Part 4

424 80 29
                                    

Selepas habis waktu persekolahan. Jalan menjadi sesak kerana ramai yang mengambil anak,adik, sepupu, atok dan lain lain pulang sekolah.

Renjun duduk di pondok menunggu bas. Dia melihat jalan yang dipenuhi kereta, motor, van, lori dan lain -lain sedang sesak kerana sekarang adalah waktu kemuncak orang balik dari kerja dan sekolah.

"Mana mama ni.. Moomin nak balik tengok kartun.. " Renjun menoleh kiri dan kanan serta merungut sambil membunuh beberapa ekor semut yang lalu di hadapannya.

Tak lama, kemudian jalan tersebut menjadi lengang semula.

Seorang pengawal keselamatan datang menghampiri kerana bimbang dengan keselamatan dia duduk di luar kawasan sekolah sedangkan cuma dia yang belum balik sedangkan semua sudah balik.

"Adik belum balik lagi ke? Adik masuk sekolah dulu. Nanti parents datang baru keluar. Banyak kes culik budak sekarang ni sebab nak organ dia" Pengawal keselamatan itu berpesan sekali dengan bebel.

Renjun mengikut apa yang dikatakan pakcik rambut belah tengah gaya tahun 2005 itu.

"Kalau mak atau ayah belum datang uncle bagitahu cikgu suruh hantar balik tau? "

Renjun mengangguk lalu tertidur di kerusi kantin kerana tunggu terlalu lama.

"Renjun, kenapa awak tidur di sini? Banyak nyamuk gigit awak nanti"

Renjun menguap dan mengosok matanya berulang kali. Setelah penglihatan lebih jelas, barulah dia tahu yang duduk di depan dia adalah guru kelas sendiri. Bukannya Puan Huang.

"Mama tak sayang moomin ke? Selalu datang ambil lambat."

Tzuyu menggeleng dan rambutnya diusap perlahan.

"Kalau dia sayang kenapa dia tak ambil awal?"

"Mungkin dia ada masalah, Renjun ada nombor dia tak? Cikgu boleh call mama suruh dia ambil cepat"

Tzuyu tahu yang Renjun tidak ingat berdasarkan mimik mukanya.

Tzuyu keluarkan telefon dan tengok jika dia simpan nombor telefon Puan Huang. Dia tekan nombor dan menunggu diangkat.
Setiausaha Puan Huang mengangkat panggilan sebab Puan Huang ada mesyuarat dengan syarikat lain.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Huang sekejap? "

"Siapa yang bercakap? " Setiausaha Puan Huang, Mark Tuan harus periksa jika ada apa-apa percakapan yang mencurigakan.

"Cikgu kepada Huang Renjun" Tzuyu membalas sambil mengigit kuku kerana terlampau cemas.

"Tentang Tuan Muda? Sila tunggu sebentar. Saya sambungkan terus ke puan"

Mark terus sambungkan panggilan ke bilik Puan Huang.

Mark tertanya-tanya siapakah yang menghubungi tadi. Sudahlah suara dia seperti isterinya. Isteri dia adalah cikgu tapi dia tidak tahu pernah kelas yang diajar oleh isterinya.

"Maafkan saya. Saya kena jawab panggilan" Puan Huang terus keluar dari bilik mesyuarat.

"Saya Puan Huang, ada apa?"

"Boleh tak puan ambil anak puan? " Tzuyu terus menjawab sebaik saja dibalas.

Puan Huang menepuk dahinya.
Macamana dia boleh lupa tentang Renjun!

"Saya akan datang ke sana. " Puan Huang mematikan panggilan dan terus mengambil beg lalu keluar dari pejabat.

"OOOHOIII~ MARK LEE! EH! MARK TUAN ! TOLONG SAYA !! " Puan Huang pergi ke bilik Mark hanya untuk bagitahu dia mahu keluar.

Kemudian Puan Huang memandu keretanya. Mark terpinga- pinga dan garu kepala yang dipenuhi kutu bahabi.

"Jangan risau, cikgu dah call mak awak" Tzuyu mengusap kepala Renjun.

"Ingat dia dah tak sayang kita dah" Renjun baling batu kerikil ke arah sekumpulan burung merpati.

"Eh jangan buat burung macamtu! Kita kena mengasihi satu sama lain" Tzuyu membersihkan tangan Renjun menggunakan tisu basah .

Kereta myvi berwarna hitam berhenti betul-betul depan pagar sekolah. Pemandunya membuka pintu.

"Maafkan mama sebab lambat! Moomin takde apa-apa ke? " Puan Huang terus mencium pipi Renjun.

"Janganlah buat macamni lagi" Renjun memuncungkan mulutnya.

Ini kalau aku jumpa mesti dah berterabur gigi anak huang ni 😂😂 .

"Mama janji perkara ini takkan berlaku lagi"

"Terima kasih sebab tolong teman anak saya. Nasib baik tak terjadi apa-apa" Puan Huang menunduk banyak kali.

"Saya cuma jalankan tugas sebagai seorang guru saja" Tzuyu menyelak rambutnya ke belakang.

"Terima kasih lagi " Puan Huang dan Renjun menunduk lagi dan masuk kereta.

Tzuyu melambai ke arah kereta itu. Renjun membuka tingkap supaya dia boleh lambai balik .

"Moomin! Kepala tu jaga-jaga! " Puan Huang memarahi Renjun kerana keluarkan kepalanya dari tingkap.

"Ouhh Sorryy! " Renjun terus duduk di tempat duduknya dan memakai tali pinggang keledar.

"Renjun nak apa? " Tanya Puan Huang yang sedang fokus memandu keretanya.

"Nak pergi taman!! "

"Sekarang tengahari. Takkan nak pergi? "

"Nak juga! " Renjun menghentak kakinya walaupun dalam kereta.

Puan Huang akur dengan permintaan anaknya dan terus memandu menuju ke taman permainan Jilin.

-TBC

[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now