KC | 40

22K 1.9K 202
                                    

Promote

Suamiku Mr Aryan Nufail
Xinxshrekk

Cinta Kerana Duit!
zafina_nabiq

Read their story

Sudah sediakan tisu? Dah tahu sangat korang susah nak terima benda ni 😂 Sila redho.

Kita ada 6 bab lagi 😢

••••••••••••••••••••


Encik Ridhuan turun ke ruang tamu usai saja solat Zuhur. Dia langsung tak nampak kelibat isterinya. Atau sudah ke rumah jiran - jiran hantar kek cawan yang baru dibuatnya?

Di ruang tamu, Encik Ridhuan ambil tempat di sofa. Meja kopi yang ada komputer riba dan telefon bimbit milik Aulia dipandang saja. Baru saja dia nak belek bukunya, bunyi handphone berdering.

Mata Encik Ridhuan pandang handphone milik Aulia. Terus dia capai dan baca nama si pemanggil.

Danish. Handphone diletak di ribanya.

Encik Ridhuan agak pelik bila Danish asyik menghubungi Aulia sedangkan lelaki itu akan berkahwin dengan orang lain tidak lama lagi. Adakah masih tidak mahu mengalah untuk mendapatkan Aulia?

Tiga kali handphone Aulia berdering tapi dibiarkan saja atas ribanya. Beberapa detik kemudian, Aulia muncul.

Encik Ridhuan memandang sekilas. Aulia seperti mahu naik ke biliknya.

" Tadi Danish call. Tak tahulah nak apa tu, ". Encik Ridhuan bersuara.

Jantung Aulia bagai nak tercabut. Danish hubunginya? Aulia cari handphonenya tapi tak ada. Jangan kata yang handphonenya pada papanya.

Nafasnya tidak teratur. Apa dia nak jawab dengan papanya? Dia nampak papanya sudah tutup buku dan pandang dirinya. Handphone miliknya diangkat.

Ahh sudah!

" Papa nak tanya, Lia ada hubungan lagi dengan dia? ".

Aulia menggeleng.

" Dah tu kenapa dia call? Tak sedar ke dah nak kahwin dengan orang lain? Tak sedar ke Lia tu dah bertunang dengan orang lain? ". Bertubi - tubi Encik Ridhuan menyoal.

Aulia tidak tahu tak nak jawab apa dan masa itu juga handphone Aulia berdeting tanda ada mesej baru masuk.

Encik Ridhuan periksa. Tetingkap untuk menunjukkan notifikasi diseret ke bawah.

Aulia pejam mata. Kenapa dia lalai boleh tinggalkan handphone merata - rata.

" Dia ajak jumpa, petang ni. Katanya ada benda penting yang dia nak cakap ". Beritahu Encik Ridhuan.

Aulia tidak pandang papanya.

" Papa izinkan untuk Aulia jumpa dia, ". Ujar Encik Ridhuan. Aulia angkat muka pandang Encik Ridhuan. Terkejut juga dia bila papanya kata begitu.

" Tapi pastikan, ini kali terakhir Lia jumpa dia. Papa beri kepercayaan pada Lia untuk jumpa dia dan bincang apa yang patut. Kalau dia jumpa sebab masih nakkan kamu... ". Ayat Encik Ridhuan tergantung. Dia meletakkan handphone Aulia di atas meja kopi.

" Papa rasa Aulia faham apa yang papa nak katakan. Kalau dia masih berdegil, papa sendiri yang akan cakap dengan dia ". Sambung Encik Ridhuan.

Mata Aulia panas dengan air mata. Komputer ribanya ditutup dan berlalu naik ke atas. Sampai di puncak tangga terus gugur air matanya.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now