KC | 17

21K 1.8K 274
                                    

Promote💕

Harapan Terakhir
nashkeey

Baca cerita dia😊

Konflik tak lama mana pun🤗 Lepas hujan kan muncul pelangi even tak selalu😂

••••••••••••••••••••

Pintu kaca itu ditolak ke dalam. Terus hawa dingin dalam butik itu terasa di kulit. Aulia memandang batang tubuh Farisha yang sibuk mengenakan gaun putih pada patung mannequin.

" Kak Sha ada customer ". Tegur seorang gadis. Farisha lantas menoleh dan terkejut.

" Aulia.. ". Farisha melangkah ke arah Aulia. Bila didekati, wajah gadis itu nampak sembab. Farisha membawa Aulia duduk di sofa.

" Kau kenapa ni? ". Tanya Farisha sebaik saja mereka duduk.

" Aku dah nak kahwin dengan Emir ".

" Papa kau yang paksa ke. Danish macam mana? ". Dia tak terkejut. Kalau pasal kena kahwin dengan Emir ni, sudah semestinya papa Aulia yang desak.

" Memang papa aku yang paksa dan aku setuju je- ".

Farisha terkedu seketika.

" Kejap. Kau relalah ni. Danish? ". Soalan itu ditanya lagi. Dia tidak faham situasi sekarang ini.

" Danish tipu aku. Dia cakap tak sayang Nisya tapi aku sendiri dengan dengan telinga aku yang diorang akan kahwin kurang dari dua bulan ni ". Luah Aulia.

Pintu kereta dibuka tapi dihalang oleh seseorang. Dia pantas menoleh.

" Kenapa langsung tak jawab call, whatsapp tak reply lepas tu macam nak larikan diri. Ada apa - apa masalah ke? ". Soal Danish dan merenung tepat ke wajahnya.

" Tak ada. Tak ada apa masalah pun tapi kau yang bermasalah Danish. Dekat mulut cakap lain tapi belakang aku kau buat lain ". Luahnya marah. Tangan disilang.

" Maksud? ".

" Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau dan Nisya akan kahwin kurang dua bulan ni kan? Ini yang kau kata, kau tak sayang dia, tak ada perasaan pada dia? ". Hatinya kembali sakit. Dia sebak tapi air mata sudah kering dengan masalah yang tak pernah habis.

Danish dilihatnya mengeluh.

" Kau tak dengar sampai habis- ".

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now