KC | 18

22.2K 1.8K 223
                                    

Promote💕

Forever Our Love
jiehahhhh

Gadis Pujaan Setan
Qalam Cinta Dari-Nya
Lyasfia___

Pembuli Itu Suami Aku?!
ong_baozi

Do read their story😻

Sorry dapat update 1 Bab je sebab tengah tak sihat🙀
And rajin2 kan diri usya MB sis selalu sebab kat situ nanti sis inform pape pasal KC dan story yang lain😉

••••••••••••••••••••

" Aku nak tanya kau sikit kau boleh tak? ".

Ada antara yang angkat kepala memandang Azim. Shanina juga begitu.

" Nak tanya siapa? ". Soal Nina.

" Kaulah ". Kata Azim. Nina hanya diam membiarkan Azim mengeluarkan soalan.

" Kau tahu tak sebab kenapa projek dengan Nilam Properties tu dibatalkan? ". Soal Azim.

Kunyahan Nina menjadi perlahan. Ini yang dia benci ni. Bukan apa, sejak kejadian hari itu, dia fobia dengan nama Nilam Properties apatah lagi kalau dengar nama orang tua gila tu. Rasa macam nak kena demam panas tahu tak!

" Kenapa kau tanya aku pula? ". Soal Nina balik.

" Yelah, kau kan PA boss mesti tahu benda - benda macam ni ". Miqael pula mencelah.

" Tapi aku bukan bini dia sampai tahu semua benda ". Balas Nina. Tak akan nak cerita apa yang orang tua gila tu nak buat padanya dan itulah penyebab IZ Holding batalkan kerjasama dengan Nilam Properties.

Tak kuasa nak buka cerita lama.

" Tak akan kau tak tahu. Kau ikut boss setiap kali meeting kut. Lagipun company kita labur berjuta ringgit juga untuk projek ni. Tak akan tak ada sebab. Duit tu, rugi ". Kata Maya.

Nina menggaru pelipisnya.

" Aku tak tahu nak cakap macam manalah. Susah tahu, susah. Dia complicated nak terangkan. Dahlah daripada korang sibukkan hal tu, baik makan sebab lepas ni nak pergi solat ". Nina menyuap.

Miqael merapatkan sikit kepalanya pada Nina.

" Ke... Dato' Zainal tu ada buat apa - apa dekat kau ".

Nina rasa nak tercekik dengan kata - kata Miqael tapi ada juga rasa nak mencekik leher lelaki itu. Macam mana boleh mamat ni boleh terfikir begitu? Tepat pula tu.

" Macam mana kau boleh terfikir macam tu? ". Soal Nina pada Miqael.

" Pftt.. aku rasa satu Malaysia tahu perangai miang Dato' Zainal. Tapi logik juga apa yang Miqa kata. Mesti si tua miang tu nak apa - apakan kau, itu yang boss pun marah. Bila boss marah, dia batalkan projek bersatu ni sebab boss tak nak orang yang dia sayang- ".

" Dah dah tak payah nak merepek, nak reka drama dekat sini ". Pintas Nina. Terus dia rasa tak boleh bernafas dengan kata - kata Nita. Mulalah tu nak mengarut.

" Tapi kalau betul boss tu ada hati pada kau, memang untunglah kau. Lagi pun kau single, kan? Boss pun single apa.. ". Maya pula menyambung dengan pernyataan merepek.

" Mana kau tahu aku single? ". Nina menyoal serius.

Maya terkulat - kulat.

" Aku tak pernah nampak pun kau on the phone lama - lama, tak pernah nampak kau lunch dengan lelaki. Single lah tu.. ". Jawab Maya. Suaranya semakin perlahan bila tiba di penghujung ayat.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now