KC | 5

27K 2.9K 612
                                    

Promote

Untuk Isteriku
f_adlina_

Prince Dalam Hati
izzaofficial_

Kau Aku Punya!
littlepiew_

Read their story😘

Buat hadek - hadek sekalian, sekolah dah nak mula😆  Jadi kak Shie akan update setiap Jumaat dan Sabtu. Okey?

Nak 1K votes boleh? HAHAHA😹

••••••••••••••••••••


Adila meninjau anak saudaranya yang duduk di buaian di luar rumah. Katanya nak baca novel tapi bila ditengok, termenung pula. Dia mendekati Aulia dan duduk di sebelah gadis itu.

Gadis itu tersentak.

" Maksu, Aisya dah tidur ke? ". Soal Aulia.

" Dah. Lepas je minum susu terus lelap ". Jawab Adila.

" Baru ingat nak main dengan dia ". Ujar Aulia. Geram dia dengan adik sepupunya yang seorang itu. Comel!

" Lia memang suka termenung eh? Sejak datang sini, maksu tengok Lia asyik termenung. Teringat siapa? ". Soal Adila lalu menoleh pada Aulia. Itulah yang dia dapat perhatikan sejak Aulia tiba di rumahnya. Pantang duduk keseorangan pasti akan termenung.

" Mana ada. Tak ada teringat dekat sesiapa ". Aulia menafikan. Kadang - kadang dia sendiri tak tahu kenapa dia termenung.

" Yelah tu. Selalunya orang yang termenung ni banyak masalah. Kalau Lia nak share dengan maksu, boleh je. Maksu sedia dengar ". Adila senyum nipis.

Lama Aulia diam. Memang betul, banyak benda yang dia sedang fikirkan sekarang ini.

" Maksu rasa.. betul ke, apa yang Lia buat ni? Dah lapan tahun bertunang tapi tarikh perkahwinan tak tetapkan lagi ". Aulia tunduk. Kalau putuskan bermakna, dia langgar syarat. Papanya boleh kahwinkan dia dengan Emir bila - bila masa saja.

" Lia buat macam tu sebab apa? ". Adila menyoal.

" Sebab Lia tak nak kahwin dengan abang Emir. Lia tak ada perasaan pun pada dia.. ".

" Dan Lia masih sayang dekat arwah, betul tak? Lia, buat apa simpan perasaan pada orang yang dah tak ada. Benda ni akan menjejaskan kehidupan Lia ". Jelas Adila. Lihat saja, Aulia tak pernah buka hatinya untuk mana - mana lelaki.

" Lia dah cuba lah maksu. Tapi tak boleh. Makin Lia cuba, makin hati ni sayang. I don't know why ". Dia melepaskan keluhan.

Mungkin sebab, Adam selalu sebut nama arwah. Mungkin juga sebab kapsyen lelaki misteri yang seolah - olah bagi dia kekuatan untuk terus setia. Dan mungkin juga, dia masih simpan segala kenangan dia dengan Danish dalam bilik.

" Cantiklah rantai tangan ni. Beli dekat mana? ". Tanya Adila sambil membelek rantai tangan di pergelangan Aulia.

" Arwah bagi dulu ". Kata Aulia perlahan.

Adila mengangguk perlahan.

" Lia, maksu cuma nak cakap kalau Lia terus macam ni.. sampai bila - bila pun Lia tak akan bahagia ". Ujar Adila.

Aulia pandang maksunya.

" Lia kena lepas dia. For your sake ". Adila menggenggam tangan Aulia.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now