KC | 26

21.5K 1.7K 233
                                    

Promote

Pengawas Dingin
Cinta Langit Biru
ganms_

Cinta 4 Darab 1
Minah Kepala Baldi
Lawak Short Story
The Wizard School Princess
GrangerPink13

Hipotesis Cinta
nabillansr

Dia, Wattfamous?!
Alisya27

Do read their story 😘

Sorry lambat sikit. Busy uruskan pemilihan course untuk sambung study 😥

Gambar watak nanti sis akan letak dekat chapter lain 😊

Oh yeah nak bagitahu, sis dah susun balik jalan cerita ni bagi kurang sikit konflik dia 😂 sepatutnya ada 55 bab dan bila diperbaharui ada 46 bab kesemuanya. Enjoylah 😂

••••••••••••••••••••
[ Media : Nrztiey As Alia ]




Aulia Zulaikha tetap pandang pada sebuah meja yang sudah tiga hari kosong tidak berpenghuni. Puas sudah dia fikir tentang lelaki itu. Nak tanya, nanti apa pula kata mereka tiba - tiba saja tanya tentang Danish.

" Takkan perbicaraan kes kut. Atau dia sakit? ". Aulia berbisik sendiri.

Aulia mengeluh kecewa. Rasa nak ketuk pukul tampar diri sendiri. Masa macam ni tahu pula risau, tahu pula rindu tapi kenapa mulut susah sangat nak luah isi hatinya?

Aulia selalu berharap dia punya kekuatan untuk lakukan apa yang dia mahu.

" Ha! ".

Aulia tersentak disergah Fina. Dadanya dipegang. Betapa laju jantungnya berdegup. Kalau hari - hari macam ni, boleh sakit jantung dibuatnya.

" Kau jangan ingat aku tak nampak eh ". Kata Fina. Jari telunjuknya dihala ke Aulia.

" Nampak apa? ". Soal Aulia.

" Kau dari tadi pandang meja Danish. Rindu ler tu crush tak datang kerja ". Fina ketawa mengekek.

" Mana ada. Aku termenung je dan kebetulan pula kau nampak macam aku ni pandang meja Danish ". Sepantas kilat Aulia cipta alasan.

" Jangan nak menipu.. Ini Fina lah. Dah termenung lepas tu membebel sendiri lepas tu pandang balik meja Danish, apa benda tu? ". Balas Fina. Ayatnya cuba memerangkap Aulia.

" Kau ni memang 24 jam tengok aku ke? ". Soal Aulia balik. Tak selamat betul kalau minah ada. Dahlah pancaindera keenam dia kuat. Apa tu pancaindera keenam? Naluri.

" Hahaha.. aku memang suka tengok orang. Tengok diorang tengah buat apa ". Fina tersenyum. Nanti kalau jumpa perangai pelik, boleh usik sikit - sikit.

" Gila. Kau.. tahu ke kenapa Danish tak datang kerja? ".

Fina menggeleng. Dia sendiri juga tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang.

" Sakit kut, ". Jawab Fina cuma meneka.

Dalam diam Aulia mengeluh.

Ya, sakit. Sakit hati dengan kata - katanya tempoh hari? Dia sendiri juga sakit hati dengan apa yang sudah dia lakukan.

" Weh, bagitahu lah kau dengan Danish ada apa - apa ke? ". Desak Fina.

" Kenapa kau nak tahu sangat. Kalau aku cakap tak ada, kau nak pergi mengurat dia ke? ". Soal Aulia balik.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now