Part 2

519 84 39
                                    

"Moomin, tolong kejutkan abang kamu yang tak reti bangun sendiri tu" Puan Huang sibuk menyiapkan sarapan dan bekal untuk Renjun di sekolah nanti.

Renjun mengikut arahan ibunya tanpa banyak soalan. Dia terus menuju bilik bernombor 3 yang dihuni abangnya iaitu Tao.

"Tao Gege, mama suruh moomin kejut-- "  Kata-kata Renjun terhenti apabila melihat Tao sedang bersiap untuk ke tempat kerja.

"Tak payah nak kejutkan aku lain kali. Aku dah besar pandai-pandai lah aku..Lagi satu, jangan suka-suka hati masuk bilik aku. Faham tak? " Tao memandangnya dengan pandangan jijik.

Renjun terasa hati dengan abangnya dan pergi ke dapur semula dengan airmata bercucuran.

Puan Huang terus meluru ke Renjun. Badannya dipeluk segera.

"Gege marah.. " Mukanya serta-merta merah kerana menangis.

"Tao ni.. Ada ke patut dengan budak ni pun nak marah" Puan Huang menepuk belakang badan Renjun supaya berhenti menangis.

"Jangan menangis, lelaki tak macho lah kalau menangis" Puan Huang menyeka airmata dari keluar. Renjun berhenti menangis dan duduk di meja makan.

"Kita tunggu gege sekali ya? " Puan Huang mengusap kepala Renjun sambil tunggu anak sulungnya keluar dari bilik.

Tak lama kemudian, Tao keluar dari bilik dan pakai kasut kerja di ruang tamu.

"Tak nak sarapan sekali? Sejak kebelakangan ni. Tao dah tak makan dengan mama dah. Mama masak tak sedap ke? " Soal Puan Huang dengan muka sedih .

like this ╯﹏╰

"Bukan tak sedap tapi macam mana nak makan kalau budak pembawa malang ni ada sekali"  Tao membalas tanpa pandang muka Puan Huang.

"Dia bukan pembawa malang! Dia tu anak syurga! " Puan Huang bangun dari kerusi dengan marah apabila Tao memanggil adiknya sendiri pembawa malang.

"Bukan malang mama kata? Habistu bukan dia ke penyebab baba mati? " Tao teringat kejadian yang menimpa ayahnya. Renjun pula baru berusia seminggu dan Puan Huang masih lagi dalam pantang.

Encik Huang terlibat dalam kemalangan melibatkan van dan lori. Ketika itu Encik Huang memandu kereta untuk membeli barang keperluan harian.

Tiba-tiba sebuah lori hilang kawalan dan melanggar kereta milik Encik Huang.

Encik Huang tersepit di tempat duduk dan bila berjaya dikeluarkan dari kereta. Dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana pendarahan teruk di kepala.

"Baba meninggal sebab kemalangan! Bukan sebab Renjun! " Puan Huang cuba menahan airmata daripada tumpah tapi akhirnya tumpah jua.

"Mama mesti backup budak tu sebab dia tu anak kesayangan. " Tao pegang tombol pintu untuk keluar tapi dia berhenti.

"Mama tak pernah bezakan kasih sayang kamu! "

"Renjun ni mesti anak tertukar kat hospital dulu. Keturunan kita mana ada penyakit bodoh tu"

Puan Huang terus menampar Tao kerana kata-katanya sudah melampau batas.

"Aku tak pernah harap kau dilahirkan! " Itulah kata-kata terakhir Tao sebelum meninggalkan rumah.

Renjun menangis semahunya.
Semua makanan di meja makan dibaling dan dilempar ke lantai.

Puan Huang terkejut dengan tindakan Renjun.

"Be..betul ke Moomin ni jahat? " Renjun mengesat airmatanya.

"Mana ada, Moomin kan baik. Gege penat sebab kerja kot. Gege tak marah Moomin pun"

"Kalau Moomin tak jahat kenapa gege marah? " Renjun mengesat airmata yang tidak berhenti keluar.

"Moomin baik, gege sayang moomin. Janganlah sedih-sedih lagi, kita nak pergi sekolah ni"

"Mama janji tak tinggalkan moomin? "

"Mama takkan pernah tinggalkan moomin"

++++

(BURGERKING).

"Kenapa lambat? " Tanya rakan sekerja Tao iaitu Luhan.

"Macam biasa" Tao balas dengan pendek dan memulakan kerja seperti biasa. Luhan menggeleng kepala melihat Tao.

"Kalau budak tu tak dilahirkan. Takdenya aku nak gaduh macam tadi"  Tao buat kerja sambil berborak. Luhan menghela nafas berat, dia pun dah penat nak nasihatkan Tao lagi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Dia adik kau juga, jangan lah benci dia. Dia pun tak minta dilahirkan macam ni"

Tao berhenti membuat kerja, wajah Luhan dipandang dengan tajam.

"Keturunan aku tak pernah ada macam dia. Aku syak pihak hospital tertukar anak ni. "

"Ya ampun, bersyukur lah sekurang-kurangnya kau ada adik. Tak macam aku anak tunggal" ujar Luhan.

"Kalau dia mati pun. Aku takkan pedulikan dia"

"Kau ni, aku nak tegur pun buat buang air liur aku je. Kalau kahwin nanti, takut berbalik dekat anak kau je" Luhan masuk dalam dapur dan memulakan kerja.

-TBC

Teka lagu ni. Senang je 😂

Nana na na na na hey ~
Na na na na na ohhh~
Nana na na na na hey~

Kacang bukan?  😂😂





[S1] 我的弟弟 • My Brother • Renjun 仁俊 Where stories live. Discover now