KC | 34

22.6K 1.8K 258
                                    

Promote

Dear, Mr Crush
Zura Atau Ain
ain2723

Do read her stories 🤗

Sila buka lagu di atas masa part Farhan, terima kasih 😊

Kan dah kata, kalau bosan / penat / hati tak kebal.. jangan baca dan jangan terdetik lagi untuk baca.

••••••••••••••••••••

[ Hafiz Fahmi As Luqman Zarith ]

Aulia Zulaikha menutup komputer ribanya. Baki kerjanya akan disiapkan esok. Dia termenung seketika dan teringat kata - kata Farisha petang tadi.

" Aulia, benda ni hal kecil je tapi kenapa kau nak perbesarkan? Semua ni peluang untuk kau kumpul kenangan dengan Danish sebelum kau sah jadi hak Emir.. ".

Aulia mengeluh berat. Kumpul kenangan? Belum tentu lagi nanti dia mampu simpan semua itu.

Dia tak tahu nak fikir apa lagi. Hanya mampu pasrah saja. Malas dia nak ambil peduli kalau orang nak kata dia tak ada usaha kerana tak ada yang mampu faham.

Dia seolah diikat dengan tali. Dia sendiri yang tahu bagaimana susahnya bergelut untuk lepaskan diri sedangkan orang lain.. cuma nampak usaha dia kecil tapi seksanya bukan mereka yang rasa.

Aulia keluarkan buku diari dari laci meja kerjanya. Dibuka pada helaian yang kosong kemudian tulis sesuatu.

- Jika cinta itu mudah, semua orang mampu memilikinya...


" Tapi semuanya menjadi rumit bila ada halangan ". Kata Aulia perlahan.

Hujung jarinya merasakan timbulan tulisan di sebalik helaian kertas itu. Aulia selak dan memang ada tulisan tangan dengan dakwat pen hitam.

Aulia berkerut.

" Ini bukan tulisan aku ". Aulia yakin itu bukan tulisannya. Dia cuba bandingkan tulisan tersebut dengan tulisan tangannya di helaian lain.

" Jika rindu dan cinta tidak sekuat ombak di pantai.. Jadikan rindu dan cinta itu seutuh doa yang menyatukan harapan ".

Terangkat kening Aulia. Boleh tahan juga ayat ni. Siapa pula yang berani ceroboh diarinya? Mesti orang tu dah baca isi dalam buku ini. Kalau tidak, tak adanya muncul ayat pujangga macam ni.

" Kalau aku tahu, aku belasah orang tu.. ". Gumam Aulia.

Doa?

Dia tak pernah lupa setiap kali selesai solat. Bukan sahaja doa untuk bersama Danish tapi doa agar Allah kuatkan hatinya jika mereka tak ditakdirkan bersama.

" Akak.. ".

Aulia terkejut. Buku diarinya pantas ditutup kemudian kerusinya dipusing ke belakang.

" Kenapa gelabah semacam? ". Soal Adam.

" Mana ada. Kenapa ni? ". Tanya Aulia pula.

" Adam nak minta maaf sebab terkasar sikit dengan akak petang tadi ". Ujar Adam.

" Tak apa. Salah akak sebenarnya. Tak perlu minta maaf ". Aulia mengaku dirinya yang salah kerana tuduh secara melulu.

" Akak dah tahu ke siapa yang buat? ".

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now