KC | 44

27.7K 2.2K 754
                                    

"Ma.. abang Emir dah sampai tapi dia-"

"Assalamualaikum.."

Semua mata tertumpu pada Emir Iskandar yang berdiri di muka pintu masjid seraya menjawab salam lelaki itu.

"Waalaikumussalam. Emir, kenapa lambat? Kenapa tak jawab panggilan mama? Kenapa tak siap lagi ni?" Soal Puan Shidah bertubi-tubi dan menghampiri anaknya yang datang dengan seluar slack hitam dan kemeja biru tua.

Pakaian yang selalu dikenakan untuk pergi kerja.

Encik Qhairul pula menghampiri.

"Kenapa Emir? Ada masalah ke?"

"Ma.. pa, Emir minta maaf sebab terlambat dan Emir juga tak ada niat nak malukan mama dan papa.." Ujar Emir.

"Emir cakap apa ni?" Puan Shidah bertanya lembut. Tak faham dengan kata-kata anaknya.

Emir pandang Aulia.

"Lia, abang nak minta maaf atas apa yang abang dah buat pada Lia selama ni. Semua sekali. Abang betul-betul minta maaf.."

Jantung Aulia berdebar lagi. Masih tertanya-tanya dengan kata-kata dan tindakan Emir.

"Hari ni, bukan abang yang akan bernikah dengan Lia. Tapi orang lain.."

Aulia agak terkejut. Jantungnya makin laju berdetak.

Emir berjalan mendekati seseorang. Semua orang masih menanti tindakan Emir.

"Danish, aku minta maaf sebab aku jemput kau dan parents kau ke majlis ni dengan cara kurang ajar tapi aku rasa ini je cara terbaik sebagai hadiah kejutan untuk kau dan Aulia,"

Danish pandang Emir. Dia kurang faham.

"Aku tak layak untuk Aulia. Cuma dengan kau je dia mampu tersenyum. Cuma kau je tahu macam mana nak bahagiakan dia dan cuma kau je yang boleh jaga dia." Kata Emir lagi.

Matanya mula berkaca. Susah untuk lepaskan orang yang dicintai tapi tiada guna kalau Aulia tidak membalas perasaannya.

Dia tetap berdiri di sebelah Danish dan pandang pak ngahnya.

"Pak ngah, sebelum ni Emir ingat takdir menyebelahi Emir bila Danish dikhabarkan mati dalam nahas pesawat dulu. Sekurang-kurangnya Emir tak ada pesaing masa tu dan Emir boleh dapatkan Aulia.." Emir mula buka cerita.

"Tapi Emir silap. Tak semudah yang Emir sangka bila Aulia tetapkan syarat biar dia yang tentukan tarikh nikah ni."

"Semua tahu, dengan syarat ni dia boleh mengelak dari Emir. Lapan tahun berlalu, tanpa disangka Danish muncul dan masih hidup tanpa sikit pun cacat cela. Masa Emir tahu, Emir tak senang duduk." Sambung Emir. Semua masih setia mendengar.

"Masa diorang berbaik dan jalinkan semula hubungan seperti dulu, Emir tak dapat nak terima. Tapi hubungan tak kekal lama bila Aulia sendiri dengar yang Danish akan berkahwin dengan Hannisya,"

"Masa tu, Emir rasa.. Emir masih ada peluang. Tapi cuma peluang untuk memiliki jasad Aulia dan bukan hatinya. Kecewa macam mana pun Aulia, hatinya tetap pada Danish. Makin lama.. Emir makin pelik kenapa Aulia dan Danish masih nak setia sedangkan mereka berdua tak ditakdirkan bersama,"

Emir tersenyum. Keraguannya terjawab sewaktu Hannisya datang ke rumah dan menjelaskan semuanya.

"Perancangan Allah tu memang tak disangka bila ada lelaki yang sudah diciptakan untuk gadis bernama Hannisya. Emir dah tahu keseluruhan cerita daripada Adam. Hannisya sedar hatinya mahukan Farhan dan terus lepaskan Danish. Kira macam, kalau Farhan tak muncul dalam hidup Hannisya dulu.. mungkin Danish dan Nisya dah selamat bernikah."

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now