Part 24

214 38 0
                                    

"Kacaknya anak mama hari ni"Ujar Puan Huang semasa membetulkan tali leher Renjun .

"Harini adik datang sekolah lagi. Suka tak?  " ujar Tao sambil tersenyum kambing.

"Suka sangat! Nanti jumpa cikgu dengan kawan-kawan!" Renjun membalas sambil mengunyah roti yang telah disapu nutella.

"Dah besar anak mama ni. Dulu kecil je lepastu merengek je" Tao mengusik .

"Mama!  Tengok gege ni! " Renjun menghentak kakinya.

"Huang Zi Tao! " Puan Huang mencubit pinggang Tao dengan kuat.

"Amma Appa Daddy Mummy Ayah Mama!!! " Tao menjerit sekuat hati kemudian Puan Huang berhenti cubit.

"Padan muka dia! Uhuk uhuk"

"Tulah, siapa suruh cakap masa makan. Kan dah tersedak!" Puan Huang bagi air kepada Renjun mengusap belakang badannya lembut.

"Balik sekolah nanti dengan Kak Elkie tau?  Kitaorang berdua balik lambat" Tao membalas mesej di telefon bimbitnya.

"Ingat Kak Elkie tak datang harini " Renjun memuncungkan mulutnya.

"Kenapa sayang? " Puan Huang memandang wajah anak bongsunya itu.

"Mama lupa ke hari ni hari apa? " Renjun cuba mengingatkan mereka berdua.

"Hari ni kan hari Jumaat. Penghulu segala hari, betul tak Tao? "ujar Puan Huang sambil mengenyit mata pada Tao.

"Kan, gege pun tau hari ni hari Jumaat!  " Tao tersengih cam monyet.

"Korang ni jahatlah!  Takmo kawan! " Renjun berpaling dari lihat muka abang dan ibunya.

"Tak kawan sudah. Kita satu keluarga" Tao menghabiskan cococruch di mangkuk .

"Yelah, nanti mama cuba ingat hari ni ada apa. Cepat makan, nanti kita nak gerak ni" Puan Huang belai rambut Renjun dengan perlahan.

"Sayang mama!" Renjun peluk Puan Huang yang berada di sebelahnya.

"Gege tak nak sayang pun " Tao berpura-pura merajuk .

"Adik sayang mama je . Tak mahu sayang gege! Gege suka buli adik!"

"Gege taknak belikan patung moomin lagi!"

"Adik pun tak heran lah!"

"Yelah tu, nanti gege dah beli sibuk menyelit sekali"

"Diamlah gege!"

"Engko pun diam lah!"

"Sepak tengah gege kang!"

"Kau tak berani punya!"

"Hei! Renjun! Tao! Kenapa bising pagi-pagi ni? Tak malu ke jiran dengar kita anak beranak memekak kalah ayam jantan?! " Puan Huang pukul meja dengan kuat. Masing-masing terus diam dan sambung makan.

"Dan kamu, Tao?  Tak boleh bertolak ansur sikit dengan adik kamu ni? " Puan Huang tengok muka Tao tanpa berkelip mata.

Tao menelan air liur tanpa henti.

"Baik mama" Tao sambung makan tanpa banyak bicara.

"Cepat makan,  nanti lambat pula pergi sekolah dengan office" Ujar Puan Huang dan perhatikan mereka berdua makan.

++++

"Renjun turun dulu" Renjun membuka pintu kereta.

"Kejap, adik nak masuk seorang ke? " Tao menghalang.

"Yelah, kenapa?" Renjun ternganga sekejap.

"Kitaorang nak temankan adik masuk kelas lah!" Tao keluar dari kereta kemudian dukung Renjun di belakang badannya.

"Adik ingat nama kelas lah . Laluan pun adik ingat tau" Renjun cuba turun dari badan Tao tapi tak boleh sebab abang dia lagi kuat .

"Mana boleh, Renjun baru sihat. Mesti ada orang temankan " Puan Huang bersihkan sisa makanan di sekitar mulut Renjun.

"Tapi adik dah besar " Renjun mencebik.

"Duduk kat belakang tu elok-elok. Kang terjatuh susah pula " Tao membetulkan kedudukan Renjun.

"Dah nak sampai kelas pun. Sabarlah " Puan Huang memujuk.

"Masin mulut mama. Kita dah sampai kelas dia pun " Tao menurunkan Renjun dengan berhati-hati.

"Rasanya tadi tak makan garam pun masa sarapan tadi " Puan Huang tersengih macam kerang busuk.

"Lawak sangat. Cuba lagi di masa hadapan " Tao menggeleng kepalanya.

"Renjun masuk kelas dulu! " Renjun mengambil beg dari tangan Puan Huang dan cium kedua belah pipi Tao.

"Jaga diri elok-elok" Tao melambai di luar kelas diikuti Puan Huang.

"Bye bye mama!  Bye bye gege!" Renjun memberi flying kiss.

"Tata~" Mereka berdua pergi dan terserempak dengan Tzuyu .

"Cikgu apa khabar?  Sihat? "Soal Puan Huang tersenyum mesra.

"Saya baik je, masih lagi boleh jalan" Tzuyu menyelak rambutnya kebelakang .

"Dah sarat tu. Bila bersalinnya? " Tao bertanya pula.

"Doktor tak tetapkan tarikh bersalin lagi" Balas Tzuyu.

"Jaga diri elok-elok. Mesti Renjun teruja tengok awak nanti " Puan Huang meletakkan tangan di bahu Tzuyu.

"Saya pun rindu sangat nak jaga dan ajar dia balik.  Dia tu baik sebenarnya cuma kadang-kadang dia main dalam kelas" Tzuyu membuka cerita.

"Biasalah tu. Dia kan budak istimewa. Kat rumah pun dia selalu main bola sepak sampai terkena pasu. Saya nak marah dia pun tak sampai hati "
Puan Huang bercerita panjang .

Tzuyu mendengar sambil mengganguk beberapa kali bagi menyokong kata-kata Puan Huang.

"Apa dia selalu buat dalam kelas? " Tao cuba menyibuk.

"Takdelah teruk sangat cuma sepahkan mainan dan selalu menjerit je. Tapi kami pernah kena lagi teruk dari dia"

"Kami nak pergi office. Cikgu pun tolong tengokkan dia eh?  " Ujar Puan Huang.

"Boleh sangat-sangat"

"Terima kasih sebab mengajar Renjun dengan sabar " Tao menunduk beberapa kali.

"Itu memang tugas guru seperti saya"

"Kami pergi dulu" Puan Huang dan melambai.

Tzuyu pun membalas.

Ketika Puan Huang dan Tao hilang dari pandangnya.

Tzuyu bercakap seorang diri.

"Maafkan cikgu sebab dapat mengajar kamu cuma tiga hari..."

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now