KC | 32

19.8K 1.9K 165
                                    

Sepatah dua kata daripada saya, thanks a lot pada yang sudi baca, vote dan comment ☺ Saya nak bawa diri sekejap sbb ada sikit masalah especially dengan wattpad. Jadi sila baca Trailer KC dekat sebelah. Saya tak akan reply komen dekat situ takut rahsia bocor.

Thanks to farahdazqa Komen dia dekat chapter lepas buat saya terharu 😢 She's right.

Jumpa lagi di lain hari yang tak pasti lagi hari apa 😕

••••••••••••••••••••
[ Media : Ze.efreena As Nur Farisha ]


Bila pintu rumah terbuka dari dalam, kedua mereka terpaku seketika sebelum berpelukkan melepaskan rindu.

" Ibu sihat? ". Tanya Shanina sebak.

" Ibu sihat. Nina? ".

" Sihat, alhamdulillah ". Jawabnya seraya mengangguk.

" Akak? ".

Nina menoleh bila ada orang yang memanggil namanya. Seorang gadis memandangnya seakan tidak percaya dan mula mendekatinya.

" Kak Nina ke? ".

Nina senyum dan mengangguk. Tubuhnya lantas dipeluk erat. Nina juga membalas pelukan Zira

" I really miss you ". Ucap Zira.  Siapa tak rindu bakal kakak ipar terutama bila sudah lama tidak berhubung.

Zafirul hanya memerhati bersama senyuman tipis di bibirnya.

" Akak pun rindu Zira. Dah lawa budak ni. Zafieq pun, dah handsome ". Nina memuji. Air mata yang hampir melimpah segera diseka.

" Tapi tak boleh lawan kekacakan abang dia ". Kata Zafirul penuh perasan.

Zafieq buat muka menyampah.

" Kenapa kecoh depan pintu ni? Dah sampai ke bakal menantu kita? ". Encik Izkandar muncul tiba - tiba.

" Sebab dah sampailah kecoh ni haa ". Jawab Puan Hana. Nina tersenyum malu.

Kenapalah baru sekarang dia perasan Encik Izkandar dan Encik Zukrie adalah orang yang sama. Pengarah urusan IZ Holding. Bezanya hanyalah cermin mata yang dipakai oleh lelaki itu.

Dulu Encik Izkandar bukanlah pemakai cermin mata tapi mungkin sekarang kerana faktor usia, dia perlu pakai.

" Pandai ayah berlakon buat tak kenal Nina ". Katanya. Mukanya ada sedikit merajuk.

Encik Iskandar gelak.

" Ayah ikut saja rentak Zaf. Dah dia merayu ".

Nina menjeling Zafirul di sebelah yang sudah tersengih macam kambing.

" Kejap, apa ni tak faham? Berlakon? Tak kenal? ". Zira menyampuk.

" Apa? Tak ada apa ". Zafirul menggeleng. Lagi pun perkara itu tidak penting untuk yang lain tahu.

" Dah. Jom makan. Zira, tolong ibu ".

" Nina tolong sekali ya, ". Nina tawar diri.

" Tak apa, Nina duduk je dekat meja makan lagi pun Nina tetamu ".

" Tak nak. Nina nak tolong juga. Mesti banyak lagi tak siap sebab ibu panggil Zira sekali. Tak apa, Nina tolong sekali ". Nina tetap berkeras mahu tolong. Tak manis pula rasanya tak tolong apa - apa kerja terutama kerja bahagian dapur. Tetamu bukan alasannya.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now