KC | 42

23.4K 2K 341
                                    

Tisu please 😆 Okeh konflik dah habis. Endingnya macam mana pulak? Tunggulah minggu depan.

••••••••••••••••••••
[ Myrazainal As Putri Hannisya ]


Hannisya mengangkat baju nikahnya dengan senyuman di wajah. Ada lagi tiga hari. Semua persiapan sudah pun siap dan barang-barang hantaran juga sudah disusun di ruang tamu sana.

Dia tersentak dengan deringan telefon. Pantas handphone yang berada di atas katil dicapai.

"Farhan?" Bisik Hannisya. Panggilan diangkat.

"Hello?" Hannisya sapa dulu.

"Assalamualaikum," Farhan beri salam.

"Waalaikumussalam. Ada apa you call I?" Soal Hannisya lembut.

"I.. nak bagitahu yang, I nak minta maaf.."

Hannisya berkerut.

"Minta maaf kenapa?" Jantung Hannisya berdebar.

"I tak dapat nak datang wedding you," Beritahu Farhan.

"Kenapa? Ada yang masalah ke?"

Bunyi nafas dihela kedengaran di hujung talian.

"I.. kena pergi Dubai. You ingatkan kerja I dekat Dubai tu? I'm so sorry Nisya. I tak dapat nak elak. Apa-apa pun I doakan you bahagia dengan Danish. I yakin.. satu hari nanti dia boleh terima you, dan sayang you."

Bicara Farhan seakan sedang berbisik.

"Assalamualaikum."

Belum sempat Hannisya nak balas, panggilan terus dimatikan.

"Dia tutup macam tu je.." Hannisya cuba menghubungi nombor Farhan sekali lagi.

Beberapa saat kemudian, operator yang menjawab malah menyatakan nombor Farhan sudah tiada dalam perkhidmatan.

Hannisya cuba lagi. Kali ini juga operator menyatakan benda yang sama.

"Kenapa tak boleh call ni?" Hannisya mundar-mandir dengan handphone yang masih ditangannya.

Akalnya teringat adik perempuan Farhan. Terus dia cari nombor gadis itu.

"Hmm.. nak apa?" Soal gadis itu dingin.

"Fara, erm.. abang Farhan mana?  Akak call dia tak jawablah.." Kata Hannisya.

Kedengaran Fara ketawa sinis.

"Kau nak apa lagi cari dia? Tak puas lukakan hati dia, nak tambah lagi?" Suara Fara mula naik.

Hannisya mengeluh perlahan.

"Fara, akak dah minta maaf dengan Farhan. Please, bagitahu dia dekat mana?" Rayu Hannisya.

"Aku rasa.. dia dah bagitahu kau yang dia ke Dubai. Baru je tadi gerak ke KLIA. Pergi sana pun bukan setakat kerja tapi bawa hati yang kau dah lukakan. Sepatutnya bukan hari ni dia ke sana tapi sehari selepas majlis nikah kau!" Ujar Fara.

Hannisya terdiam.

"Disebabkan dia tak sanggup nak tengok kau sah jadi milik orang lain, dia terpaksa pergi awal. Aku tak faham dengan kau ni, dah ada lelaki yang mampu sayang kau tapi tak hargai. Nak juga lelaki yang layan kau macam sampah tu!" Herdik Fara.

"Apa lagi yang tak sempurna di mata kau tentang abang aku tu? Pertama kali aku nampak air mata dia gugur sebab perbuatan kau! Lepas tu senang-senang kau jumpa dia dan minta maaf. Kau betul-betul tak fikir pasal hati dia." Fara masih membebel.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now