KC | 14

24K 1.9K 537
                                    

Promote

Rose Khairina
Alisya27

Kau Aku Punya La Wei
Kau Milikku
themiralee_

Iris Dahlia
izaiyatiismail

Between Me And Him!
LadyMtrisya

Jemput baca😊

I've tried my best buat scene kerja doktor tapi bukan pembedahanlah ye😹 Maaf diatas salah dan silap.

••••••••••••••••••••

Ambulans berhenti tepat di hadapan pintu kecemasan hospital. Pintu ambulans dibuka dan menolak keluar katil beroda yang menempatkan seorang mangsa kemalangan. Katil itu ditolak masuk ke dalam sebuah bilik.

Beberapa orang doktor menolak pintu bilik tersebut dan ada yang mendekati pesakit.

Emir memakai topeng mulut berwarna hijau dan talinya diikat ke belakang kepala. Kedua tangannya pula disarung dengan sarung tangan getah.

Semua yang ada di dalam bilik kecemasan itu melakukan bahagian masing - masing.

Emir mula membersihkan darah yang melumuri wajah pesakit yang tidak sedarkan diri. Heart rate monitor mula kedengaran saat seorang jururawat menampal heart detector pada dada pesakit. Dalam perjalanan ke hospital pesakit sudah dipakaikan dengan cervical collar untuk menampung leher pesakit yang cedera.

Memandangkan mangsa tidak sedarkan diri, mereka semua berusaha mencari sebarang kecederaan dalaman yang mungkin memberi komplikasi yang mereka tidak tahu.

Keadaan agak bising dengan suara para doktor dan jururawat yang bertungkus lumus cuba menyelamatkan mangsa.

Ada diantara mereka yang melakukan GCS untuk mengetahui sejauh mana sistem saraf mangsa berfungsi. Semua bergerak pantas kerana takut jika mereka lambat kesan, mangsa tidak dapat diselamatkan.

Kecederaan pada bahagian dalam badan antara yang paling sukar untuk dikesan tambah pula mangsa pengsan dan tidak dapat berkomunikasi dengan mereka bagi mendapatkan maklumat bahagian dalam badan mana yang sakit.

Seorang jururawat menyerahkan lampu suluh kecil pada Emir dan mula memeriksa bahagian mata. Bawah mata mangsa mula membiru. Emir membuka kelopak mata mangsa dan menyuluh.

" Anak mata tiada tindak balas ". Kata Emir pada seorang doktor berdekatannya.

Dua orang doktor menghampiri mereka bagi melaporkan beberapa kecederaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang mereka kesan pada anggota mangsa yang lain.

" Bahagian tulang pada kaki kanan sedikit lari. Kalau betulkan semula memang susah dengan tulang pehanya patah teruk ". Kata seorang doktor berbangsa cina, Dr. Chan.

" Jadi siapkan prosedur untuk lakukan pembedahan nanti ". Kata Emir.

" Tapi macam mana dengan tiada tindak balas pada anak mata? Sistem sarafnya masih dikesan berfungsi. Kita tak pernah terkena situasi begini.. ". Kata Dr. Sarah lalu memandang mangsa kemalangan ini.

" Ada kecederaan di kepala mungkin ada masalah pada bahagian otaknya. Jadi, kita buat CT scan ".

Semua mengangguk setuju dengan cadangan Emir. Mereka mengarahkan yang lain untuk sama - sama bawa katil ini ke bilik CT scan.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now