KC | 25

23K 1.7K 333
                                    

Promote

FriendShip Love
ayeitsumin

Do read her story 😘

Thanks masih support sis 😭 walaupun daku masih mengekalkan konflik teroks.

Gambar watak siapa lagi yang korang nak tengok?

••••••••••••••••••••
[ Media : Itsmlisaaa As Mellisa]


Usai ambil makanan yang dia mahu, kaki terus diatur ke dahan pokok mereput yang besar dan duduk. Aktiviti pertama mereka setelah sampai di Aveara Resort adalah acara barbekue. Shanina memandang gelagat rakan sepejabatnya yang lain sambil mengunyah.

Tahun ini, pengurus besar mereka berbesar hati untuk bawa mereka pergi bercuti jika sebelum ini hanya meraikannya di mana - mana hotel.

Ini menurut cerita Kak Ida lah.

Nina menoleh bila rasa ada orang duduk di sebelahnya. Dia terkejut melihat pinggan polisterin milik Maya yang penuh dengan makanan.

" Kau makan ke.. mentedarah? ". Soal Nina.

" Lebih kepada mentedarah ". Maya tersengih.

Nina cuma menggeleng. Dia yang jenis kuat makan pun tak macam Maya.

" Sikit je kau makan? ". Maya pula menyoal.

" Aku bukan macam kau. Nanti kalau aku nak makan, aku ambil lagi ".

Maya mencebik.

Nita datang dan duduk di sebelah Nina. Dari gayanya memang nampak lapar betul.

Sambil mereka semua makan, sambil itu layan juga lagu yang dinyanyikan oleh beberapa orang lelaki yang tawarkan diri untuk hiburkan mereka malam ini.

" Okay, minta perhatian.. ".

Semua menumpu ke arah Zafirul yang berdiri di tengah - tengah tempat mereka duduk dan makan.

" Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi sertai company trip ni yang boleh dikatakan hadiah untuk kamu semua yang memberi komitmen padu di IZ Holding dan In Sha Allah kalau awak semua teruskan momentum begini saya yakin satu hari nanti IZ Holding boleh jadi syarikat yang gah di Malaysia dan seterusnya antarabangsa ". Ucapan Zafirul mendapat tepukan dan sorakan semangat daripada pekerjanya.

" Dan saya mewakili ayah dan ibu saya sendiri ingin memohon maaf kerana mereka tidak dapat sertai kita diatas urusan tertentu.. ". Kata Zafirul lagi.

" Tak apa boss, tahun depan kita buat macam ni lagi. Tapi boss kena bawa isteri sekali tau ". Kata Hisyam.

Zafirul hanya senyum.

" In Sha Allah ". Itu saja yang dia mampu balas.

" Aik boss, macam dah ada calon je. Orang tu ke? ". Usik Miqael dan sempat dia mengerling pada Nina yang menghadap makanannya.

" Siapa? ". Zafirul masih bertanya. Takkanlah dia?

" Alah boss, kura - kura dalam perahu.. buat - buat tak tahu ". Azim sambung mengusik diselangi tawa beberapa orang pekerja.

" PA boss lah siapa lagi ". Nita menyahut tiba - tiba.

Nina terkejut dan menolak bahu Nita. Minah ni memang nak kena siku kepalanya dengan aku. Malu tahu tak?

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now