KC | 4

26.7K 2.4K 421
                                    

Promote

Stay
lilbunnys

Kami Hanya Kawan
nurayu__

Cinta Si Gadis Buta
-sweetaedy

My King
ainraudi124

Jemput baca💞

Jangan request promote dekat ruangan komen. Nanti sis lupa😂

Thank you sebab memahami😘 Buat awak yang masih tak faham bahasa, nanti sis reply dalam bahasa Jawa😇

••••••••••••••••••••


Hampir genap seminggu, Shanina masih dalam proses belajar menjadi pembantu peribadi dengan Kak Ida. Tak disangka kerja ni seronok.

Nina keluar dari pantri dengan dulang bersama secawan coklat panas. Dia bawa ke bilik Encik Ilham yang masih belum tiba. Coklat panas diletak atas meja dan dia berlalu keluar.

Tiba - tiba Encik Ilham muncul dan mereka bertembung di muka pintu.

" Assalamualaikum, selamat pagi Encik Ilham ". Sapa Nina dengan senyuman.

" Waalaikumussalam, selamat pagi juga ". Sapa Zafirul balik.

Nina beri laluan. Dia bergegas ke meja kerjanya dan ambil buku nota yang tercatatnya semua jadual kerja Encik Ilham. Dia masuk balik ke bilik bossnya.

" Encik Ilham, hari ni encik tak busy sangat. Encik tak ada meeting dengan mana - mana klien. Oh! pukul 3 petang nanti encik ada meeting untuk bincang pasal projek yang dengan kerjasama... Nilam.. Corporation ". Kata Nina. Mukanya menjadi berkerut bila terbaca nama syarikat yang paling dia anti.

Bila dia pandang Encik Ilham, lelaki itu menatapnya tanpa berkelip.

" Encik? Encik Ilham? ". Nina menegur tapi lelaki itu tetap begitu. Dia petik jari depan wajah Encik Ilham dan barulah lelaki itu tersedar.

" Ermm.. sorry pukul berapa tadi? ". Soalnya.

" Pukul 3 petang encik ada meeting tentang projek yang dengan kerjasama Nilam Corporation tu ". Ulang Nina. Nasib baik boss, kalau tak dah kena lepuk.

Lelaki itu mengangguk faham.

" Kenapa company kita mesti bekerjasama dengan Nilam Corporation? ". Soal Nina. Dia tak sukalah.

" Kenapa, tak boleh ke? ". Soal Zafirul balik.

Bukan tak boleh, tapi masalahnya sekarang, aku ni PA kau. Dah tentunya kalau kau kena jumpa Dato' Zainal aku kena ikut sekali,  Gumam Nina dalam hati. Kalau dia luah pun, bukan boleh bagi jaminan yang dia tak perlu ikut setiap kali mesyuarat.

" Saya tahu, mesti awak tak suka sebab yelah awak PA saya. Dah tentunya kalau saya kena jumpa Dato' Zainal, awak kena ikut sekali. Betul tak? ". Ujar Zafirul lalu tersenyum.

Nina terbeliak. Okay, entah kenapa dia rasa, Encik Ilham menyeramkan sekarang ini.

" Saya nak tanya satu soalan. Apa yang Dato' Zainal dah buat sebenarnya? Kalau tak ada sebab, mesti awak tak berhenti kerja ". Zafirul tetap memandang wanita di depannya.

Nina teragak - agak untuk beritahu.

" Di-dia.. dia.. raba saya ". Ungkap Nina perlahan.

Zafirul menarik nafas panjang. Dia mengangguk perlahan. Fikirnya, Nina tak tahan melihat perangai tak senonoh Dato' Zainal rupanya lelaki tua itu dah melebih. Memang siaplah kau!

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now