KC | 33

20.1K 1.7K 127
                                    

Promote

Sebab, Aku Sayang Kau!
scorpbien

Do read her story 😊

Sertai satu aktiviti yang dianjurkan AmbassadorsMY sepanjang bulan April iaitu Fiesta April 😄 Sokong Wattpad Malaysia!

Maaf, bosan 😁

••••••••••••••••••••

Danish tunduk ke bawah. Wajahnya muram. Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian dilepaskan.

" Bangun semua ".

Danish bangun bila mendengar arahan itu.

" Duduk semua ". Kata Hakim dan semua yang ada dalam mahkamah itu duduk.

Jantung Danish berdebar. Hari ini merupakan hari terakhir dan keputusan kes ini akan dibacakan sebentar lagi. Setelah semua keterangan dikorek dan dikupas untuk menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Dia tak boleh terlalu yakin pihaknya akan menang perbicaraan ini, hanya mampu usaha dan hakim sendiri akan nilai.

" Perbicaraan Arash Rafiqi Bin Zulkarnain berakhir hari ini. Telah mendapat semua keterangan dari kedua belah pihak dan mahkamah sudah dapat kesimpulan. Dengan ini mahkamah membuat keputusan bahawa defendant, Arash Rafiqi Bin Zulkarnain didapati bersalah cubaan membunuh dan dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun ". Hakim ketuk palu sebanyak tiga kali usai berbicara.

Danish tersenyum. Kes pertama yang dikendalikan membawa kemenangan. Yang benar tetap benar dan salah tetap salah.

" Bangun semua ". Sekali lagi mereka diarahkan berbuat demikian bila hakim berjalan keluar dari bilik mahkamah.

Danish memerhati Arash Rafiqi yang mula dibawa pergi oleh seorang anggota polis.

Bahu Danish ditepuk dari belakang. Dia pusing.

" Terima kasih Encik Danish. Kami bangga dan puas dengan komitmen yang awak beri ". Kata Darwish. Mereka berdua bersalaman.

" Keadilan akan berpihak pada yang benar. Saya cuma buat kerja saya ". Balas Danish tersenyum.

" Hope to see you again, Encik Danish. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum ". Darwish dan ahli keluarganya yang lain menapak pergi.

" Waalaikumussalam ". Danish mengemas barang - barangnya dan berjalan keluar dari bilik mahkamah.

" Kes orang dah selesai. Kes aku entah bila nak selesai.. ". Monolog Danish sendiri.

Masuk saja ke dalam kereta, enjin dihidupkan. Danish memeriksa handphonenya takut jika ada sesiapa yang buat panggilan.

Ada beberapa mesej dan panggilan daripada Hannisya. Dahi Danish berkerut bila ternampak nombor yang tidak dikenali menghantar mesej kepadanya.

Mesej daripada nombor itu ditekan.

+60 11 630 1003
Aku nak jumpa kau. Aku tunggu kau tengah hari esok dekat Kafe Ammaraa Jalan Angsana, table nombor 17

Bila Danish lihat si pemilik nombor ini sedang online, pantas jarinya menaip.

Kau siapa?

+60 11 630 1003
Kau akan tahu nanti

Danish mematikan handphonenya. Keretanya terus dipandu keluar dari perkarangan mahkamah itu.

Sementara itu, di pejabat Aulia termangu sendiri. Sekejap pelipisnya digaru sekejap dia mengeluh.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now