KC | 22

23.1K 1.9K 395
                                    

Sila beri feedback untuk chapter ini 😂😂

••••••••••••••••••••

Dari jauh matanya sudah menangkap figura Hannisya yang melangkah masuk ke dalam kafe. Gadis itu juga nampak akan dirinya dan datang mendekat. Kerusi di hadapannya ditarik dan duduk.

" Kau nak apa jumpa aku ni? Aku banyak kerjalah nak kena buat. Persiapan kahwin semua. Danish tu bukan reti nak tolong ". Bebel Hannisya.

Ingatkan kalau masalah ini diadukan pada keluarga Danish, ada perubahan tapi buang masa saja. Silap hari bulan, kursus kahwin pun dia pergi seorang diri.

" Sabar jelah. Danish tu kan kena paksa dengan kau. Siapa je yang dalam dunia nak buat benda yang dia tak suka, kan? ". Nada Luqman seperti menyindir. Sebelah keningnya terangkat.

Hannisya mencerlung.

" Kalau kau nak jumpa ni semata - mata nak sakitkan hati aku baik tak payah ". Suara Hannisya naik membalas kata Luqman.

Cukuplah Danish yang menaikkan darahnya.

" I'm saying the truth.. ".

" Ini hidup aku. Suka hati aku nak buat apa pun, kau tak payah nak sibuk ". Balas Hannisya lagi dan duduk bersandar pada kerusi sambil menyilang tangan.

" Aku terjumpa seseorang semalam ". Ujar Luqman.

" So? ".

" Nak tahu tak siapa? Aulia Zulaikha ". Beritahu Luqman.

" Apa kena mengena dengan aku? ". Hannisya mengguling anak matanya. Pergi mampuslah dengan perempuan itu.

" Kau tak rasa serba salah ke buat diorang macam ni? ". Tanya Luqman.

" Tak. Aku suka dan aku puas. Aku peduli apa kalau Danish tak setuju nak kahwin dengan aku. Janji aku dapat apa yang aku nak  dalam hidup ni ". Kata Hannisya.

" Tapi kau pentingkan diri. Tak fikir perasaan orang lain langsung ".

Hannisya ketawa sinis.

" Aku pentingkan diri dan tak fikir perasaan orang lain? Bukan aku okay tapi diorang. Diorang yang tak fikir perasaan aku. Danish tahu aku sayang dia tapi dia buat bodoh. Kau pun tahukan? ".

Luqman melepaskan keluhan. Seperti dia jangka, Hannisya akan kata begitu.

" Farhan macam mana? ". Soal Luqman. Dia perlu ingatkan Hannisya sesuatu tentang Farhan.

" Macam mana apa? ".

" Kau dah pergunakan dia. Kau tak kesian dekat dia ke? Orang tu punya sayang kau tapi kau balas macam ni. Sedarlah weh kebahagiaan kau bukan dengan Danish tapi dengan Farhan ".

Hannisya buat muka menyampah.

" Whateverlah. Pasal Farhan, tahulah aku nak uruskan dia. Kau diam - diam sudahlah ". Hannisya menjeling.

Luqman mengetap bibirnya. Kesal dengan sikap sepupunya yang seorang ini. Bagai tiada perasaan bersalah dalam hatinya mempermainkan perasaan Farhan.

" Lagi pun kalau aku lepaskan Danish supaya dia boleh bahagia dengan Aulia, tak jadi juga sebab Aulia pun akan berkahwin dengan sepupu dia. Jadi nanti kesianlah Danish. Kalau nak ubah apa - apa pun memang dah terlambat ". Kata Hannisya lalu memberi senyuman tipis.

" Mana kau tahu semua ni? ".

" Siapa lagi sumber maklumat aku kalau bukan Farhan. Memang tak sia - sialah aku pergunakan dia. Jadi baik, tanya pasal Aulia konon ambil berat padahal tak pun ".

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now