KC | 11

25.2K 2K 275
                                    

Pintu ditolak ke dalam dan mata tertancap pada seorang lelaki yang duduk bersandar di sofa. Dia berlalu ke kabinet dan membuat air minuman untuk dirinya dan lelaki itu. Kemudian kedua - dua mug itu dibawa dan dia duduk di sofa.

" Dua tiga hari ni aku tengok kau bad mood je. Ada masalah ke? ". Soal Fahmie dan meletakkan mug di hadapan kawannya.

" Tak ada apalah ". Jawab Emir Iskandar lemah.

" Walaupun aku baru kenal kau tiga tahun, tapi aku tahu muka macam ni mesti ada masalah peribadi. Tak akan kau ada masalah dengan patient pula kan? ". Ujar Fahmie sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

" Pasal tunang aku si Aulia tu, ".

Fahmie meletakkan semula mug setelah minum sedikit.

" Kenapa dengan dia? ".

" Ex boyfriend dia muncul balik. Satu tempat kerja pula tu ". Jelas Emir lalu mengeluh perlahan.

" Laa.. ex boyfriend dia je. Kau risau bagai nak rak kenapa? ". Soal Fahmie lagi.

" Sebab diorang masih ada perasaan antara satu sama lain lah aku risau. Aku tahu Aulia masih sayang kan lelaki tu. Diorang putus pun sebab lelaki tu sayang perempuan lain ".

Fahmie berkerut.

" Okay lah tu kalau lelaki tu ada perempuan lain. Maknanya, diaorang tak akan bersama semula ". Fahmie ambil mugnya dan menghirup airnya. Dia kembali memandang Emir yang diam.

" Kenapa kau diam? ".

" Kalau betul lelaki tu sayang perempuan lain kenapa dia nak fight dengan aku untuk dapatkan Aulia? ". Soal Emir. Dia juga pelik.

" Maybe sebab dia dah putus dengan perempuan tu. Habis Aulia macam mana? Dia nak dekat ex boyfriend dia balik? ". Tanya Fahmie. Rumit juga masalah mereka ni.

Emir menggeleng tidak tahu.

" Aku tak tahu. Dulu masa lelaki tu hilang, dia nangis teruk. Tapi bila lelaki tu muncul balik.. entahlah. Dia macam nak mengelak dan nak jauhkan diri ". Jawab Emir. Itu apa yang dia nampak pada hari dia terjumpa Danish.

" Aku rasa.. Aulia memang masih sayang dekat lelaki tu tapi mungkin dia teringat apa yang lelaki tu dah buat, tu yang dia jadi benci. Ehh tapi serious aku tak faham juga dengan Aulia. Kau kena tanya dialah ". Jelas Fahmie. Dia sendiri ragu - ragu dengan kata - katanya tentang masalah mereka.

Malah dia langsung tak ada pengalaman untuk hal sebegini.

" Tapi aku tak nak hilang Aulia. Aku sayang dia weh. Nak tak nak aku kena fight jugalah ". Putus Emir.

" Terpulang kau nak buat apa. Aku tak ada pengalaman dalam hal macam ni tapi daripada pandangan aku.. kau kena mengalah kalau cinta antara diorang lebih kuat ".

" Sebab kalau kau halang macam mana sekali pun, kau cuba pisahkan dengan cara apa pun.. kalau jodoh diorang, diorang tetap akan bersatu dengan izin Allah. Nilai cinta diorang dengan hati kau. Jangan ikut kehendak nafsu sendiri untuk jadikan Aulia milik kau but at the end, Aulia tak bahagia pun dengan kau ". Nasihat Fahmie panjang buat Emir.

" Mencintai tak semestinya memiliki bro. Aku cuma bagi nasihat tapi keputusan terserah pada kau ". Fahmie menepuk bahu Emir dan beredar keluar dari bilik.

Emir senyap dan cuba menghadam kata - kata Fahmie. Dia belum boleh buat keputusan lagi. Apa - apa pun, dia tetap dengan pertaruhan antara dia dengan Danish Aryan.

***

Aulia melangkah ke arah keretanya. Tengah hari ini dia ada temujanji dengan seorang kliennya bagi membincangkan sedikit masalah yang dia hadapi sekali gus kumpul maklumat.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now