Part 3

455 81 12
                                    

Puan Huang hantar Renjun sampai masuk kedalam pagar. Tzuyu datang mendekati mereka berdua.

"Awal kamu sampai hari ni" Ujar Tzuyu yang merupakan guru kelas Renjun

"Takkan nak lambat pula" Balas Puan Huang sambil senyum.

"Renjun, kamu masuk kelas dulu main dengan kawan. Cikgu ada benda nak cakap dengan mama kamu" ujar Tzuyu kepada Renjun.

"Baiklah, cikgu" Renjun mengangguk lalu masuk ke dalam kelas.

"Cikgu nak cakap apa ya?  Risau pula saya sekarang ni. Dia ada buat hal ke? "

"Tidak. Boleh ikut saya pergi ke bilik guru? "

"Ouh.. Okay"  Puan Huang mengikut Tzuyu masuk kedalam bilik guru. Ramai kerani pandang membuatkan dia makin takut dan kecut perut jika anaknya buat hal di sekolah

"Silakan duduk" Tzuyu tarik kerusi untuk Puan Huang duduk.
"Cikgu nak cakap apa tadi? " Dia dapat rasakan jantung dia berdegup dengan lebih laju dari yang lain.

"Saya nak cakap sesuatu dengan puan tentang anak puan. Dia dapat nombor satu kat dalam kelas dan sekolah juga" Tzuyu menyerahkan buku laporan kepada Puan Huang.

Puan Huang ambil dari tangan Tzuyu dan buka buku itu dan kemudian membaca isinya dengan teliti. Puan Huang tergamam seketika.

"Saya tak tipu, dia memang dapat nombor satu" Tzuyu senyum melihat Puan Huang yang masih lagi terkejut apa yang dibaca tadi.

"Huang.. kalau awak masih hidup lagi. Awak mesti bangga dengan Renjun kita" Bisik hati Puan Huang sambil meletakkan buku laporan di dada.

++++
(BURGERKING)

"WOI TAO! TOLONG JAGA KAUNTER JAP! AKU ADA HAL! " kata Luhan kemudian pergi tandas. Tao yang baru selesai bersihkan meja makan terus mengambil alih kaunter.

"Selamat datang ke burger king, cik nak order apa? " ujar Tao sambil mengetuk meja dengan kuku.  Dihadapannya seorang gadis berbaju lengan panjang warna putih dan memakai topeng muka hitam.

"Tao? Huang Zitao? " Pelanggan itu terkejut tengok wajahnya.

"Macamana awak kenal saya? Saya tak pakai nametag harini"

Pelanggan itu terus membuka mask di muka. Tao terkejut dengan apa yang dia lihat dihadapannya.

"Cheng--chengxiao? "

" Kau kerja kat sini sekarang? " Chengxiao seakan tidak percaya dengan apa yang dinampaknya .

"Aku rasa lebih baik kau order dulu. Orang belakang dah tunggu"

"Aku order yang paling murah jelah. " Ujar Chengxiao tunjuk menu pilihan.

"Tunggu beberapa minit. Diorang tengah sediakan tu"

Chengxiao membayar dan menerima resit. Kemudian dia pilih meja yang berdekatan dengan kaunter.

"Aku dah balik" Luhan memakai apron. Tao tepuk bahunya

"Kau jaga kaunter. Aku nak pergi borak jap dengan kawan aku " Tao terus meninggalkan kaunter.

Luhan:

"Hai, Chengxiao" Tao meletak pesanan di meja Chengxiao

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hai, Chengxiao" Tao meletak pesanan di meja Chengxiao. Dia terus meletakkan telefon dalam beg.

"Bila kau balik sini? " Tao duduk di sebelah Chengxiao walaupun tak dipelawa. Dia buka bungkusan burger dan makan dengan pelahap kerana terlalu lapar baru sampai dari lapangan terbang.

"Aku baru balik ni lah, aku tak boleh lupakan kawan tersayang aku ni" Chengxiao mengelap mulut yang comot menggunakam tisu.

"Nasib kat sini tempat awam. Kalau tidak, dah lama aku peluk kau sebab rindu sangat" ujar Tao tersengih seperti kerang busuk yang lebih busuk.

"Kita belum kahwin weh" Chengxiao mencubit paha Tao.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Aku boleh jemput orang " Tao pandang Chengxiao macam nak telan.

"Aku nak orang macam kau tapi bukan kau" Chengxiao menolak dengan sungguh savage akademi fantasia ( af) .

"Aku difriendzonekan" Tao berlakon merajuk. Chengxiao hanya menghiraukan dan sambung makan.

Semua pekerja dan pelanggan dalam restoran pandang Tao.

Manager Tao menegur supaya jaga perangai di tempat kerja kalau taknak dihentikan dengan serta-merta.

Setelah agak lama mendiam diri, Chengxiao akhirnya muka mulut dengan bertanya khabar terbaru.
"Adik kau sekarang macamana? Sihat tak? Mesti dia dah besar sekarang ni"

Air muka Tao serta merta berubah.

"Sejak bila aku ada adik? "

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku tahu kau tak suka dengan adik kau.. Tapi sampai bila! Renjun dah besar dah pun" Chengxiao terlalu geram dengan Tao yang masih tidak berubah-rubah.

"Aku takde adik macam dia .. "

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now