnya anak-anak ibu ni. Pipi comel merah-merah " Tzuyu meletakkan tangannya di dinding kaca .

"Muka diorang ikut awak" Mark menyambung .

"Kita nak bagi nama diorang apa? " Mata Tzuyu masih memandang wajah anaknya yang baru lahir.

"Ikut sukahati awak nak bagi apa, saya on je" Mark mengusap rambut Tzuyu.

"Betul ni?  Yang sulung nama dia Anthony Tuan, yang second Jeffrey Tuan, and yang last sekali nama dia Joseph Tuan. Sedapkan ?" Tzuyu memandang Mark dengan sayu.

Masa mengandung beberapa bulan, Tzuyu beli buku nama.

"Pandai awak pilih nama" Mark mencium dahi Tzuyu .

Tzuyu menitiskan airmatanya dan tangannya jatuh terkulai.

"Sayang?  Jangan tidur kat sini nanti balik bilik tidurlah" Mark menggoncangkan badan Tzuyu dengan kuat.

"Sayang jangan buat abang macamni" Mark terus goncang badan Tzuyu .

"Sayang jangan tinggalkan abang. Kesian anak kita masih bayi tu.. "

++++

"Aku yang awal atau lambat ambil ni? " Tao meletakkan kereta di parking yang agak jauh daripada sekolah adiknya.

Dia nak borak-borak sambil berjalan-jalan. Dah lama tak buat katanya, kali terakhir dia buat dengan Angela.

"Lambatnya adik keluar harini. Tengok jam dah betul dah takkan rosak pula , kan baru beli semalam " Tao mengomel sendirian sambil menunggu di pondok bas di seberang jalan.

"Gege!" Renjun muncul di pagar sekolah sambil ditemani Yukhei .

"Ayah ke tu?" Yukhei melihat dari jauh .

"Gege Renjun lah yang tengah tunggu tu!" Renjun mencium tangan Yukhei dan keluar dari pagar .

"Elok-elok ! Nanti jatuh longkang pula" Yukhei separuh menjerit dari dalam sekolah .

"Gege! " Renjun melambai-lambai.

"Tunggu gege melintas dulu" Tao memasukan telefon bimbit dalam poket seluarnya dan berjalan ke arah Renjun.

Lampu isyarat rosak dan seorang lelaki memandu kereta dengan laju dan berbahaya.

Renjun melihat kereta itu semakin hampir dengan abangnya. Dia terus berlari ke arah Tao.

Tao terpandang ke depan dan terkaku.

"Gege! Tepi! " Renjun terus menolak Tao ke bahu jalan.

Yukhei yang masih berada dalam sekolah terus keluar mendapatkan Renjun.

"Gege.. Tak apa-apa....?" Kata-kata terakhir Renjun sebelum menutup kedua-dua matanya.

"Adik! Maafkan gege " Tao memeluk badan adiknya yang berlumuran darah dengan erat.

Yukhei membuka kot bajunya dan tutup badan Renjun yang terdedah kerana baju sekolahnya terkoyak.

Orang berhampiran yang tengok kejadian tersebut terus menghubungi ambulans.

"Kita bawa dia ke hospital " Yukhei mengangkat badan Renjun yang kecil molek.

"Teruk ni, dia kritikal" Ujar paramedik yang memeriksa Renjun .

Pemandu kereta yang bersalah itu telah ditangkap orang ramai kerana mahu melarikan diri.

Nafas Renjun turun naik.

"Kita nak sampai ni " Ujar Tao sambil pegang tangan adiknya.

"Renjun takkan apa-apa" Yukhei memberikan kata-kata semangat kepada Tao. Bajunya yang dikotori darah dibiarkan asalkan selamatkan orang dulu.

Setibanya di hospital, Renjun terus dibawa ke bilik kecemasan.

"Awak pun kena dapatkan rawatan juga, muka awak luka teruk" Ujar Yukhei yang risau lihat keadaan Tao.

"Saya takde apa-apa  " Tao terbatuk-batuk keluar darah.

"Doktor!  Bawa dia juga" Yukhei menjeri dengan kuat sampaikan beberapa staff hospital keluar .

"Takpe" Tao lap tangannya dan terus pengsan disitu juga.

"Tangan kanan dia patah! Bawa katil sekarang jugak !" Seorang staff menjerit .

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now