KC | 13

22.9K 1.9K 270
                                    

Tahniah pada Saraqhr  bts_2004  Angell_sky_  ainraudi124  kyrinqis kerana memenangi Shieyruna's Giveaways😊

••••••••••••••••••••

Zafirul fokus pada skrin komputer lantas mencapai handphone miliknya yang menjerit minta diangkat. Ikon hijau digesek ke tepi tanpa melihat nama si pemanggil. Matanya kembali terarah pada skrin komputer.

" Hello, ".

" Hello, siapa ni? ". Soal Zafirul.

" Hey bro, kau tak save nombor aku ke? ".

Zafirul melihat skrin handphonenya. Nama Syah tertera di situ. Handphone kembali dilekap ke telinga.

" Sorry, aku tak tengok nama tadi ". Jelas Zafirul.

" Busy sangat ke? ". Soal si pemanggil iaitu Syah merangkap rakannya dalam dunia perniagaan ini.

" Tak ada busy sangat. Cuma.. akukan kalau buat kerja fokus ". Kata Zafirul. Nadanya seperti memuji diri sendiri buatkan Syah ketawa kecil.

" Zaf, aku dekat parking lot IZ Holding ni. Baru sampai. Nak melawat kau boleh? ".

" Kenapa? ". Soal Zafirul balik.

" Aku bosanlah. Lagi pun kerja aku tak banyak hari ni. Bolehlah aku nak melawat kau ". Pujuk Syah.

" Haa yelah. Ehh tapi, kalau kau berurusan dengan PA aku, tolong jangan sebut nama Zafirul? Kau panggil aku Ilham aje ". Pesan Zafirul awal - awal.

" Haa.. okay ".

Talian dimatikan. Zafirul sambung buat kerja.

Sementara itu, Nina menutup mulutnya menguap. Mata kalau dah nampak nombor memang alamatnya mengantuklah.

Tidak lama kemudian, dia merasakan ada seseorang berdiri di hadapannya.

Nina mendongak.

" Hai, ". Sapa lelaki itu dengan senyuman.

" Err.. hai Encik.. ".

" Syah ". Sambung Syah. Dia menghulur tangan untuk bersalam.

" Ohh.. but sorry, saya tak salam lelaki ". Belum sempat Nina bertanya lebih lanjut, kedengaran pintu bilik bossnya terbuka. Kedua - dua mereka menoleh.

Syah tersenyum bila nampak rakannya.

" Hey, Za... Ilham ". Syah pantas membetulkan kesilapannya bila lelaki di hadapannya sudah menjegil mata.

" Hey dude, masuklah. Nina, buatkan air ya ". Zafirul beri arahan kemudian masuk ke dalam biliknya.

Nina berkerut. Kenapa dia rasa seperti Encik Ilham sembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya? Dia pantas menggeleng. Kalau ada sekali pun, dia tiada hak untuk ambil tahu.

Nina terus ke pantri untuk membuat air meskipun dalam kepalanya sarat dengan pelbagai soalan. Tapi dia malas nak fikir.

Di dalam bilik kerja Zafirul, mereka berdua duduk di satu ruang yang sudah dilengkapi set sofa dan meja kopi untuk berehat atau membuat perbincangan dengan pekerja atau kliennya.

" Hampir aje kantoi ". Kata Zafirul.

" Sorrylah. Aku nampak PA kau tadi terus lost everything. Not bad.. she's cute ". Komen Syah.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now