Special Chapter 💝 : PuasaRaya Part1

20.3K 1.4K 138
                                    

Ini saja idea yang otak sis mampu jana 😅 Maaflah kalau bosan.

••••••••••••••••••••

Danish Aryan menapak turun ke ruang bawah seterusnya ke meja makan untuk bersahur. Dilihatnya beberapa ahli keluarga sebelah Aulia sudah berada di meja. Hanya kelibat Aulia, mak mertuanya dan Alia saja yang dia tidak nampak.

Danish ambil tempat. Dia terpandang Ariq yang menopang kepalanya dengan sebelah tangan di atas meja. Kedua matanya masih tertutup dan keadaan anaknya agaknya serabai.

"Kejut abang," Arah Danish pada Auni.

Auni tersengih. Satu cara saja nak kejut abangnya ini bagi segar terus.

Pap!

Ariq mengaduh sambil memegang pipinya sedikir pijar akibat ditampar. Dia pandang sebelah.

"Sakitlah!" Marah Ariq.

Adam Zarief yang menyaksikan kejadian itu sedikit ketawa.

"Papa suruh.." Balas Auni. Ariq menoleh pula pada papanya.

"Pergilah basuh muka, gosok gigi. Macam tak biasa pula.." Ujar Danish.

Ariq bangun dan melangkah malas ke bilik air.

"Jangan tidur dalam bilik air sudahlah." Pesan Danish lagi kemudian menggeleng. Tak malu betul dengan adik sepupu dia, si Zaeril yang duduk di sebelah Adam. Langsung tak ada muka mengantuk.

"Cucu.. Cucu.. Dah besar panjang pun macam tu lagi perangai," Kata Encik Ridhuan seraya ketawa kecil.

"Ikut perangai abang ni.." Tebak Adam pada Danish.

"Ish! Tak adalah. Abang dulu sekali je mama abang kejut, terus duduk tegak. Siap-siap basuh muka semua lepas tu sahur."

"Yelah tu. Tadi pun empat kali kejut baru nak terjaga dari tidur mati dia tu. Menipu je sekali kejut dah duduk tegak." Celah Aulia yang keluar dari membawa mangkuk berisi nasi panas.

Danish senyum saja. Kantoi sudah!

Adam pula sudah ketawa begitu juga Auni dan Encik Ridhuan.

Kemudian, dua orang wanita muncul dari dapur bersama mangkuk makanan di tangan mereka juga.

"Kau tengok je perangai Ariq. Nanti kau tahulah perangai bapaknya macam mana." Sambung Aulia lagi. Nasi dicedok ke dalam pinggan papanya kemudian ke dalam pinggan Danish pula.

Ariq kembali ke tempatnya. Setelah semua di meja makan, Danish mengarahkan Ariq untuk membacakan niat.

"Allahumma lakasumna-"

"Ehh! Tu doa buka puasa. Nawaitu.." Tegur Danish. Mamai lagilah tu.

"Abang ni, tampar lagi sekali nanti.." Ujar Auni bergurau. Manalah tahu tamparan tadi tidak padu. Itu yang abangnya masih mamai.

Ariq tersengih dan membaca niat sahur. Usai itu, mereka mula menjamah hidangan.

"Mama dengan papa nak ikut Lia tak pergi shopping nanti?" Soal Aulia.

"Boleh juga.." Puan Shikin mengangguk.

"Okay.. Adam dengan Alia?" Soal Aulia pula pada pasangan suami isteri itu.

"Err.. Kitaorang nak pergi berdua je dengan anak-anak." Kata Adam sambil tersengih.

"Hmm.. Nak datinglah tu. Biarlah candy, jangan kacau diorang." Danish mencelah dalam masa yang sama mengusik mereka berdua.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now