KC | 15

24.3K 2.1K 307
                                    

Terima Kasih masih sudi baca dan support melalui vote dan komen😘 Meskipun ada sesetengahnya buat janji melayu😌

And sorry sebab tk dpt update double mouble. Sibuk dengan kerja😖

••••••••••••••••••••

Aulia Zulaikha menilik jam tangannya. Tengah hari ini dia sudah berjanji dengan geng perempuan untuk makan bersama.

" Candy! ".

Aulia pantas menoleh ke belakang bila ada yang menyeru. Siapa lagi kalau bukan Danish. Cuma dia saja manusia yang panggilnya dengan nama itu.

" Nak keluar lunch ke? ".

" Yeah, dengan Syaf.. Farisha semua. Nak ikut ke? ". Soal Aulia balik.

" Its okay sebab nak lunch meeting dengan klien. Kirim salam dekat diorang eh, ". Kata Danish.

" Okay ". Aulia mengangguk. Sungguh hatinya bahagia dapat bersama dengan Danish semula meskipun terpaksa bersorok.

" Erm.. kejap ye ". Danish melangkah ke beberapa tapak ke belakang dan berjalan ke keretanya.

Seketika kemudian, Danish kembali dengan sejambak bunga ros berwarna violet dan diberikan pada Aulia.

" Thanks ". Ucap Aulia.

" Most welcome. I have to go now by the way, really miss your blushing candy ". Danish kenyit mata dan berlalu ke keretanya.

Aulia ketawa kecil dan masuk ke keretanya. Enjin dihidupkan dan dibiarkan seketika. Lebih kurang lima minit, kereta melucur keluar dari kotak parkir dan meninggalkan firma.

Bila tiada lagi bayangan kereta milik Aulia, Emir keluar dari kereta dan berjalan pantas ke arah Danish yang bersandar di keretanya. Gaya lelaki itu seperti sedang menghubungi seseorang.

Danish yang nampak Emir datang mendekat terus membatalkan niat untuk menghubungi kliennya.

" Bukan main sweet aku tengok kau dengan Aulia tadi ". Kata Emir. Raut wajahnya tegang.

" So? Any problem? ". Soal Danish  namun di halwa telinga Emir, nadanya seperti memprovok.

" Yes, I do ". Jawab Emir.

Danish berdiri dengan betul sambil melepaskan keluhan.

" Kau nak apa sebenarnya ni? Aku malas dan tak ada masa nak layan kau ". Kata Danish.

" Just.. stay away from her. Kau tak tahu malu ke nak rampas tunang orang? ". Soal Emir sinis.

Danish juga ketawa sinis dan memandang Emir.

" Baru jadi tunang dah berlagak. Tak guna juga kalau Aulia tak ada perasaan pada kau. Semoga satu hari nanti, kau nampak cinta kitaorang. Rasa cinta itu guna hati yang dikawal akal bukan nafsu. Gerak dulu ". Danish masuk ke dalam keretanya. Tanpa menunggu lama, dia meninggalkan tempat itu.

Emir merengus perlahan. Dia tak tahu nak buat apa sekarang ini. Hatinya menghasut supaya memaksa Aulia.

Tapi, itu hanya akan menambah kebencian dalam hati Aulia. Tangannya mengepal penumbuk. Emir cuba tenangkan dirinya dengan beristighfar. Kakinya melangkah ke arah keretanya semula.

***

Shanina melangkah perlahan di belakang Encik Ilham. Hatinya tak sedap untuk mesyuarat dengan Dato' Zainal kali ini. Tak mungkin dia menolak untuk pergi bersama memandangkan dia PA Encik Ilham.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now