KC | 24

22K 1.7K 148
                                    

Sape tak baca lagi bab 23 sila baca 😂

••••••••••••••••••••

Emir Iskandar menghempas tubuhnya pada sofa yang disediakan di pantri. Matanya terpejam.

Fahmi hanya pandang.

" Kenapa kau dekat sini? ". Soal Fahmi.

" Kau jangan tanya soalan mengarut boleh tak. Mestilah aku nak rehat sekejap, penat. Dua hari duduk hospital tak cukup rehat aku dibuatnya ". Balas Emir.

Fahmi menggeleng. Biasalah kerja doktor.

" Kau tak tengok Aulia ke. Tak jaga dia? ".

" Nantilah. Lagipun, nurse adakan boleh tengokkan dia. Aku rasa kejap lagi parents pun Aulia sampai ". Emir membetulkan kedudukan kepala bersandar ke belakang.

" Kau ni apa bendalah. Kata sayang sampai berebut tapi bila Aulia tu sakit sikit, kau dah malas nak jaga. Kalau ada undian antara kau dengan bekas kekasih Aulia tu, aku undi bekas kekasih dia.. ".

Fahmi perasan Emir sudah tunjuk muka menyampah.

" Aku bukan nak sakitkan hati kau tapi aku tengok bekas kekasih Aulia tu lebih pentingkan Aulia daripada kerja dia sebab dari Zuhur tadi aku nampak dia jaga Aulia sampai sekarang. Kau, apa ada? Jejak wad tu pun tak agaknya ". Fahmi menyindir.

" Dia jaga Aulia? ". Soal Emir tak percaya. Bukankah dia sudah beri amaran?

" Iya ".

Tanpa berlengah, Emir keluar dari pantri dan pergi ke wad yang menempatkan Aulia.

Sampai di sana, Emir mengintai sedikit ke dalam wad biasa itu. Dalam wad itu baru menempatkan dua pesakit termasuk Aulia. Dia nampak Danish duduk di kerusi menjaga Aulia tanpa jemu.

Emir yang tadi datang dengan amarah terus mematikan niatnya untuk menyuruh Danish pergi dari sini. Dia tak rasa nak buat begitu. Kaki melangkah pergi.

Sementara itu, Danish masih setia menjaga Aulia. Dia dah tak peduli kerja di pejabat yang sememangnya sampai bila - bila pun tidak akan habis. Hatinya sedikit risau jika ibu bapa Aulia datang secara mengejut tanpa sempat dia menyelinap keluar.

Seketika kemudian, ekor matanya menangkap kelibat seseorang di muka pintu wad. Danish pandang dan kaku.

Danish perlahan - lahan berdiri sambil memandang Adam.

" Abang baliklah dulu. Kejap lagi papa dan mama datang.. ". Beritahu Adam.

Belum sempat Danish membalas, dia nampak kelibat orang yang dia kenal. Pantas Danish lari dan bersembunyi di belakang pintu wad.

" Dekat sana katil akak ". Adam tunjuk katil yang diduduki Aulia. Dia berdiri di pintu tempat Danish menyorok.

Bila papa dan mamanya mendekati katil Aulia, Adam beri isyarat pada Danish yang keadaan selamat untuk dia menyelinap keluar.

Danish pantas keluar dan sempat menepuk perlahan bahu Adam sebagai tanda terima kasih. Adam berjalan ke katil kakaknya.  Tangan mamanya mengusap lembut kepala Aulia.

Mata Aulia perlahan - lahan terbuka.

" Aulia.. ". Suara Puan Shikin perlahan menyeru nama anaknya.

Encik Ridhuan keluar dari wad untuk memanggil doktor. Seorang wanita dengan kot putih masuk bersama seorang jururawat.

Setelah diperiksa, keadaan Aulia semakin baik namun belum dibenarkan pulang.

" Kan mama dah kata, makan walaupun sikit. Sekarang kan dah sakit ". Kata Puan Shikin. Nasib baik cuma demam.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now