KC | 43

23K 1.8K 192
                                    

Promote

Tiada Penghujung
madamoiselle29

4 Mr. tengku VS 4 Mrs. Tengku
_aniss06

Jemput baca. Jangan malu-malu 💋

Penulis tidak cuti pada hari pekerja 😂

Adakah kisah Danish dan Aulia berakhir seperti yang diharapkan semua atau cuma janji manis penulis pada pembacanya?

Buat korang yang tak pernah give up support sis dan story ni, tak pernah lupa vote dan komen.. ini hadiah untuk korang 😘

Double update. Maaf kalau tak best 🙄

••••••••••••••••••••

Semua yang duduk di meja termenung sendiri memikirkan perihal yang sudah berlaku. Pernikahan Danish dan Hannisya yang sepatutnya berlangsung minggu lepas telah dibatalkan.

Mereka langsung tak sangka Farhan dan Hannisya ada hubungan dalam diam selama ini. Cerita Danish, dia sendiri tak tahu apa yang berlaku.

Yang pastinya Hannisya masih bertemankan air mata atas kesalahannya pada Farhan dan kegagalannya menebus silap pada Danish dan Aulia.

Mereka sendiri tak dapat hubungi Farhan. Perlukah buat rakan-rakannya begini?

"Okey, sekarang kita nak buat apa?" Soal Imran.

"Buat bodoh jelah. Nak buat apa lagi. Aku pun dah mati akal." Balas Ashraf lalu mengeluh.

"Selama ni kau ada akal ke?" Imran membalas.

"Babeng mu!" Ashraf ambil ais dalam gelas minumannya dan dibaling pada Imran. Tak sempat Imran nak mengelak, ais batu itu terkena tepat di mata kanannya.

Imran gelak. Mana taknya, perangai tetap sengal dari dulu sampai sekarang.

"Sekarang Aulia dah buang Danish. Aku ingatkan dia-" Kata-kata Nina dipintas Syaf.

"Kita tak tahu apa yang berlaku. Babe, kalau Aulia dah benci dan penat dengan Danish.. dari dulu lagi dia dah buang. Kenapa dalam lapan tahun ni dia masih pertahankan? Mesti ada yang desak dia.."

"Mesti si Emir tu! Puaslah hati dia sekarang?!" Bentak Zafirul.

"Nak marah pun tak guna. Lagi dua minggu je. Lagi pun, siapalah kita nak lawan papa Aulia tu? Dia wali dan ada hak ke atas Aulia. Redha jelah." Kata Ashraf.

"Aku tak puas hatilah. Nisya lambat sedar semua ni.." Farisha tetap tidak puas hati. Seandainya semua ini berlaku lebih awal, mungkin Danish dan Aulia punya peluang walaupun senipis kulit bawang.

"Kalau dia sedar lebih awal pun, bapa dia tetap dengan keputusan. Apa je kita boleh buat?" Kata Ashraf. Dia sememangnya sudah pasrah jika inilah pengakhirannya.

"Yang si Farhan ni pun satu hal. Kalau nak merajuk pun janganlah babitkan kita sekali. Ini call dia pun tak dapat. Aku lepuk juga namat ni nanti" Zafirul bengang.

Ada antara mereka diam dan ada pula mengangkat bahu tidak tahu. Sukar nak gambarkan perasaan masing-masing. Kecewa? Sedih?

Farisha yang duduk di sebelah Nina terus capai lengan gadis itu dan digoyangkan.

"Nina.. kenapa mulut kau tak masin? Doalah sesuatu.." Rengek Farisha

Nina sudah mengeluh. Ingat mulutnya ada jampi serapah ke? Dalam masa dua minggu ini saja dia berharap mungkin papa Aulia akan berlembut hati.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now