KC | 29

20.7K 1.9K 302
                                    

Promote

The Curse Girl : Eliana De La Valkyrie
eilanaelle

Milikmu
jeongcena0

Wasilah Cinta
Izfarhazmi_

Oh! My Husband Tengku
norlisahsanusi

Jemput baca cerita mereka🤗

Guys, nak tegur sikit yang pernah atau nak request promote, request dekat MB SAHAJA. Kalau dekat PM nanti sis lupa 😥 Seriously, sekarang baru sis perasan ada request yg tertinggal. Lolz 😒 sorry 😂

Satu lagi, bila dah promote pergi delete cerita tu😐 tahu tak ramai yang tanya sis kemana hilangnya cerita yang sis promote tu, why asking me, i'm not the author 😂 apa masalah sampai publish-delete ni? 🤔

Sebab tak ada viewer and voter? Chill lah guys, itu benda kecik je. Kena kuat ☺ macam mana nak ada viewer tetap kalau asyik delete je. Nnti org tk yakin nak baca cerita awak 🙂

••••••••••••••••••••

Zafirul cuma menghadap saja skrin komputer tanpa berbuat apa - apa. Dia risau dan tertanya - tanya mengapa Shanina belum masuk pejabat. Kalau ada hal penting sekali pun perlu beritahu dia terlebih dulu. Tak adalah dia risau dan kelam kabut.

Handphonenya dipandang. Tanpa membuang masa, terus handphone itu dicapai untuk menghubungi Nina. Tapi niatnya terhenti bila ada seorang gadis masuk ke dalam biliknya.

Nina berjalan ke arah mejanya dengan muka ketat. Kertas putih yang berlipat diletak atas meja.

" Surat apa ni? ". Zafirul ambil.

" Saya nak resign ". Kata Nina. Wajahnya serius.

" Tapi kenapa tiba - tiba? Awak ada dapat tawaran kerja dekat mana - mana syarikat ke? ". Soal Zafirul. Hatinya menjadi tak sedap.

" Tak. Saya dah tak nak bekerja dengan penipu ". Habis itu Nina pusing untuk keluar dari bilik tersebut.

" Wait Nina.. ". Zafirul pantas mengejar gadis itu. Lengan Nina ditarik.

" Apa lagi Zafirul Ilham?! ". Jerit Nina. Lengannya ditarik dari pegangan lelaki itu.

Zafirul menghela dan menunduk ke lantai. Cermin matanya ditanggalkan.

" Aku minta maaf ". Luah Zafirul.

Shanina tersenyum sinis.

" Maaf? Kau hilang macam tu je tanpa surat, pesanan or whatever. Sampai aku hidup dengan rasa serba salah sebab cakap bukan - bukan pada kau! Then kau tipu aku hidup - hidup menyamar jadi Encik Ilham dan buat macam tak kenal aku. Aku rasa bodoh sangat dan kau senang ucap maaf? ".

" Habis kau harapkan aku cakap apa? Aku sayang kau? Aku rindu kau? ". Balas Zafirul.

Nina cuma diam sambil menyilang tangan.

" Aku tahu aku salah sebab tu aku minta maaf ". Kata Zafirul lagi.

" Dahlah Zaf, simpan jelah maaf kau. Hubungan kita dah lama berakhir pun. Kau tukar identiti pun sebab tak nak jumpa aku.. ".

" Siapa cakap hubungan kita dah berakhir? Aku buat semua ni bersebab. Tolong bagi aku peluang untuk terangkan semuanya dari awal sampai akhir ". Zafirul merayu.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now