Part 27

202 42 3
                                    

Pintu bilik ditolak perlahan-lahan supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Tak tidur lagi?" soal Puan Huang yang kebetulan lalu bilik Tao.

"Sikit je lagi ni . Nanti Tao tidur " balas Tao sambil menaip keyboard laptop dengan laju.

"Macam ni lah mama nak. Bekerja keras " balas Puan Huang sambil menguap .

"Adik dah tidur belum? "

"Dah berdengkur dah pun " Puan Huang menghirup kopi yang dibancuhnya sebentar tadi.

"Sejak kebelakangan ni . Tao rasa tak sedap hati pula. Asyik risau je " Tao berhenti membuat kerja dan tutup laptop.

"Kenapa nak risau pula ni? " Puan Huang letakkan cawan berisi kopi tersebut di atas meja .

"Tao risau pasal Renjun tulah . Cakap bukan-bukan masa birthday dia "

"Mama pun risau juga takut apa-apa terjadi kat dia. Yelah, dia pun belum sembuh sangat "

"Ada meeting apa-apa ke esok? " Tao menukar topik.

"Esok ada meeting dengan Tan Sri Cai Xukun dan Dato' Zhu Zheng Ting.  Masing-masing kata nak buat jamuan kat tempat kerja"

"Diorang nak order apa je? "

"Diorang kata baru esok nak bincang " Puan Huang menguap beberapa kali kerana mengantuk.

"Tidur lah ma, esok nak kerja pula. Lepastu pergi jumpa klien" ujar Tao yang asyik tengok Puan Huang tersengguk-sengguk .

"Iyelah, Tao pun tidur juga " pesan Puan Huang.

"Okay mama" Balas Tao sambil menaip dengan laju.

"Wan an (Selamat malam)  " Puan Huang menutup pintu bilik.
Tao bangun dari meja kerjanya dan baring atas katil.

Ting! 

Telefon Tao berbunyi dua kali .

"Apa musibat ni nak? " Tao dengan malasnya ambil telefon tersebut di tempat cas.

MAXI.

Anda telah menggunakan data sebanyak 80% . Sila tambah nilai untuk kekal aktif.

Balas | Padam

"Cis, menyampah pula aku dengan natang ni " Tao letakkan telefon tersebut di tempat asal .

"Ayayai Banggali makan petai ~"

"What you want bullshift!!! " Tao terus angkat call tanpa lihat nama pemanggil.

"Aik?  Baru call dah kena marah? " balas pemanggil.

"Sorry.  Ni siapa? " Tao menggaru dahi.

"Takkan tak kenal?  Ini Elkie lah " Elkie mengurut kepala.

"Elkie rupanya,  kenapa call tengah malam ni? "

"Esok Renjun balik pukul berapa?  "

"Macam biasa lah, pukul 12:30 tengahari" Tao pukul nyamuk kat kakinya. Mati pun kau nyamuk durjana.

"Esok saya ada hal sikit. Takut terlambat ambil dia "

"Apa yang mustahak sangat tu ?" Tao sambung misi bunuh musuh iaitu nyamuk .

"Takdelah apa-apa. Tuan tak payah tau -- tuu~" panggilan dimatikan.

"Apa dia? Hello ? " Tao tengok telefon. Panggilannya telah dimatikan .

"Apa-apa jelah " Tao tarik selimut dan tutup lampu.

++++

keesokkan harinya. Elkie bangun pada pukul 6 pagi dan bersiap - siap pergi ke satu tempat.

"Elkie Chou Ting Yan " panggil seseorang.

"Eh, berangan pula aku ni " Elkie tersedar dari lamunannya.

"Ada masalah apa ya cik ?" Tanya Doktor Kun dengan ramah.

"Sejak kebelakangan ni saya sakit di bahagian abdomen terutama bahagian rusuk kanan ,keletihan, hilang berat badan dan demam yang kerap " Elkie mengadu .

"Okay, ada tanda-tanda lagi? " Doktor Kun membaca borang maklumat peribadi pesakit .

"Saya ada jaundis kat mata . Sampaikan keluar pergi mana-mana pun pakai cermin mata gelap . Nasib baik budak yang saya jaga tak pernah tanya" Elkie menanggalkan cermin matanya.

"Buka mata besar-besar " Doktor Kun menyuluh mata Elkie.

"Dah berapa lama awak ada tanda ni? "

"Saya agak-agak tiga minggu lepas" Elkie mengira hari menggunakan tangannya.

Doktor Kun mendekatkan dirinya dekat jururawat.

"Saya syak kanser hati tapi saya tak pasti lagi. "

"Apa kata bawa dia untuk menjalani ujian saringan dengan ujian ultrasound skan dan ujian darah alpha feto protein " balas jururawat pula.

"Awak ikut jururawat ni pergi check. Bila dah selesai jumpa saya balik "

"Okay " Elkie bangun dari kerusi.
"Kita buat ct scan lepasni " kata jururawat sambil pegang tangan Elkie.

Setelah lama buat pelbagai pemeriksaan kesihatan. Elkie masuk ke bilik Doktor Kun semula.

"Ini laporannya " jururawat menyerahkan beberapa fail.

"Esok datang jumpa saya balik"

"Okay " Elkie terus keluar dari bilik.

"Harap takde apa-apa yang buruk berlaku kat aku " Elkie bermonolog sendirian.

-TBC

Habiskan 1 jam buat kajian.
terima kasih pakcik google.
jasa anda amat dihargai.

Kalau ada salah, mohon betulkan 🙏

apa yang terjadi lepas ni? 





[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now